Menurut laporan akhbar Kosmo bertarikh 12 April 2017, pihak Cuepacs telah berjaya mendapat persetujuan Kementerian Wilayah Persekutuan untuk mendapatkan sebidang tanah di Putrajaya bagi pembinaan rumah mampu milik di bawah harga RM100,000 khusus untuk kakitangan awam.
Rumah RM80,000 Seunit di Putrajaya Untuk Kakitangan Awam
Paling menarik perhatian saya ialah harapan Cuepacs untuk melihat pembinaan rumah tersebut dengan keluasan bermula dari 800 kaki persegi dijual pada harga permulaan RM80,000 seunit.Menurut Kosmo, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Azih Muda (gambar) berkata, pihaknya berharap Putrajaya menjadi model kepada pembinaan rumah mampu milik khususnya kepada penjawat awam yang tidak layak untuk membuat pinjaman bank.
Sasaran Untuk Kakitangan Awam Gred Bawahan
Hmm .. ini bermakna tumpuan pada pembinaan rumah berharga RM80K di Putrajaya itu nanti adalah untuk golongan sasaran kakitangan awam dengan gred gaji rendah yang memang amat sukar untuk mendapatkan pinjaman bank bagi pembelian rumah.Yelah, di zaman sekarang era tahun 2000, memang sukar mahu mencari dan mendapatkan rumah dengan harga di bawah RM100,000. Jika ada pun, keluasannya agak kecil dan rata-rata kurang selesa buat sebuah keluarga yang melebihi 4-5 orang.
Saya menyokong usaha ini. Walaupun golongan sasarnya tidak menyeluruh kepada seluruh rakyat, namun apa yang dilakukan oleh Cuepacs ini menampakkan mereka sangat prihatin dengan kebajikan kakitangan awam.
[Khas] Sukar Nak Dapat Loan Rumah? Klik Sini Untuk Ketahui Rahsianya
Ia satu tindakan dan usaha yang baik; yang bukan sekadar meminta kerajaan untuk bonus atau elaun tambahan yang mana permintaan seperti ini bersifat pakai-buang. Tidak seperti perumahan yang menjadi antara permasalahan bagi ramai golongan kakitangan awam gred rendah.Lihat Keperluan Di Luar Putrajaya
Saya juga berharap pihak Cuepacs melihat keperluan ini di luar Putrajaya. Saya lihat banyak tanah-tanah kerajaan yang terabai, tidak dimajukan dan dijaga sepatutnya. Alangkah baik andai tanah-tanah ini turut diusahakan dengan projek perumahan awam.Ada banyak kuarters lama untuk kakitangan awam yang terbiar tanpa diduduki sehingga ada yang menjadi usang dan hampir roboh. Mungkin pihak Cuepacs perlu menjelajah seluruh negara, dan melihat kawasan-kawasan ini dan buat proposal pada pihak kerajaan untuk segera dibangunkan khususnya untuk projek perumahan untuk kakitangan awam.
kesianlah mereka yang belum mampu nak beli rumah beharga beratus ribu..jadi bila ada yang mampu milik,harap dapat lah kepada yang memerlukan
ReplyDeleteSaya pun harapkan begitu, ramai kawan2 saya yang belum ada rumah sendiri .. usia pun dah susah nak buat loan
Deletewah bestnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
ReplyDeleteMemang best zakiah hanum jika ia benar berlaku nanti .. harap dapatlah direalisasikan rumah dengan harga RM80K ni untuk kakitangan awam.
DeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.