Poskad Animasi Raya Aidilfitri 2017. Baru-baru ni, saya ada kongsikan di fanpage blog mengenai poskad AR terbaru dari Pos Malaysia sempena Hari Raya Aidilfitri. Ia telah diperkenalkan oleh seorang staff Pos Malaysia menerusi satu video yang telah pun menjadi tular sejak awal Ramadan.

Poskad Animasi Raya Aidilfitri ni memang nampak sangat menarik, terutama untuk golongan kanak-kanak. Ia poskad raya yang gabungkan dua teknologi - teknologi baru dan lama.

Menariknya Poskad Raya Animasi dari Pos Malaysia

Poskad Raya Animasi dari Pos Malaysia
Isteri saya beli beberapa pek yang lengkap satu set poskad Raya Aidilfitri dari Pos Malaysia ni. Heh .. wife saya pun follow fanpage blog saya ye ... huhu.. tu sebab dia beli. Katanya nak minta anak-anak saya tulis poskad raya ni dan hantar kepada kenalan dan rakan mereka.

Poskad Raya Aidilfitri 2017 Pos Malaysia boleh dibeli dengan harga RM5.90 satu set. Setiap set ada 4 keping poskad raya, dan ada empat rekaan berbeza. Ia boleh didapati di pejabat pos berhampiran anda.

Poskad Raya Animasi Dwifungsi

Poskad raya ni berdwifungsi. Satu sebagai kad ucapan raya yang biasa tu. Kita tulis ucapan di atas poskad.. ala macam dedulu la. Satu lagi adalah 4D, di mana gambar pada poskad tu boleh anda lihat dalam bentuk 3D dan dengar muzik atau takbir raya.
Poskad Raya Aidilfitri Pos Malaysia
Untuk dengar muzik latar atau takbir raya pada poskad Raya Aidilfitri Pos Malaysia ini, anda perlu muat turun satu aplikasi dinamakan 'AR Postcard'. Anda perlukan aplikasi percuma ini untuk lihat gambar suasana raya di kad ini muncul hidup dalam bentuk animasi menarik.

Cara Nak Gunakan Poskad Animasi AR Raya Posmalaysia

Cara-cara nak 'guna' poskad animasi Raya Aidilfitri Pos Malaysia
  1. Beli poskad animasi Raya di Pos Malaysia
  2. Scan kod pada belakang poskad atau
  3. Muat turun aplikasi di Google Play atau App Store secara percuma
  4. Imbas muka depan poskad untuk lihat animasi kad raya dengan muzik latar atau takbir raya
Anak-anak saya cukup suka dengan poskad animasi ni, rasanya berbaloi juga beli poskad ini.

Apabila isteri saya tunjukkan poskad ni, terus masing-masing nak muat turun aplikasi AR Postcard dan teruja nak tengok animasi yang disediakan pada setiap kad.

Bila dah muat turun, hanya letakkan kad di depan imbasan AR ni dan animasi akan ternampak di depan skrin smartphone. Ada lagu dan ada takbir, setiap animasi adalah berbeza pada setiap poskad raya ni. Paling best, salah satu poskad tu ada pertunjukkan bunga api lagi .. huuhuhu... sampai rasa sayang pula nak dihantar pada orang  .. hahaha.
Poskad Hari Raya dari Posmalaysia
Poskad Raya Animasi Aidilfitri Pos Malaysia
Poskad Raya Animasi Aidilfitri Pos Malaysia
Poskad Raya Animasi Aidilfitri Pos Malaysia

Oh ya, saya ada berikan beberapa kad raya Aidilfitri untuk rakan-rakan blogger dan pembaca blog untuk tahun ni. Siapa yang dah berikan alamat rumah pada saya tu, in Sha Allah .. tak lama lagi dapatlah kad raya daripada saya.

Uhh lama betul rasanya tak berikan kad ucapan Selamat Hari Raya kat orang. Tahun ni terbuka pula hati. Dan nampaknya kad Hari Raya Aidlfitri animasi dari Pos Malaysia ni memang menjadi antara pilihan menarik dan unik.

Rasa poskad raya ni menarik, pergilah dapatkan di pejabat Pos Malaysia berhampiran ye.

3 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. ada tengok di pejabat pos sabtu lps tp x cukup bajet..

    BalasPadam
  2. Waaaa.. menarik sngt. Cantik btl kad tu.
    Klau la sy bli, mau rsa syng nk bg pd orang. Haha
    Simpan buat koleksi sendiri. Aju btl kad raya skrng ni kn.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement