Lavender Garden, Cameron Highlands - Destinasi cuti untuk pencinta bunga Lavender. Isteri saya dah lama teringin nak masuk ke Taman Lavender (Lavender Garden) di Cameron Highlands ni. Tapi setiap kali pergi bercuti ke Cameron Highlands, saya tak pernah nak singgah bawa famili ke Lavender Garden ni... haha.

Hmm mungkin saya ni bukan seorang pencinta bunga kot. Tapi baru-baru ni, semasa percutian awal tahun 2017, saya ambil keputusan untuk singgah di Lavender Garden, Cameron Highlands. Sebab utama saya singgah ialah sebab isteri saya sedang mengandung anak keempat ... ngidam betul dia nak masuk ke taman yang penuh dengan bunga Lavender yang cantik-cantik ni.

Destinasi Cuti Menarik - Lavender Garden Cameron Highlands

Ohh saya betul tak sangka, memang cantik tempat ni. Selalu tu saya tengok dari luar je. Pernah satu ketika, saya fikir tak berbaloi nak bayar tiket untuk masuk ke Lavender Garden ni semata nak jenguk bunga Lavender yang boleh dilihat secara percuma di gerai-gerai tepi jalan.

Di dalam taman yang menampilkan deretan bunga-bunga Lavender ini, terdapat juga kawasan yang cantik untuk bergambar. Malah, ada beberapa tempat dalam taman ini yang unik untuk berselfie dan bergambar potret perkahwinan. Saya ada lihat beberapa gambar perkahwinan yang dirakam di dalam taman ini ... uhh macam kat luar negara lah .. haha.

Bunga Lavender tak ada bau. Jadi, buat mereka yang mungkin alergik pada bau bunga, destinasi cuti ini memang sesuai.
Selain bunga Lavender, ada juga bunga-bunga lain yang diletakkan di bahagian atas taman ini. Jadi, anda perlu ada stamina yang banyak untuk panjat sampai ke bahagian atas. Uh ada kincir air oooo .. dan labu besar ....

Lavender Garden Bertingkat-Tingkat - Mesti Nak Ada Stamina

Isteri saya memang tak dapatlah nak naik sampai ke bahagian atas Lavender Garden ni. Setakat pada teres pertama sahaja... tak mampu katanya apabila melihat ada pengunjung yang turun tercungap-cungap daripada bahagian atas...hehehe...
Nasib baiklah ada Maira yang rajin ambil gambar guna kamera kompak Sony miliknya. Uhh sakan ambil gambar bunga-bunga cantik yang ada.

Saya kongsikan beberapa gambar di dalam Lavender Garden Cameron Highlands ini untuk tatapan anda semua. Manalah tahu, anda masih lagi rasa ragu-ragu nak masuk ke taman ini disebabkan harga tiket masuk yang agak mahal (pada pandangan saya).

Waktu Operasi dan Tiket Masuk

Lavender Garden ini terletak antara Kuala Terla dengan Tringkap di Cameron Highlands. Anda takkan terlepas tempat ini sebab ia sangat mudah kelihatan dari jauh. Dibuka setiap hari bermula jam 9:00 pagi sehingga 6:00 petang.

Harga tiket masuk ke Lavender Garden ini adalah RM8 untuk dewasa, dan RM5 untuk kanak-kanak. Anda boleh berada selama mana pun dalam taman bunga Lavender ini ...

Selain bunga Lavender, ada bunga matahari, bunga ros, bunga kekwa, dan banyak lagi. Malah, ada deretan gerai dan restoran makanan di bahagian teres kedua dan juga ketika nak keluar dari taman ini. Ada pelbagai barangan menarik boleh anda beli di Lavender Garden ini.

Paling mendapat perhatian ialah aiskrim Lavender.

In Sha Allah, nanti saya kongsikan lagi beberapa gambar menarik percutian hujung minggu ini dengan anda semua. Anda boleh lihat di bahagian destinasi cuti dan juga wordless wednesday nanti ye.

4 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. mmg cntik bunga dalam lavender tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. itulah pasal .. sebelum ni tak tahu pun dalam taman ni ada apa selain Lavender

      Padam
  2. pernah nampak padlock mcam tu kat penang ;)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement