Baju bendera Malaysia. Ramai ibu bapa yang pandai menjahit yang reka dan buat baju bendera sempena sambutan Hari Kebangsaan 2017. Saya nampak banyak sekolah yang buat pertandingan baju beragam dengan bendera Malaysia.

Seingat saya, dulu pernah ada isu pasal reka bendera menjadi baju ni. Ada yang kata, ia seperti mencemarkan kedaulatan negara kerana menjadikan bendera sebagai satu pakaian. Lepas tu, apabila ada kaitkan isu tersebut dengan semangat patriotik yang pernah ditunjukkan oleh Allahyarham Sudirman, isu tersebut macam diam dan saya fikir ia selesai.

Baju Bendera Buatan Sendiri

Baju Bendera Buatan Sendiri
Baju Bendera Buatan Sendiri
Tahun ini, sekolah anak saya ada pertandingan baju beragam dengan ciri bendera Malaysia. Maira nak masuk, tetapi Zikri tak nak. Makanya, isteri saya yang memang pandai menjahit - berkat belajar di rumah tukang jahit, dijahitkan sepasang baju bendera untuk Maira.

Tak susah kot nak buat. Apa yang diperlukan adalah bendera Malaysia yang mudah didapati di pasaraya besar dalam bulan Ogos. Aha .. tiba je bulan Ogos, memang mudah nak beli bendera. Hari lain, mungkin susah sikit nak jumpa.

Yang mungkin jadi susah untuk hasilkan sepasang baju bercirikan bendera ialah ... kerana ciri kain bendera tu. Jika yang licin tu, memang susahlah sikit. Silap-silap boleh terkoyak semasa cuba nak memotong kain. Yelah, kebanyakkan kain bendera ni nipis, dan dari jenis polyester .. bukannya kapas.

Jika kain bendera itu daripada kapas, mungkin sedikit mudah untuk hasilkan sepasang baju bendera yang cantik, menarik dan selesa dipakai.

Untuk hasilkan baju bendera yang baik, kena pastikan potongan baju itu betul, ahaaa ... kang lambang bulan ke mana, lambang bintang ke mana .. biar nampak ada ciri bendera Malaysia. Ada yang boleh menjahit baju bendera yang tetiba bila siap je baju bendera Malaysia, ternampak macam bendera Amerika pulak .. hahaha ...

Bagi memudahkan menghasilkan baju bendera ni, kena guna baju kurung sekolah sebagai rujukan ketika nak buat potongan tu.

Pasangkan bahagian bendera pada bahagian baju kurung, maksudnya mana nak letak yang berjalur, mana nak letakkan yang ada bulan, mana bahagian tertera bintang. Macam contoh baju kurung bendera Maira ni, jalur diletakkan pada bahagian tangan dan bahagian belakang baju.

Bulan pula sebelah atas, dan bintang bahagian bawah baju kurung.

Dek kerana kain bendera tak cukup, maka isteri saya cuma dapat siapkan baju sahaja. Kain pula terpaksa ambil dari kain lain. Kalau ikutkan, Maira nak buat tudung yang bercirikan bendera Malaysia juga, tapi tak kesampaian.

Huhuhu ..cantik tak baju bendera Malaysia yang isteri saya siapkan? Maira cukup puas hati, pastu bangga sebab dapat pakai baju kurung bercirikan bendera Malaysia untuk sambutan Hari Kebangsaan di sekolahnya.

Kata Maira, dia dapat tempat kedua ..

Tapi, lepas saya tanya dia balik .. dia kata ... TAK... adeh.

Bagus juga ada pertandingan macam ni, setidaknya anak-anak sekolah ni akan ada rasa bangga dengan bendera Malaysia, dan tahu bahawa bendera itu merupakan satu lambang kedaulatan negara. Paling penting, mereka tahu ciri-ciri bendera Malaysia yang betul.

Lagipun, sekarang ni susah betul nak tengok orang pasang bendera ni secara sukarela tiap kali bulan Kemerdekaan Malaysia. Ada cara macam ni, bolehlah nampak ada kemeriahannya tu, walaupun cuma di kawasan sekolah sahaja.

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement