16 November 2017

Selamatkah Data Peribadi Anda? Dah Semak di SayaKenaHack?

Saya dah akses ke laman web SayaKenaHack.com tadi, dan buat semakan menerusi kad pengenalan saya serta isteri. Daripada result yang dipaparkan oleh laman web SayaKenaHack ini, saya dapati satu nombor telefon saya didaftarkan pada 2014 dipaparkan sebagai sudah digodam.

Laman yang dikendalikan oleh blogger tech, iaitu saudara Keith Rozario itu akan memaparkan senarai data anda yang mungkin telah digodam hasil maklumat yang diberikan kepada syarikat Telco utama di Malaysia.

Saya Dah Akses Laman Web SayaKenaHackDah Akses SayaKenaHack ?

Apabila saya dapat tahu bahawa laman web SayaKenaHack? menjadi trending hari ini, saya pun terus tuju .. dan nak lihat sendiri apa yang dipaparkan berdasarkan pengisian maklumat kad pengenalan saya. Hasilnya ialah ....
Data Dalam Laman Web SayaKenaHack.com

Data-data seperti nama, nombor kad pengenalan, nombor telefon, IMSI, IMEI, Nombor SIM dipercayai telah disalahgunakan untuk tujuan tertentu.

Sebelum ini, kecoh apabila laman forum terkenal, Lowyat melaporkan bahawa banyak data peribadi pengguna telah disalahguna dan dijual oleh syarikat-syarikat yang mempunyai akses, terutama (yang disebut) adalah dari syarikat Telco besar di Malaysia.

Pihak berwajib menafikan berlakunya ketirisan ini.

Selamatkah Laman Web Ini?

Untuk info, laman web SayaKenaHack.com mengambil inisiatif mengumpulkan pangkalan data yang bocor sebelum ini seperti dilaporkan oleh Lowyat dan setakat ini pemeriksaan hanya terhad untuk maklumat berkaitan syarikat Telco utama di negara ini.

Oh ... Anda mungkin risau apabila laman web ini memerlukan anda memasukkan nombor kad pengenalan anda untuk lihat result .. kan? Anda mungkin fikir .. SayaKenaHack adalah sebuah laman web yang cuba nak perdayakan anda, dan menjerumuskan anda kepada penggodam dan jenayah siber.

Orait, jangan risau. Pencipta laman web tersebut, Keith Rozario yang merupakan seorang blogger berpengaruh dalam niche teknologi, memberitahu tidak semua maklumat yang bocor dari pangkalan data maklumat peribadi berguna kepada penggodam dan penjenayah siber.

Pengguna tidak perlu risau kerana laman ini tidak mendedahkan kesemua maklumat yang telah bocor kerana ia hanya menunjukkan angka pertama dan terakhir yang membabitkan akaun anda.

Jika anda kurang yakin dengan apa yang cuba dibuat oleh SayaKenaHack.com ini, anda boleh baca sendiri penjelasan yang diberikan oleh Keith Rozario di SINI.

Dan ayat di bawah ini perlu juga anda tahu ...

All data available on sayakenahack.com is available somewhere on the web. I’m just making sure that it’s not just geeks/hackers who have this data, but the average citizen can also be informed if they’re part of the leak. - Keith Rozario

Jadi perbahasannya sekarang, sejauh mana data peribadi kita dilindungi di Malaysia? Dan adakah terdapat apa-apa undang-undang yang boleh mendakwa mereka yang terlibat?

Penulis blog freelance sejak 2010. Berkeluarga dan bekerja di rumah sebagai house husband.  Lulusan Ijazah. Menetap di Penang. Mesra dipanggil HH. Untuk berhubungan atau pertanyaan - klik looket.me/hasrulhassan

1 Komen sahaja

Ada jugak nombor sy digodam ...aduyai ..

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.
EmoticonEmoticon