Taman Persahabatan Malaysia-China pernah menjadi satu isu kontroversi satu ketika dahulu, tapi tak ramai yang sebenarnya pernah ke taman ini yang terletak di Presint 4, Putrajaya. Lokasinya adalah di tapak kekal FLORIA Putrajaya iaitu di Anjung Floria, dan dibina dengan membabitkan kos sebanyak RM1.5 juta.

Taman ini telah dibina dengan kerjasama Persatuan Persahabatan Malaysia China (PPMC) yang juga pencetus idea pembinaan taman ini, selain mendapat bantuan daripada Kerajaan China melalui Dongguan People’s Association For Friendship With Foreign Countries. Ia sebuah taman unik dengan direka bercirikan elemen Lingnan-styled garden.

Taman Persahabatan Malaysia China, Lokasi Menarik Untuk Bergambar

Taman Persahabatan Malaysia China, Lokasi Photoshoot Menarik
Taman Persahabatan Malaysia China, Lokasi Photoshoot Menarik
Kalau ikutkan saya tak tahu pun akan kewujudan taman ini, tetapi ketika saya bercuti bersama keluarga di Putrajaya, saya telah terdetik hati nak melencong ke satu simpang dalam perjalanan pulang ke Presint 19, tempat di mana saya dan keluarga menumpang tidur...huhu.

Uhh ... rupanya Taman Persahabatan Malaysia-China ini agak unik, dan ada sudut-sudut yang menarik untuk dibuat photoshoot. Saya sendiri nampak ada beberapa lepasan graduan yang ambil kesempatan untuk bergambar kenangan di taman tersebut, selain beberapa kru photoshoot profesional sedang bersiap-sedia dengan peralatan kamera.

Saya dan anak-anak pun tak lepaskan peluang nak bergambar kenangan di taman ini. Iyalah, ianya taman yang ada sejarahnya sendiri. Dan bukan senang kami nak datang ke Putrajaya .. dan dapatkan peluang untuk bergambar di tempat yang seolah-olah menampakkan seperti di negara China .. hehehe.

Info Menarik Taman Persahabatan China-Malaysia Putrajaya

Fakta Hangat Taman Persahabatan Malaysia China, Putrajaya
Fakta Menarik Taman Persahabatan China-Malaysia Putrajaya
Info Menarik Taman Persahabatan China-Malaysia Putrajaya

Sedikit info mengenai Taman Persahabatan Malaysia-China ini ye...

  • Taman ini dibangunkan di atas tanah seluas 0.24 hektar di tapak kekal FLORIA.
  • Ia dibina sebagai mercu tanda hubungan diplomatik yang semakin kukuh antara Malaysia dan China.
  • Dibina dengan penerapan enam elemen utama iaitu gunung, air, batu, bangunan, kaligrafi dan tumbuhan.
  • Kos pembinaan RM1.5 juta
  • Motif tradisional dan kaligrafi Cina digunakan untuk hias dinding tembok yang kelilingi kawasan taman.
  • Masuk adalah percuma dan dibuka untuk orang ramai setiap hari.
  • Punyai tempat lapang yang luas di kawasan luar taman untuk berkelah dan berehat.

Kalau anda mencari tempat untuk bersantai petang-petang, atau melayan suasana pagi yang nyaman berhadapan Tasik Putrajaya, bolehlah ke Taman Persahabatan China ni.

Meh layan beberapa gambar saya dan keluarga semasa berkesempatan untuk berkunjung ke taman ini.

Taman Persahabatan Malaysia China, Lokasi Photoshoot Menarik
Taman Persahabatan Malaysia China, Lokasi Photoshoot Menarik
Taman Persahabatan Malaysia China, Lokasi Photoshoot Menarik
Taman Persahabatan Malaysia China, Lokasi Photoshoot Menarik
Taman Persahabatan Malaysia China, Lokasi Photoshoot Menarik

Sebelahan pada Taman Persahabatan China-Malaysia ini pun ada satu kawasan menarik untuk bergambar ... uhh .. sempatlah kami anak-beranak beraksi bergaya .. haha .. tak ada orang .. bolehlah buat aksi macam-macam ...

Taman Persahabatan Malaysia China, Lokasi Photoshoot Menarik

Ada banyak gambar lain sebenarnya, kalau sudi boleh follow instagram saya di https://instagram.com/hasrulhassancom (baharu)

5 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. macam tak ramai orang ja.. tapi kalau musim cuti sekolah mesti penuhkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmm .. saya pergi ni pun masa time cuti sekolah, masa cuti deepavali. Ramai gak orang sebenarnya, tapi tak ternampak dalam gambar tu je ... ada satu grup nak bergambar konvo kat situ.

      Delete
  2. semoga taman ini terus terpelihara dengan baik. Kita nak pergi jugak nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pergilah kalau nak santai2 pagi2 atau santai petang2... taman persahabatan malaysia-china ni unik dengan seni cina.

      Delete
  3. harapnya terjaga le hendaknya kemudahan yang ada

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement