Lemang. Bukan semua orang pandai nak memasaknya. Walaupun ada beberapa tips untuk dapatkan lemang yang best dan sedap, namun tak semua orang ada kemampuan untuk memasaknya sendiri. Zaman saya kecik-kecik dulu, merasalah juga membakar lemang di kampung, tapi sekarang .. tak berapa kerap macam dulu lagi.

Masa saya kecik-kecik, mak dan pak saudara saya sebelah emak antara yang rajin memasak dan membakar lemang. Sekarang ni, selepas berkahwin, pengalaman tu masih ada cuma tak macam dulu. Uhh dulu meriah ... bukan takat bakar lemang, malah saya dan sepupu sepapat lain, dok kacau dodol, bakar bahulu, masak kuih kapit dan macam-macam ...

Tips Elak Kena Tipu Bila Beli Lemang Tepi Jalan

Kalau tanya generasi sekarang, ramai yang tak tahu pun cara nak memasak lemang ni. Kalau minta mereka membakar lemang, uhh tau letak kayu api dan nyalakan sahaja ... walhal nak membakar lemang ada seninya, ada pantangnya, ada petuanya.
Tips elak kena tipu ketika beli lemang tepi jalan
Zaman ni, ramai yang lebih suka membeli lemang sahaja. Dekat-dekat nak raya ni, in Sha Allah .. boleh nampak ramai peniaga yang jual lemang di tepian jalan.

Soalnya, sedapkah lemang yang dijual di tepi jalan tu? Bagaimana nak memilih lemang yang sedap? Bagaimana nak mengelakkan rasa hampa bila ruas buluh lemang dibuka di pagi raya?

Okey, mari baca beberapa tips yang telah dikongsikan oleh saudara Harris Rosli, salah seorang peniaga dan penjual lemang yang pernah aktif sebelum ni.

9 Tips Harus Ikuti Untuk Beli Lemang Tepi Jalan

Tips Elak Kena Tipu Beli Lemang tepi Jalan


Beliau seorang yang cukup berpengalaman dah dalam membuat dan membakar lemang di tepi jalan. Lebih 10 tahun pengalaman tu ... jadi wajar ikuti tips yang diberikan ni ..

1. Cari gerai lemang yang banyak kayu-kayu untuk dibakar. Sebabnya, dorang ni memang bakar lemang kat situ, dorang tak ‘wayang’ je bakar lemang. Sesetengah org, dorang kukus lemang tempat lain, dan bawak mai ke gerai dorang dan layur je kat bara api.

2. Jangan pilih lemang yg terlalu besar dan lemang yg terlalu kecil. Ambil yg sedang2, sebab yg besar x semestinya dimasak dengan sempurna. Bila kita potong lemang tersebut, keliling lemang memang masak. Tapi bahagian tengah masih lagi dalam kondisi pulut. Kalau jenis kurus dan kecik, ‘chances’ untuk garing amat tinggi. Sebab ‘total surface area’ yang kena haba sangat besar. So saya prefer korang ambik yg sedang-sedang. Errr… Paham dak ni?

3. Suruh tokey lemang belah dulu bahagian bawah lemang. Ini kerana, nak bakar lemang, orang akan pakai hipotesis, jika bahagian bawah lemang masak, maka bahagian atas lemang juga akan masak. Sesetengah org jual lemang, dia akan belah bahagian atas. Lepas tu tunjuk kat costumer, dan kata lemang masak. Balik2, time potong, bahagian bawah tak masak lagi. Cian customer.

4. Cuba minta diskaun kalau beli banyak. Kalau anda beli 3 batang, tak salah kan minta diskaun. Harga pun dah dekat RM50 dah. Tapi jangan la minta diskaun gila2. Kesian la kat dorang yang bakaq lemang siang malam tu. Ingat senang ke nak kawal api, mendidih ayaq mata oooo…


5. Jangan dan jangan singgah gerai lemang yang gunakan pallet kayu sebagai kayu bahan bakar lemang. Sebabnya, gerai yang pakai pallet ni berbahaya masa bakar lemang tersebut. Kalau tuan2 semua perasan, pallet kayu ni jarang anai-anai sentuh kan? Ya, sebabnya pallet kayu ni telah diracun dengan sejenis ‘chemical’ khas untuk mengelakkan anai2 makan. So, kalau pallet tu dibakar, secara tak langsung dia hasilkan gas berbahaya walaupun kita tak nampak, dan lemang tersebut mungkin terkena tempias ‘chemical’ tersebut.

6. Masa pilih lemang yang dah masak, ambil lemang yang bahagian atasnya yakni ‘kepala’ yang dah kering. Bila kepala dah kering, kita boleh simpan lama sikit, paling kuat 2 hari. Dan walaupun kepala tersebut nampak kotor dan x elok, jangan buang! Bahagian tu yang paling sedap bagi sebatang lemang. Sebab lemak2 santan yang mendidih dah terkumpul di bahagian atas. So rasa dia masin2 sikit dan berlemak. Dappp uummhhh….

7. Kalau nak simpan lemang untuk 2-3 hari, ada caranya. Terbalikkan lemang ‘upside down’ dan biar dia berdiri. Sandar la kat mana2 pun. Sebab minyak di bahagian atas sekali yang boleh buatkan dia basi. Okeh?

8. Sebelum korang beli lemang, pastikan bau dahulu ‘kepala’ lemang tersebut. Takut ada lemang yang dah 2 hari ke atas. Kalau dah basi, selalunya bau masam basi macam tu.

9. Last sekali, sedikit pesanan kepada pembeli2 sekalian. Anda sebagai pembeli ada hak2 anda semasa membeli lemang. Namun, kena la jaga adab antara pembeli dan penjual. Kalau ada masalah ke apa ke, kawtim dulu dengan tokey lemang. Sekarang zaman viral, lemang x masak sikit dah viral.

Kesian kat peniaga lemang ni, dah la berniaga lemang setahun 2 kali. Kena viral pulak, terus lingkup.

[Dah Baca?] Rahsia Peniaga Air Balang Untung RM7K

Anda ada kuasa membeli, kalau tempat tu jual mahal, pergi tempat lain. Tapi kalau mahal, berbaloi dan memang puas hati, apa salahnya kita beli. Benda makanan jangan berkira tuan2, kopi hipster RM20 secawan beli tak komplen pun.
...
Okey dah dapat ke tips dan petua yang dikongsikan tu? Dah hadam? Terima kasih pada Harris Rosli sebab berikan izin untuk orang lain kongsikan tips ini. Maka, mudahlah nanti untuk pilih lemang yang sedap dan paling penting masak secukupnya - kalau beli tepi jalan.

Ikut pengalaman encik Harris Rosli ni, beliau boleh bakar 100 batang lemang dalam masa 35 minit sahaja.

Sekarang ni, dah tak berniaga lemang lagi sebab ada komitmen lain, pun begitu ... encik Harris Rosli masih menyediakan servis bekalan buluh lemang kepada mereka yang nak berniaga lemang ni, terutama sekali di kawasan utara. Dulu, beliau berniaga lemang di gerai Lemang Cukup Tua, di Permatang Pauh Penang.

Kata-kata akhir dari encik Harris Rosli ....

Tak ramai anak muda yang pandai bakar lemang. Kepakaran membakar lemang ni patut dipelajari generasi muda. Benda2 macam ni boleh menjana pendapatan time2 nak raya. 

Memang betul apa kata encik Harris ni. Disebabkan sekrang ramai yang suka cepat, dan ramai yang tak ada masa nak masak dan bakar lemang sendiri, maka bisnes ni memang masyuk ... boleh bertahan lebih kurang sebulan untuk dapat untung besar... ala sama macam bisnes Kerang Rebus kat tempat sayalah, sekali setahun mereka buat bisnes ni .. tapi untung makan setahun !!

7 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Anak-anak muda tak minat bakar lemang mungkin takut panas kot.

    Ialah time bakar tu ambil masa juga duk sebelah lemang jejauh pun tetap rasa bahang panasnya pastu nak kena hentak-hentak dan pusing-pusingkan jugak.

    Kalau dah buat mesti tahu susah payahnya itulah kalau beli tu tak sampai hati nak tawar lebih-lebih.

    Mak Mrs. A rajin jugak buat lemang. Mrs. A ler yang selalu menolong itu yang tahu susahnya membakar lemang tu. Esok kita orang bakar lemang tapi biasanya untuk makan sendiri jer sedap dan puashati air tangan ibu hiks!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Syoknya leh bakar lemang sendiri ... ada 'roh' raya di situ

      Padam
  2. Lemang memang nampak lagi susah nak buat berbanding ketupat pulut. Dan memang susah juga nak cari lemang sedap.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu. Lagi hampa bila dah penat2 bakar lemang, tgk isi dalam mentah lagi .. aduhh

      Padam
  3. wahh..byk tips best ni..bleh apply hari ni..hehe

    BalasPadam
  4. Terima kasih. saya Kelantanese, memang tak reti pasal lemang melemang ni. tahu beli aje sebeb setiap kali raya my honey pasti akan ajak pergi cari lemang. Kadang-kadang memang terbeli lemang yang 'direcycle'. Saya nak hafal tips-tips ini dan nak cuba praktis.
    Terima kasih kerana kongsi tips berguna ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah dapat praktis ke tips beli lemang ni? In Sha Allah, ia akan banyak membantu.

      Padam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement