Apabila tiba 10 malam terakhir bulan Ramadan, maka berlumba-lumbalah ramai umat Islam untuk beribadah lebih hebat daripada kebiasaan. Tujuannya adalah satu, iaitu untuk mendapat keberkatan dan kelebihan yang ada pada malam yang disebutkan sebagai Malam Lailatul Qadar (Al-Qadr).

Ada banyak pendapat ulama mengenai bila berlakunya atau tarikh terjadinya Malam Lailatul Qadar ini. Namun, hanya mereka yang berjaya mendapatkannya sahaja akan tahu bila malam tersebut telah berlaku.

3 Tanda Malam Lailatul Qadar Telah Berlaku

Tanda Malam Lailatul Qadar Telah Berlaku

Daripada Ustaz Zahazan Mohamed, persoalan samada Malam Lailatul Qadar telah berlaku atau belum, boleh diketahui menerusi 3 kejadian atau tanda-tanda berikut:

Petanda Pertama

Malam yang tenang, suasana tidak terlalu panas dan tidak pula terlalu sejuk. 

3 Petanda Seseorang Telah Temui Malam Lailatul Qadar
Rasulullah S.A.W bersabda, maksudnya: "Malam Qadar ini tak terlalu panas dan tak terlalu sejuk, matahari akan terbit kemerahan dan cahayanya tak begitu kuat." (H.R Ibn Khuzaimah)

Petanda Kedua

Tanda kedua iaitu terangnya cahaya dan Nur malam itu hingga menyebabkan hati rasa lapang lebih dari malam-malam yang lain. Angin pada malam itu pula kelihatan tenang tanda ada tanda sebarang kehadiran tahi bintang. Sabda Rasulullah S.A.W: "Malam qadar adalah ketenangan tidak panas dan tidak sejuk dan juga tiada tahi bintang padanya." (H.R Ahmad )

Petanda Ketiga

Cara Ketahui Malam Lailatul Qadr Telah Terjadi

Tanda ketiga pula ialah matahari terbit pada waktu paginya tidak begitu terang, lain daripada kebiasaan. Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: "Pagi Lailatul Qadar, matahari terbit tanpa kesilauan hingga lah ia naik." (H.R Muslim)

Dan dari pengalaman dan cerita yang pernah saya dengar, mereka yang telah menemui malam ini akan nampak kelainan dari segi seri wajah, dan wataknya juga menjadi lebih baik daripada sebelumnya, tanpa dia sendiri menyedarinya.

Kena Cari Baru Jumpa

Dan ada yang mengatakan bahawa malam Lailatul Qadar hanya akan muncul dan berlaku pada orang Muslim yang benar-benar mencarinya. Jika tidak mencari, maka ia tidak akan berlaku pada orang tersebut melainkan dengan izin Allah untuk memperlihatkan kehebatanNya.

Apapun, bila ia berlaku dan akan berlaku adalah di luar pengetahuan kita, kerana ia merupakan rahsia Allah S.W.T. Dan kalau anda nak mencari dalil secara akal pun, agak mustahil diketahui tarikh betul ianya terjadi disebabkan kitaran dan waktu masa antara tempat adalah tidak sama.

10 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. alangkah indahnya dan istimewanya kalau kita dapat menyaksikan malam istimewa ni..Subhanallah

    BalasPadam
  2. Semoga kita semua dpt bertemu dengan Lailatul qadar

    BalasPadam
  3. Moga moga boleh diketemukan dalam malam Al Qadr

    BalasPadam
  4. 3 petanda ni telah berlaku pada saya a few years ago. Time tu Ya Allah tenangnya.

    Bayangkan saya tinggal kat taman perumahan landed kos sederhana. Kebiasaannya dalam bulan ramadhan hari-hari biasa budak-budak kita ni main mercunlah lumba motorlah.

    Tapi malam tu senyap je. Takde bising dan pastinya tenang. Bermula jam 11 malam dah rasa kelainan. Padahal jam ni biasanya anak muda bising dngn motor bagai.

    Alhamdulillah, saya dapat lihat sebahagian pokok di tepi bukit kawasan rumah tunduk. Satu keajaiban berlaku. Terkejut dan takut pun ada. Tapi saya anggap inilah malamnya.

    Jom kita sama-sama DOA dapat jumpa betul-betul malam lailatul Qadar ni.

    BalasPadam
  5. Semoga kita semua dapat bertemu dengan malam Lailatul qadar. Sama2 lah kita berdoa supaya diberikan kesihatan utk terus beribadat di malam2 yang terakhir ramadhan ini.Aminn

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement