Resepi Masak Lemak Ketam ketika buka puasa. Salah satu hidangan yang menyelerakan bagi diri saya ialah menu masak lemak. Ada beraneka macam menu masak lemak ni. Ada masak lemak kuning dan ada masak lemak putih. Kalau kuning tu, maknanya ada letak serbuk kunyit atau hirisan kunyit hidup.

Samada ikan, udang, daging mahupun ayam .. semuanya boleh dibuat masak lemak. Bukan setakat tu je, anda juga boleh buat menu masak lemak untuk sayur-sayuran. Namun, untuk bulan puasa ni, menu masak lemak yang pada saya paling best ialah Masak Lemak Ketam.

Resepi Masak Lemak Ketam Untuk Bulan Ramadan

Masak Lemak Ketam Untuk Bulan Puasa
Kalau anda nak makan ketam ketika bulan puasa, penting sekali anda pastikan ianya ketam yang berbaloi untuk anda masak lemak. Ketam yang kosong isinya agak rugi nak buat masak lemak ni. Paling baik ialah mencari dan memilih ketam yang segar yang penuh isinya. Boleh cuba baca tips ni - Tips Memilih Ketam Yang Segar.

Resepi Masak Lemak Ketam pada saya amat mudah untuk dibuat. Bahan-bahan untuk memasak pun tak susah, sebab anda tak perlu nak menumis atau menggoreng ... hanya tuang dalam periuk dan kacau. Bahan paling utama sekali selain dari ketam segar ialah santan segar.

Bahan-Bahan Masak Lemak Ketam

Masak Lemak Ketam Untuk Bulan Puasa
Mari lihat senarai bahan-bahan untuk memasak resepi Masak Lemak Ketam.
  • 3- 4 ekor ketam segar yang telah disiang, dan dibelah dua serta dibersihkan.
  • Satu cawan santan segar (kalau beli kat pasar minta RM2)
  • 3-4 biji bawang besar*
  • 3-4 ulas bawang putih*
  • Seinci halia tua*
  • 4-5 biji cili api*
  • 3-4 biji cili kering*
  • Setengah inci kunyit hidup*
  • 2 biji buah tomato yang dipotong empat/lima
  • Kacang panjang atau kacang buncis yang dipotong sederhana
  • 1 batang serai
  • 1 helai daun kunyit
  • Setengah cawan air
  • Garam

Cara Memasak Masak Lemak Ketam

  1. Sila mesin atau kisar sehingga lumat bahan-bahan yang bertanda (*). Kalau nak rasa tradisional, boleh je anda guna lesung batu atau batu giling ... hehehe.
  2. Masukkan santai dan air, serta bahan-bahan yang telah dikisar dalam periuk.
  3. Panaskan dengan api sederhana, dan kacau sehingga sebati.
  4. Bila dah menggelegak, masukkan ketam segar.
  5. Kacau dalam 5 minit atau sehingga kulit ketam sudah bertukar kemerah-merahan. 
  6. Masukkan tomato dan kacang panjang.
  7. Masukkan serai yang diketuk dan daun kunyit dipotong kecil.
  8. Kacau selama beberapa minit.
  9. Masukkan sedikit garam.
  10. Siap.
Senang je kan? Resepi ini memang mudah. Saya seorang house husband pun boleh memasak menu resepi ni .. walaupun saya bukan seorang tukang masak atau chef ...

In Sha Allah, sedap dimakan bersama keluarga samada untuk berbuka puasa atau sahur Ramadan ini.

9 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. My favourite ni bro hh. Menggoda betol... 😍

    BalasPadam
    Balasan
    1. Uhh ye ke .. hehehe .. leh la masak ye tak masa bulan puasa ni .. mesti terangkat punya.

      Padam
  2. Salam sifu...Selamat berpuasa...sedapnyaaa...my fav gulai ketam...ngecess dah nih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aha .. amacam, terbaik tak resepi saya ni .. cubalah untuk berbuka puasa tahun ni .. hehehe

      Padam
  3. sedapnya. selalu kalau ketam ni mak sy selalu masak taucu hehehe

    BalasPadam
  4. Pergh dah lama tak makan ketam masak lemakk ni... terliurr

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aha .. leh la cuba resepi yang saya buat ni ...

      Padam
  5. masak lemak fav unni ni tapi x reti sgt makan ketam...

    BalasPadam
  6. Sepanjang kawen x pernah lg bli ketam dan masak sendiri. Hehe..
    Tapi lauk gulai ketam ni fav la sngt2. Balik umah mak kadang dia masakan. Makan sampai tak heran org sbelah. Hihi

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement