Traveloka Banner

Tambang Bot ke Pulau Kapas

Cuti-cuti ni memang ramai yang mencari pakej percutian murah dan berharga bajet. Antara percutian bajet yang boleh anda cuba ialah bercuti ke tempat peranginan menarik seperti Pulau Kapas mahupun Pulau Perhentian. Tambang bot untuk ke Pulau Kapas dan Pulau Perhentian tidaklah mahal, malah anda boleh booking sebuah bot untuk ke pulau peranginan terkenal di Terengganu ini.

Jika anda Google, memang banyak pakej percutian menarik dengan harga bajet ke Pulau Kapas dan Pulau Perhentian ini. Pakej percutian tersebut termasuklah tambang bot pergi-balik, sewaan tempat penginapan, makan minum dan juga aktiviti khas bila berada di pulau tersebut.

Tambang Bot ke Pulau Kapas

Tambang Bot ke Pulau Kapas
Ramai yang tidak tahu mengenai tambang bot ke Pulau Kapas mahupun Pulau Perhentian, kerana selalunya disertakan dalam pakej percutian. Tambang bot ke Pulau Kapas dan Pulau Perhentian adalah tambang standard di sana, tetapi ia juga bergantung dengan keadaan dan masa.

Berapakah Tambang Bot ke Pulau Kapas, Terengganu?

Dalam post ini, saya ingin berkongsi kepada anda informasi mengenai tambang ke Pulau Kapas, Terengganu. Mudah-mudahan, ia boleh dijadikan sebagai panduan berguna untuk destinasi cuti anda bila ada kesempatan.
Tambang Bot ke Pulau Kapas
Ok. Secara amnya, jika anda mendapat tambang bot ke sana dengan harga murah, selalunya ia disekalikan dalam pakej penginapan di sana. Ada banyak pakej percutian ke Pulau Kapas, yang disekalikan dengan tambang bot pergi-balik, sewaan bilik atau chalet penginapan, serta makan dan minum.

Tambang Bot Murah Bergantung Pada Hari

Secara amnya, tambang bot untuk ke Pulau Kapas adalah RM35 - RM45 (dewasa) bagi perjalanan pergi-balik. Harga ini adalah harga tambang bot dari Jeti Marang, yang tak jauh pun daripada pekan Marang - hanya 15 minit berjalan kaki.

Tempoh perjalanan dari Jeti Marang - Jeti Pulau Kapas adalah dalam lingkungan 15 - 20 minit dengan bot laju. Ia bertolak seawal dari jam 9:00 pagi, dan waktu akhir bot ke Pulau Kapas adalah jam 5:00 petang.
Tambang Bot ke Pulau Kapas

    • [message]
      • More Info
        • There are plenty of boat operators at the jetty. Some of them take accommodation reservation or booking as well as snorkeling trip apart from boat ticket. You can book a room here or wait until you are on the island. The boat trip to the island takes 20 minutes.

      Anda boleh mendapatkan harga tambang bot di bawah harga dinyatakan jika buat tempahan awal atau menyewa sebuah bot. Untuk itu, anda boleh berhubung dengan mana-mana pengendali servis bot ke Pulau Kapas di Stesen Bas Shahbandar, Kuala Terengganu atau di Lapangan Terbang Kuala Terengganu untuk harga yang lebih berpatutan atau lebih murah.

      Oh ya, harga tambang bot ke pulau-pulau ini juga berbeza mengikut hari tertentu - seperti cuti hujung minggu, cuti sekolah, hari cuti kelepasan am, malah ada pengendali bot ke pulau-pulau tersebut mengenakan tambang lebih murah jika anda ke sana pada hari biasa (bukan cuti).
      Tambang Bot ke Pulau Kapas
      Selain Pulau Kapas anda juga boleh mencuba percutian di pulau cantik lain yang terdapat di Terengganu iaitu Pulau Perhentian dan Pulau Redang. Untuk ke Pulau Perhentian, boleh naik bot dari Jeti Kuala Besut, Besut manakala ke Pulau Redang boleh naik bot dari Jeti Shahbandar di Kuala Terengganu.

      Untuk tempahan tiket secara online, boleh cuba CatchThatBus atau Bus Online Ticket.

      Anda juga boleh baca review ditulis oleh rakan blogger saya di sini - Kos dan Pakej ke Pulau Kapas, Terengganu

      Anda mahu dapatkan pakej menarik percutian ke Pulau Kapas, Terengganu? Boleh dapatkan dengan Agoda di bawah ini ..





      Advertisement

      Rahsia Shopee

      Post a Comment

      0 Comments