Resepi Bihun Goreng Sedap Dari House Husband

Borong Online dari China
Ini bukan pertama kali saya memasak bihun goreng. Tetapi kali ini, saya masak bihun goreng dapat pujian melangit dari anak-anak. Kata mereka ... bihun yang abah goreng sedapppp sangat. Uhh uhhh .. kembang kembang .. hahahaha...

Maka disebabkan itu, saya nak kongsikan kepada anda resepi bihun goreng sedap ini. Ini bukan resepi biasa-biasa ehhh, ini adalah resepi istimewa daripada seorang house husband yang bekerja dari rumah. Dalam sibuk nak cari income online kerja dari rumah, sempat juga saya sediakan menu bihun goreng untuk sarapan anak-anak.

Resepi Bihun Goreng Sedap Dari House Husband

Resepi Bihun Goreng Sedap Dari House Husband
Kah kah .. angkat bakul bawa sendiri .. errr tapi betul, kali ini saya sendiri makan bihun goreng bertambah-tambah. Samalah dengan anak-anak saya terutama sekali si Zikri yang memang susah sebenarnya nak makan di rumah ni.
Resepi Bihun Goreng Sedap Dari House Husband
Saya masak resepi bihun goreng ini main belasah je tanpa rujuk mana-mana buku resepi atau blog masakan popular Malaysia. Ini memang 100% resepi original seorang house husband ni .. haha. Anda nak cuba tak?

Bahan-Bahan

  • Sebungkus bihun yang telah direndam dalam 30-40 minit.
  • 2 sudu besar cili kering yang telah dikisar yang diletakkan sedikit garam.
  • 5 labu besar bawang besar*
  • 5 ulas bawang kecil*
  • 1 inci halia*
  • Beberapa ekor ikan bilis*
  • 3-4 biji cili api*
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu kecil kicap mee
  • 4 sudu besar kicap lemak manis
  • 5 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos cili thai
  • 200 gram hirisan daging yang telah diempukkan
  • 200 - 300 gram udang segar
  • Sedikit taugeh
  • Sedikit kucai dipotong-potong
  • 2 sudu besar minyak masak
  • Garam secukup rasa

Cara Penyediaan

  1. Kisarkan bahan-bahan bertanda (*) sehingga lumat.
  2. Panaskan minyak, dan tumis bahan-bahan yang dikisar termasuklah cili kering tadi. Kacau sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan sos tiram, kicap mee, kicap lemak manis, sos cili.
  4. Masukkan juga hirisan daging dan juga udang. Biarkan seketika sehingga menggelegak.
  5. Masukkan bihun.
  6. Kacau sehingga sebati sebelum memasukkan pula kucai dan taugeh.
  7. Kacau sehingga semuanya nampak sekata - warna merah gelap.
  8. Masukkan garam secukupnya.

Resepi Bihun Goreng Sedap Dari House Husband
Dah siap...  nak lebih sedap, gorengkan telur dan jadikan ia sebagai hiasan atas bihun goreng.

Amacam? Tak susah kan? Cuma mungkin bahan-bahan sedikit banyak terutama sos tu ... hahahaha.

Hmmm .. sedap weihhh ... jom jom cuba .. resepi istimewa bihun goreng sedap dari seorang house husband. Memang puas hati dapat masak makanan untuk anak-anak, dan tolong isteri di dapur. Bukan selalu pun masak sarapan ni ...




Samsung Galaxy Note 9

Post a Comment

4 Comments

  1. Untung wife yang ada husband pandai masak...hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, untung ada isteri yang juga bijak memasak, dan sudi nak ajar banyak bab memasak di dapur ni.

      Delete
  2. pandai masak rupanya bro hasrul. hehehe.

    ReplyDelete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.