Eh, pandai pulak si Maira, 7 tahun, buatkan kad Hari Ibu untuk mama dia. Sempena Hari Ibu pada 14 Mei 2017, anak perempuan saya telah sediakan satu kad ucapan khas untuk isteri saya. Gigih sorok buat kad ni ... haha.

Ini bukan pertama kali anak saya terutama sekali Maira sediakan kad ucapan sendiri. Memang kami dah didik mereka untuk hasilkan sesuatu kalau nak memberikan sesuatu. Bukan tak boleh nak beli, tapi mereka tahu ... hadiah seperti ini lebih ikhlas dari hati mereka.

Kad Hari Ibu Dari Maira Untuk Isteri ..

Kad Hari Ibu Dari Maira Untuk Isteri ..
Salah satu cara mendidik anak-anak untuk menghargai apa yang mereka ada di dunia ini ialah dengan memberikan kad ucapan. Walaupun ia satu bentuk penghargaan yang ringkas, namun jika ia dihasilkan sendiri .. tentu ia ada impak peribadi.

Ia juga satu cara untuk mendidik anak-anak mempergunakan skill dan kebolehan sendiri. Secara tidak langsung mereka akan lebih kreatif, tahu membuat ayat yang memberikan makna pada seseorang dan mengerti nilai sebuah ikatan.

Hasilkan Kad Ucapan Sendiri Tanpa Bantuan ..

Uhh kalau tengok si Maira mencipta kad Hari Ibu ini, tentu anda akan nampak betapa kesungguhan dia nak hasilkan sesuatu yang istimewa untuk isteri saya. Saya pun jeles .. hahaha.

Tak disuruh pun buat, semuanya adalah kerja sendiri anak saya Maira tanpa bantuan. Dia tahu 14 Mei adalah Hari Ibu sebab ada diberitahu oleh cikgu di sekolah. :)
Kad Hari Ibu Buatan Sendiri Anak Umur 7 Tahun
Bila ditanya pada Maira apa hadiah terbaik untuk Mama (isteri) saya, dia akan cakap ...

"Tentulah kasih sayang ...."
"Sayang Mama banyak-banyak sampai bila-bila ..."

Mungkin pada ketika ini, ayat-ayat ini kurang diambil erti sangat. Tetapi percayalah, apabila usia anak-anak sudah semakin dewasa, dan diri kita sebagai ibu bapa dah semakin tua dan uzur, ayat-ayat inilah yang akan diingat dan dikenang. Satu kenangan tersangat manis dan indah, di kala anak-anak sudah bekeluarga dan ambil haluan sendiri.

Tak susah untuk menunjukkan kasih sayang, cuma untuk generasi akan datang ... sebagai ibu bapa, kena didik anak-anak andai pandai dan bijak menghargai orang lain. Buat cara dan berikan seikhlasnya.
Kad Ucapan Hari Ibu Anak Umur 7 Tahun
Ada yang fikir memberikan hadiah mahal-mahal adalah cara nak tunjukkan kasih dan sayang pada seseorang, tetapi bukan semua orang mampu berbuat demikian. Ya memang boleh, tapi apa yang dinilai adalah lebih kepada usaha tersebut.

Sama je, anak anda hasilkan kad sendiri dengan mereka usaha cari duit nak beli parfum atau minyak wangi sebagai hadiah ... :)

Ajar anak-anak untuk berusaha dengan cara mereka menghargai sesuatu. Tanamkan sifat ikhlas, jujur, memberi, kasih sayang dalam diri mereka, in Sha Allah ... anda akan ingat senyuman mereka setiap kali mereka ucapkan "Terima kasih Abah .. Terima kasih Mama"..

anak pintar


1 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement