Rabu, 22 November 2017

5 Tanda Data Peribadi Anda Mungkin Diceroboh (Hacked)

HASRUL HASSAN Online Blog

Adakah anda salah seorang mangsa di mana data peribadi telah dicuri, digodam atau disalahgunakan? Mari semak petanda-petanda ini yang memungkinkan data peribadi anda termasuk nama, alamat, alamat email, nombor telefon, nombor kad kredit/debit atau lain-lain telah menjadi pengetahuan pihak tidak bertanggungjawab tanpa keizinan anda atau telah diceroboh.

Sejak akhir-akhir ini kecoh apabila laman forum terkenal di Malaysia iaitu Lowyat mendedahkan bahawa lebih jutaan data peribadi pengguna di Malaysia telah bocor atau digodam atau dipindah ke pengetahuan pihak yang tidak diberikan keizinan.

5 Tanda Data Peribadi Anda Mungkin Diceroboh

5 Tanda Data Peribadi Anda Mungkin Diceroboh
5 Tanda Data Peribadi Anda Mungkin Diceroboh
Berikutan itu, blogger tech Keith Rozario telah membangunkan sebuah laman sesawang SayaKenaHack.com untuk membolehkan rakyat Malaysia memeriksa samada data peribadi mereka telah diceroboh. Menurut Keith, data susulan yang dipaparkan adalah terhad kepada data pada tahun 2014 yang telah didedahkan sebelum ini menerusi laman Lowyat.

Walaubagaimanapun, laman web tersebut telah disekat oleh SKMM atas permohonan rasmi daripada pihak JPDP di bawah Seksyen 130 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.

Jabatan Perlindungan Data Peribadi atau JPDP adalah badan yang dipertanggungjawabkan di bawah Kementerian Kementerian Komunikasi dan Multimedia dalam menguatkuasakan dan mengawal perlindungan data peribadi di Malaysia dan menumpukan kepada pemprosesan data peribadi di dalam transaksi komersial dan mengelakkan penyalahgunaan data peribadi.

Ketahai 5 Tanda Data Peribadi Anda Mungkin Diceroboh
Jadi, bagaimana nak tahu bahawa data peribadi anda menjadi mangsa kepada pencerobohan dan penyalahgunaan ini? Mari lihat beberapa tips yang saya dapat daripada RinggitPlus untuk membantu anda ketahui tanda-tanda data peribadi anda mungkin dicuri dan disalahguna.

Caj dan Pengeluaran Tanpa Kebenaran Daripada Kad Kredit/Akaun Bank

Sentiasa melakukan semakan penyata bank anda samada akaun simpanan mahupun kad kredit menerusi perbankan online atau menerusi bil fizikal yang sampai ke alamat rumah dan pejabat anda. Maklumkan kepada bank seandainya terdapat transaksi yang mencurigakan untuk kepastian. Jangan buat siasatan sendiri, berikan kepada mereka yang punyai akses penuh kepada akaun bank dan kad kredit anda.

Bil dan Surat Daripada Bank/Telco/TNB/Telekom Hilang

Jangan ambil mudah sekiranya terdapat bil yang tidak sampai ke tangan anda. Ia mungkin ada seseorang telah memeriksa peti surat anda, dan mengambil butiran diri anda di dalam bil atau surat tersebut untuk tujuan tidak baik. Sangat penting anda kemaskini alamat terkini anda untuk mengelakkan bil dan surat penting seperti ini berada di tangan orang lain. Sama juga konsepnya jika anda menggunakan email dalam urusan melibatkan perbankkan. Sila kemaskini email serta alamat surat menyurat anda, termasuklah nombor telefon terkini.

Akaun Media Sosial Diberikan Amaran Terdapat Aktiviti Luar Biasa

Jika anda sering akses internet di tempat-tempat awam (wifi percuma dan sebagainya), sebagai langkah berjaga-jaga .. sila kemaskini dan tukarkan password anda lebih kerap. Penggunaan internet awam sangat terdedah dengan kemungkinan akaun media sosial anda untuk mudah diceroboh. Akaun media sosial ibarat lombong emas bagi penggodam di mana banyak data peribadi bernilai boleh didapati dengan mudah. Apabila mereka berjaya godam masuk ke akaun sosial milik anda, mereka boleh gunakannya untuk mengakses data lain yang lebih bahaya termasuklah verifikasi nombor akaun kad kredit anda.

Permohonan Pinjaman dan Kad Kredit Tidak Berjaya

Seandainya anda menghadapi kesulitan untuk mendapatkan pinjaman mahupun permohonan lulus kemudahan kad kredit, ini mungkin masa terbaik untuk anda menyemak laporan kredit anda. Lihat pada sebarang percanggahan data yang ada dalam laporan kredit anda. Tanda-tanda biasa adalah apabila ada pertanyaan berkaitan akaun kredit anda daripada sumber tidak diketahui atau pembukaan akaun bank/pinjaman baru yang anda tidak tahu menahu.

Terima Panggilan Daripada Pengutip Hutang Mengenai Hutang Yang Anda Tidak Tahu

Hati-hati jika anda terima panggilan daripada mereka yang menyatakan bahawa mereka adalah pemungut hutang, walhal anda tidak pernah pun terlepas membayar apa-apa bayaran pinjaman yang anda miliki. Awas, kemungkinan besar ada seseorang yang telah menggunakan data peribadi anda untuk menjadi penjamin atau 'orang yang patut dihubungi' dalam permohonan pinjaman dan milikan hutang mereka - tanpa pengetahuan anda.


Apa perlu anda lakukan jika terdapat tanda-tanda penyalahgunaan data peribadi anda? Terutama jika ia berkaitan dengan butiran kewangan, pinjaman dan bank?
  • Buat laporan rasmi ke Bank Negara - penting supaya anda boleh kemukakan dokumen sokongan apabila membuat laporan polis.
  • Telefon Bank Negara untuk pelaporan
    • Tel: 1-300-88-5465 (1-300-88-LINK)
      Faks: 03-2174 1515
      SMS ke 15888: BNM TANYA [report/pertanyaan]
      Email: [email protected]

5 Tanda Data Peribadi Anda Mungkin Diceroboh (Hacked) Hasrul Hassan 4.5 of 5
Adakah anda salah seorang mangsa di mana data peribadi telah dicuri, digodam atau disalahgunakan? Mari semak petanda-petanda ini yang memung...

Artikel Terkait

2 Komen

sy mohon kad kredit tp kena reject. huhuhu...

Setakat ni... alhamdulillah masih selamat.

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.
EmoticonEmoticon