Linah. Ini tajuk bagi iklan atau filem pendek Hari Raya 2017 daripada CIMB. Ia baru sahaja dimuat-naik pada 14 Jun, dan sudah mencapai tontonan 180K ketika saya menulis post ini. Linah, ia sebuah filem pendek Hari Raya 2017 yang mungkin seronok untuk ditonton.

Sejak beberapa hari ni, banyak dah keluar iklan TVC atau filem pendek Hari Raya di YouTube. Ada yang mendapat sambutan dan tontonan yang tinggi. Ada tu macam tak berapa sangat .. hoho. Ada filem pendek raya yang sedih, ada pula yang agak lucu. Linah?

Linah - Filem Pendek Hari Raya 2017

Linah - Filem Pendek Hari Raya 2017
Linah - Filem Pendek Hari Raya 2017
Linah adalah seorang 'superhero' untuk 'keluarga'nya yang besar. Satu hari, semasa sedang berlatih untuk satu pementasan berkostum, boss Linah beritahu bahawa client tak jadi untuk buat show. Maka, walaupun hampa tak dapat buat duit lebih semasa bulan puasa, Linah dan kawan-kawannya dapat cuti untuk pulang berhari raya di kampung.

Linah pun apa lagi, terus beredar tanpa tukar pun baju kostum superhero yang dipakainya.

Realiti, saya tak fikir ada orang yang berani buat macam Linah.

Linah terus bershopping untuk ahli keluarganya. Beli baju baru, kasut baru, kuali baru ... dan naik kapal terbang untuk pulang berhari raya. Duit bukan segalanya untuk Linah, tetapi membahagiakan keluarganya adalah yang paling penting.

Antara dialog yang best dalam filem pendek raya 2017 dari CIMB ni ialah dialog untie berbangsa Cina.

"Debitjer"

Haha.. siap ketuk kuali yang digantung belakang Linah. Sekali tengok macam cerita Lord of The Rings lak .. haha...eh bukan .. macam Ninja Turtles ... jantina - perempuan.

Saksikan aksi Linah dalam filem pendek Hari Raya 2017 daripada CIMB ini. :)


3 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement