Tahun 2017 bakal berakhir tidak lama lagi. Banyak benda yang berlaku sepanjang tahun 2017 ini. Kalau nak cerita memang tak habislah dalam sebuah post, tetapi boleh je anda lihat dan baca post-post blog ini yang ada banyak kisah saya sepanjang tahun 2017. Macamana nak baca? Terus sahaja ke pautan ini - http://www.hasrulhassan.com/2017

Orait, post ini adalah untuk saya kongsikan benda yang sedikit teknikal mengenai blog ini, iaitu jumlah trafik atau pageviews sepanjang tahun 2017 ini. Saya juga nak kongsikan beberapa statistik ringkas 2017. Ia mungkin tak berapa penting buat sebahagian besar daripada anda, tetapi untuk mereka yang mungkin nak bekerjasama dengan blog ini .. mungkin apa yang saya kongsikan ini penting.

Statistik dan Jumlah Page View Blog 2017

Statistik & Jumlah PV Blog Untuk Tahun 2017
Stats blog ini yang saya tunjukkan ini adalah berdasarkan kepada Google Analytics. Sejak saya ketahui dan belajar sedikit sebanyak mengenai Google Analytics ini, saya dah gunakan ia sebagai rujukan untuk lihat prestasi blog saya setiap hari, setiap minggu, dan setiap bulan.

Ok, tak nak buang masa .... dah nak dekat masuk 2018 ni, sudikan lihat jumlah trafik blog ini yang telah diterima sepanjang tahun 2017.
Statistik & Jumlah PV Blog Untuk Tahun 2017
Alhamdulillah, blog ini telah berjaya menerima trafik sebanyak 2.7 juta pageviews. Tak tinggi mana, tetapi cukup seronok diterima untuk sebuah blog peribadi. Daripada jumlah PV dipaparkan di atas, berikut pula adalah pecahannya...

Sekali lagi, blog ini kekal mendapat ribuan trafik sehari daripada enjin carian. Cara kuno untuk sesebuah blog mendapat trafik setiap bulan, kekal berkesan sejak dari dahulu. Aha .. inilah pentingnya blog anda perlu mesra SEO dan penulisan anda di dalam blog juga perlu mantap menggunakan teknik-teknik SEO. Dengan teknik SEO, blog anda boleh dapat banyak trafik selain membantu pencari maklumat mendapatkan info yang mereka mahukan.

Moga tahun 2018 akan nampak lebih peningkatan dari segi trafik ini.

Berminat nak beriklan di blog ini? Hubungi saya segera menerusi email - blogger.hasrulhassan@gmail.com ehhh ...



4 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Tahniah Otai HH.. Memang best dapat jutaan views. Rasa usaha tu memang berbaloi. Selamat tahun baru. Semoga bertambah rezeki dari blog :)

    BalasPadam
  2. Tahniah sifu.... Saya dah tambahan lagi stat blog sifu utk 2017.

    BalasPadam
  3. Terbaik la, sampai 2.7M PV tuu. Tahniah tuan.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement