Layan Kolam Renang Tanpa Gangguan di Leisure Cove Hotel Apartment Penang. Woooha .. memang best bercuti hujung minggu bersama anak-anak di Leisure Cove Hotel & Apartment Penang ni, mana tidaknya .. kami anak-beranak boleh melayan kolam renang tanpa gangguan, al maklumlah .. bercuti ketika bukan musim cuti.

Saya dan isteri telah ambil peluang untuk buat tempahan online menerusi Traveloka dengan diskaun. Ia sebenarnya dah menjadi antara hotel target isteri saya apabila mengetahui bahawa apartment di Leisure Cove ini agak luas dan padan dengan harga ditawarkan.

Leisure Cove Hotel & Apartments Penang

Leisure Cove Hotel & Apartments Penang
Hotel dan apartment ini terletak Tanjung Bungah, Pulau Pinang. Ia sebuah hotel apartment yang berdekatan dengan laut, dan tidak berada jauh dengan jalan utama ke Batu Feringhi iaitu Jalan Tanjung Bungah.

Jika dari jalan utama, anda tidak akan nampak hotel ini tetapi ada papan tanda yang menunjukkan arah ke hotel. Jadi, anda mungkin tak akan sesat jika bijak melihat papan tanda arah hotel... hehehe. Pun begitu, anda boleh sahaja gunakan Google Map untuk mencari lokasi Leisure Cove Hotel & Apartments ini. Tak susahlah ... sekali anda dah tahu lokasi, memang senang mencari dan mengetahuinya.

Pandangan dari luar, mungkin tak nampak apa yang istimewa pun di hotel ini. Tapi itulah, bila bercakap pasal apartment, pastinya kemudahan yang ada di dalam bilik apartment lengkap, sesuai untuk penginapan serta percutian keluarga.

Itu adalah antara sebab kenapa isteri saya mahu merasai pengalaman menginap di Leisure Cove Hotel & Apartments ini. Apatah lagi di luar musim cuti ....

Kalau dilihat apa yang ada dalam bilik hotel ini, tiada apa yang istimewa. Tapi, cukup saya katakan .. ia merupakan hotel apartment yang agak luas. Ada ruang tamu, meja makan, sofa, ruang dapur dan bilik yang berasingan.

Oh ya, kami telah menempah bilik jenis Studio Suite King di hotel apartment ini. Pilihan yang memang isteri saya mahukan.

Kolam Renang Kriteria Penting Bila Bercuti

Bila sampai sahaja di hotel, selain check-out apa yang ada di dalam bilik yang telah kami tempah, kami juga tengok-tengok kemudahan lain yang ada.

Yeah .. seronok anak-anak saya bila dapat tahu bahawa tempat kami bercuti ini ada kolam renang. Sesuatu yang sangat wajib apabila mahu bercuti dan menginap di hotel bersama anak-anak.

Selesai saya dan isteri settle down dengan beg-beg pakaian kami, anak-anak terus ajak saya untuk pergi mandi di kolam renang. Anak saya, Amri, Zikri dan Maira teruja nak lihat bagaimana rupa kolam renang Leisure Cove Hotel & Apartments ini.

Jeng jeng jeng .....

Fuh .. best. Memang best kolam renang yang ada di hotel apartment ini. Walaupun saiznya tidaklah besar, tetapi ia ada pemandangan yang sangat cantik. Kenapa? Sebab ia terletak di roof top hotel apartment ini.

Cuba lihat beberapa perkongsian gambar yang sempat saya ambil semasa di sini - lebih tepat lagi .. berada di kolam renang roof top Leisure Cove Hotel & Apartments.
Seronok betul anak-anak saya dapat mandi kolam renang. Tak ada orang pulak tu, memang seluruh bahagian kolam renang menjadi tempat mereka bertiga.

Paling best, ada jakuzi terbuka .... boleh rujuk gambar kedua dalam post ini ...

Tak ada orang, kolam kami 'punya', jakuzi pun kami 'punya' .. haha .. memang layannnnn la.

Jarang dapat keadaan begini jika pergi bercuti ke mana-mana penginapan yang ada kolam renang, ohh kecualilah di Lexis Suites Penang yang kolam mandi ada di dalam bilik... hehe.

Apabila sudah dapat peluang untuk mandi dan bermain air tanpa gangguan ni, faham-faham sahajalah keadaan anak-anak saya. Hanya apabila dah betul-betul kesejukan, jari-jemari dah mengecut, baru rasa nak keluar dari kolam dan balik ke bilik.

Saya juga ambil kesempatan yang ada untuk melayan kolam renang Leisure Cove Hotel & Apartments. Memang puas mandi kolam di tempat terbuka tanpa gangguan sesiapa, seolah hotel apartment ini kami sekeluarga yang punya .. haha.

Jika anda ingin bercuti ke Penang, mahu menginap di sebuah hotel apartment yang ada akses ke pantai, pemandangan yang cantik, serta dalam bajet yang mampu, maka bolehlah pilih penginapan di sini.
Cuma satu je, keadaan dalam bilik hotel apartment ini tidaklah begitu baik sebab ia sebuah apartment yang dah lama. Jadi, mungkin tak nampak begitu moden, tapi masih lagi selesa untuk percutian keluarga.

Untuk mendapatkan harga terbaik menginap di hotel, saya syorkan anda untuk membuat tempahan menerusi Traveloka, pasti akan berbaloi dengan bajet anda.

#TravelokaMY #MYTravelAdventure

3 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement