Siapa pernah baca dan jadi follower blog Intan Najuwa? Aha .. dah lama blog si Intan Najuwa ni tak berupdate dah. Mungkin ramai yang tak tahu si Intan Najuwa ni pernah aktif dalam dunia blog Malaysia, sekitar tahun 2011. Biasalah, ketika itu masih remaja sangat, maka platform blog menjadi medium untuk bercerita. Errkkk ... tak kenal Intan Najuwa?

Haha .. ada ehh tak kenal dengan Intan Najuwa ni? Intan Najuwa mula dikenali apabila berlakon dalam drama 'Hantu Punya Boss' bersama Shukri Yahya. Hmmm .. dan sekarang gadis bertubuh genit ini sekarang tengah hot dalam drama rantaian di TV3, 'Kekasih Paksa Rela'. Sekali lagi memegang watak utama bernama Hannan Khaira bersama dengan aktor kacak Remy Ishak.

Blog Intan Najuwa - Pelakon 'Kekasih Paksa Rela'

Blog Intan Najuwa - Pelakon Kekasih Paksa Rela
Gambar Intan Najuwa
Jika anda tak follow drama yang disiarkan bermula jam 7:00 malam ni, memang tak dapat nak disalahkan la. Memang timing siaran drama ni tak berapa nak kena .. huhu ... Saya pun secara tak sengaja tau .. haha ...itupun selepas nampak wajah ini dan rasa sangat familiar dalam dunia blog Malaysia.

Huhu .. saya tak perasan pun si Intan Najuwa dalam drama 'Hantu Punya Boss' sebab saya tak tengok drama ni. Tapi bila keluar drama lakonan Remy Ishak, tu yang tertengok tu .. haha .. haip haip .. jangan macam-macam ye.

Blog Intan Najuwa ni boleh diakses menerusi url - http://jyjuwnajuwa.blogspot.my/

Kalau anda baca blog Intan Najuwa 'Only Girl' ini, anda boleh tahu yang gadis ini memang mempunyai perwatakan manja dan keanak-anakan, seperti mana anda boleh saksikan di dalam drama 'Kekasih Paksa Rela'.

Lagipun, umur Intan Najuwa sekarang masih muda, baru berumur 21 tahun (2018). Ehemm .. dah ada boypren dah weihh .. hehe.. eceh, kecewa le tu. :P

Catatan Terakhir Intan Najuwa Dalam Blog

Entri terakhir blog Intan Najuwa
Catatan entri blog terakhir adalah pada pada penghujung November 2011. Dalam post terakhir tersebut, Intan Najuwa antara lainnya meluahkan rasa kecewa akibat ditinggalkan kekasih... huhu .. dan bagaimana beliau meminati Khairul Fahmi Che Mat, yang kini sudah menjadi suami sah kepada Nur Eilunie Natasha Jaafar... hehe.

Uhh cerita lama dah. Intan Najuwa pun dah berkurun weihhh tak update blognya, malah saya fikir dia dah tak tahu macamana nak login dan update kembali blognya. Hhmm bila dah jadi pelakon ni, memang sukarlah nak ada masa untuk update blog melainkan blogging memang passion dia. :)

Intan Najuwa kini lebih aktif di media sosial Instagram dan Twitter.
[post_ads]
Sebenarnya ramai je dah blogger seperti Intan Najuwa yang diambil menjadi pelakon. Dan selalunya mereka ini diambil sebagai talent baru menerusi MIG Talents, di bawah penerbit dan pengarah David Teo.

Gambar Intan Najuwa

Gambar Famili Intan Najuwa
Gambar cantik Intan Najuwa
Antara dulunya blogger kini pelakon termasuklah Hanis Zalikha, Mira Filzah, Reen Rahim, Lynda Roslan, dan ramai lagilah ..  :). Jika anda perasan, kebanyakkan dari mereka adalah blogger wanita .. huhu ... blogger lelaki yang saya kenal menjadi seorang pelakon cuma seorang je .. heheh iaitu Nizam Ijam kini dikenali sebagai Nizam Kama - http://www.nizamkama.com/
[post_ads_2]
Hmm nampaknya jadi blogger ni boleh jadi batu loncatan untuk pergi ke bidang lain ... asalkan ketengahkan betul-betul bakat yang ada, maka bolehlah pergi jauh dalam bidang yang diminati... huhu.

1 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Comel dak dak wechat ni..hehe.

    Blogger ni ramai yang berbakat sbnarnya..ada rupa dan bakat, skjap je naik.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement