Masalah pada iPhone anda? Tak tahu mana nak mencari tempat atau kedai servis repair iPhone yang dipercayai dan memberikan servis terbaik secara face-to-face? Aha .. jika anda berada dan tinggal sekitar Kuala Lumpur, khasnya Ampang, Pandan Indah, Gombak, Wangsa Maju mahupun Batu Caves, saya ada berita baik untuk anda.

Khas untuk anda yang ada masalah pada telefon pintar (smartphone) jenis iPhone, anda mungkin boleh mencuba servis yang disediakan oleh IPro Ampang. Mereka memang pakar menyelesaikan masalah berkaitan iPhone. Saya lihat ramai pelanggan yang telah berpuas-hati dengan servis atau perkhidmatan yang telah diberikan menerusi testimoni bergambar yang telah diberikan.

Servis Repair iPhone di IPro Ampang Secara Face-to-Face Memang Diyakini

Servis Repair iPhone di IPro Ampang Secara Face-to-Face Memang Diyakini
Anda tentu susah hati jika iPhone anda ada masalah seperti skrin jadi kelam, touch-screen tidak berfungsi, masalah sound, masalah kamera dan masalah bateri iPhone cepat habis. Lagi susah hati bila skrin iPhone retak mahupun pecah.

Smartphone mahal tahap mana sekalipun, kalau skrin dah meretak dan pecah seribu ... tak ada nilai dah tu .. huhu.

Jangan sedih. Saya bukan nak tambah kesedihan anda. Saya nak bantu anda selesaikan masalah. Alhamdulillah, saya ada kenalan yang rekomenkan kedai IPro Ampang ini untuk mereka yang ada masalah dengan iPhone kesayangan mereka.

Mengapa Cadangkan IPro Ampang?

Servis Repair iPhone Ampang Face2Face
Hmm.. jika anda hantar repair ke wakil jualan iPhone, pasti mereka akan ambil iPhone anda untuk periksa kerosakan yang ada. Tahu-tahu je, anda dah kena bayar sekian-sekian tanpa tahu detail apa yang dibaiki atau diganti. Sayang pada iPhone punya pasal, sanggup bayar berapa sahaja caj yang dikenakan.

Tetapi di kedai IPro Ampang ini, anda datang dan tunjukkan iPhone bermasalah anda pada mereka, mereka akan periksa on-the-spot, secara face-to-face tanpa selindung. Kata orang, anda akan diberikan konsultansi secara percuma secara telus sebelum apa-apa pembaikian mahupun penukaran bahagian dilakukan pada telefon iPhone anda (jika ada).
Skrin pecah dan rosak iPhone
Mereka akan consult tentang masalah yang dihadapi oleh iPhone milik anda. Dengan menyatakan apa yang perlu dibaiki atau diganti, serta kos yang perlu anda bayar .. anda akan diberikan servis repair iPhone tanpa selindung di depan anda - face-to-face.

Ini kelebihan pada kedai servis iPhone ini. Tak tipu orang punya, in Sha Allah.

Anda juga boleh pastikan bahawa data peribadi seperti gambar dan nombor telefon skandal anda tidak diketahui atau disalahgunakan. Manalah tahu kot-kot ada simpan gambar yang tersangat peribadi dalam iPhone anda tu ... huhu.

Kawasan Servis iPhone

Kedai repair iphone terbaik sekitar Ampang
Kedai IPro Ampang menawarkan servis membaiki, mengganti dan memperbetulkan apa juga masalah yang dihadapi oleh iPhone milik anda. Kedai ini merupakan kedai yang menjalankan perkhidmatan repair iPhone untuk kawasan sekitar Setapak, Melawati, Keramat, Cheras, Shamelin, Pandan Indah, Ampang Jaya dan Wangsa Maju.

Malah pelanggan juga datang dari sekitar Sri Rampai, Gombak, Batu Caves, Ulu Klang, Setiawangsa, Pudu, Jelatek, Kementah, Desa Pandan, serta Sentul. Bak kata lain, kedai yang terkenal dengan servis repair iPhone face-to-face ini didatangi pelanggan dari seluruh ceruk Kuala Lumpur.

Uhh mana taknya, sebab memang terbukti kedai servis iPhone yang terbaik dan diyakini. Kalau tak kenapa ada yang rekemenkan pada saya dan pembaca blog saya ... :)

iPhone Body Custom-Made

Custom body iPhone
Oh ya, IPro Ampang juga dikenali kerana mempunyai servis untuk memberikan iPhone anda satu keunikan, iaitu custom-body. Anda boleh dapatkan servis menukarkan body iPhone anda kepada rekaan yang anda suka.

Jaminan (Warranty)

Servis Repair iPhone Ampang Face2Face
Untuk setiap pembaikan atau gantian apa-apa bahagian yang rosak pada iPhone anda, akan diberikan waranti selama 3 - 6 bulan bergantung kepada jenis gantian yang dilakukan. Namun untuk bateri iPhone, jaminan diberikan sehingga 6 bulan.

Lokasi Kedai iPro Ampang

Lokasi kedai repair iPhone IProAmpang
Bagaimana nak cari kedai ni? Cara paling mudah dan cepat ialah dengan gunakan aplikasi Waze atau Google Map di telefon pintar anda. Waze je 'IPRO AMPANG'

Laman web: http://www.iproampang.my
Email: resq@iproampang.my

Facebook: https://web.facebook.com/Iphonerepairkliproampang/
Telefon / WhatsApp: 014-500 0085

Waktu operasi:
  • Isnin – Khamis 10:00 pagi – 10:00 malam
  • Jumaat 4:00 petang – 10:00 malam


2 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Kalau Iphone ena rosak, boleh la datang sini... Terima kasih share pasal kedai ni.. I need it so much

    BalasPadam
  2. mohon buat kat sabah... payah kalau iPhone rosak nk hntr kedai pun risau

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement