Anda dah pernah rasa buah limau 'Sunkist' Malaysia? Buah limau ini sudah lama berada di dalam pasaran, malah ia berjaya dikomersilkan oleh sekumpulan anak tani dari Tanjung Blanja, Parit sehingga buah limau Sunkist tempatan ini digelar Limau 'Sunkist' Blanja.

Kalau ikutkan buah limau sunkist Malaysia ini boleh didapati sepanjang tahun, tetapi ianya hanya berbuah lebat dua kali dalam setahun. Saya dan anak-anak dah merasa keenakkan dan kesedapan buah limau ini, yang saya beli di RnR Gunung Semanggol.

Sedapnya Rasa Limau Sunkist Malaysia

Kalau dilihat daripada rupa buah limau ini, anda tentu tidak menyangka bahawa ianya adalah limau sunkist, yang kebiasaannya berwarna oren. Ya, limau sunkist Malaysia berwarna hijau .. hatta ketika ia sudah masak.

Sekali pandang nampak macam buah Limau Bali Tambun kan? Aha .. wujudnya buah Limau Sunkist Malaysia ini, satu lagi buah-buahan tempatan hasil teknologi tempatan.
Buah Limau Sunkist Malaysia
Saya pertama kali lihat dan beli di RnR Gunung Semanggol.

Haha .. pertama kali tengok, buah limau ini, saya anggap buah limau sunkist Malaysia ini tentunya rasanya masam. Masam .. masam .. masam .. itu yang bermain di kepala saya. Dah la saya ni tak berapa suka dengan rasa masam yang melampau.

Tapi, selepas saya bertanya ... pada seorang penjual cantik di situ ....

"Buah limau apa ni? Limau Bali ke?" sebab rupanya memang sebiji 100% seperti Limau Bali.
"Ni buah Limau Sunkist Malaysia" kata awek PLUS RnR.

"Manis ni encik ... cuba rasa" sambil seorang lagi awek PLUS RnR hulurkan dua ulas Limau Sunkist Malaysia kepada saya.

Wahh .. memang manis. Walaupun di dalam kepala saya ada ransangan mengatakan limau berkulit keras hijau ini rasanya masam, tetapi lidah saya tidak menipu ... alhamdulillah, saya dapat merasa kemanisan buah Limau Sunkist Malaysia ini.
Sedapnya Rasa Limau Sunkist Malaysia
Selain rasanya yang manis, ia juga lebih lembut dan sangat berjus. Sekali ngap masuk dalam mulut .. perghh bersari gitu ... slurrppp ... dap dap.

Saiznya sebesar limau sunkist yang biasa kita lihat. Isinya beruas cantik seperti Limau Bali Ipoh. Sepertimana buah sunkist, ia berkulit tebal tetapi kekal warna hijau walaupun ketika masak ranum.
Sedapnya Rasa Limau Sunkist Malaysia
Jika anda ada kesempatan, cubalah rasa buah Limau Sunkist Malaysia ini. Bila lagi nak support Malaysian Product macam ni. Bukan mudah nak tanam ni tau ... menurut sumber yang saya dapat, buah Limau Sunkist Malaysia perlu menggunakan cara pertunasan dengan tumpang pokok Limau Jepun.


14 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Boleh Cuba nanti. Mama X penah jumpa lagi ni

    BalasPadam
  2. Ohhh... kalau tengok kulit luarnya pasti dirasakan masam... Jadi jangan pandang pada rupanya, yekk!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aha .. itulah pasal. Masa mula nampak tu, saya ingat ni buah limau yang belum masak atau rasa masam lagi

      Padam
  3. wah, nanti adik balik perak, nak kena kirim dia beli ni.
    wajib le rasa sbg rakyat malaysia,kan :)

    BalasPadam
  4. sedap ni cuma payah nak jumpa je kan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh cari kalau lalu PLUS ... singgah kat Rnr Gunung Semanggol atau Sungai Perak .. in Sha Allah ada ...

      Padam
  5. Baru tahu ada Sunkist Malaysia.. Kat mana nak beli ni kalau dalam area Selangor ya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh cuba cari kat Laman Warisan di Putrajaya .. in Sha Allah, boleh jumpa situ. Kat Selangor, boleh pergi area Kuala Selangor .. Pasar Tani mana-mana.

      Padam
  6. pehh..unik betol..warnanya hijau..lepas ni byk la hibrid seperti ni..

    BalasPadam
  7. Mohon share gambar ya encik☺️

    BalasPadam
  8. Saya ada jual buah limau sunkist taiwan ni..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement