Hari ini saya terima satu bungkusan pos berdaftar. Ia satu bungkusan tertulis nama isteri saya sebagai penerima. Agak menghairankan juga sebab saya tak tahu yang isteri saya ada order apa-apa barangan beli secara online. Semua barangan atau produk maternity dah pun dibeli, malah barangan dari China beli di Lazada pun dah selamat sampai. Mushkil.

Isteri saya masih di pejabat. Saya yang tinggi rasa ingin tahu pun buka bungkusan. Saya gunakan kuasa veto nak lihat apakah kandungan bungkusan misteri yang isteri saya terima. Uhhh .. satu alat yang tak pernah saya lihat seumur hidup saya .... free fetal kick tracker.

Free Fetal Kick Tracker dari Connected Mum's Club (Anmum Club)

Free Fetal Kick Tracker
Saya serius blur apakah alat yang diterima secara percuma oleh isteri saya. Saya tunggu isteri saya balik kerja untuk cerita. Ini benda baru ... dan ia merupakan satu alat yang bantu ibu-ibu mengandung. Saya tak mengandung .. jadi memang blur .. hahaha.

Alat yang diterima oleh isteri saya itu adalah Fetal Kick Tracker.

Ia adalah alat untuk bantu ibu mengandung mengetahui berapa tempoh atau jangka waktu bayi dalam kandungan akan dilahirkan. Ia juga sebagai satu penanda aras untuk mengetahui samada bayi dalam kandungan adalah aktif atau tidak,

Bayi yang aktif, yang sering bergerak menunjukkan bahawa bayi itu sihat.

Semakin menghampiri tempoh kelahiran, bayi akan menunjukkan lebih banyak gerakan di dalam perut si ibu. Jadi, dengan menggunakan fetal kick tracker ini .. mudahlah si ibu nak pantau.

Ada pergerakkan sahaja, picit butang yang disediakan .. dan satu tapak kaki bayi akan muncul di skrin. Comel je nampak .. hehehe....
Free Fetal Kick Tracker dari Connected Mum's Club (Anmum Club)
Dan alat ini akan buat kiraan untuk si ibu mengenai kehamilannya. Ada info kecil tertulis di skrin bawah tu .. yang saya tak faham sangat .. huhu..  (belum baca manual).

Sebenarnya, secara tradisionalnya .. cara pengiraan ini boleh dilakukan secara manual. Ibu-ibu mengandung pasti tahu caranya. Cara kira tendangan dan pergerakkan bayi ini ada diajarkan di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak. Si ibu kena rekod sendiri guna cara pen dan kertas/buku mengandung.

Bila dah ada alat ini, pengiraan dan rekod senang dilakukan. Bila bergerak je, klik pada butang. Lepas tu ada analisis. Best je saya nampak .. anak-anak saya yang lain pun turut teruja.

Mana Nak Dapat Alat Ini?

Free Fetal Kick Tracker dari Connected Mum's Club (Anmum Club)
Semasa saya kongsikan gambar alat ini di Facebook, ramai ibu-ibu mahu tahu daripada mana isteri saya dapatkan fetal kick tracker ini. Yelah, benda free kot ... mestilah ramai yang nak tahu.

Ok,.

Isteri saya dapatkan fetal kick tracker ini secara percuma setelah mendaftar di Connected Mums' Club.

Ada Iklan Mengenainya ...

Kalau anda perasan, akhir tahun 2016 ada promosi mengenai produk Anmum. Iklan Anmum ini ada keluar menerusi iklan Adsense dan Innity di blog ini. Dalam iklan tersebut, ada promosi untuk berikan sampel percuma susu Anmum, siapa yang klik iklan tersebut akan dibawa ke laman Annum dan di dalam laman web tersebut pula ada pautan ke pendaftaran percuma untuk Connected Mums' Club ini.

Nak dijadikan rezeki, isteri saya pun daftar secara percuma. Alhamdulillah, ada promosi .. siapa daftar akan dapat Free Fetal Kick Tracker ini.

Anda boleh rujuk promosi tersebut di bawah ini ...


Untuk mendaftar sebagai ahli Connected Mums' Club, anda boleh terus ke laman web pendaftaran tersebut di sini - http://connectedmums.com.my/main/?p=register

Saya dapat tahu bukan setakat alat percuma seperti fetal kick tracker diberikan... malah ada juga free gift lain yang menarik, khusus untuk ibu-ibu mengandung dan yang sedang merancang untuk mendapatkan anak.

Cubalah daftar, mana tahu rezeki anda .. boleh dapat alat serupa seperti isteri saya dapat ni .. atau mungkin yang lebih best.... huhu.

Selamat mencuba.

11 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Ok... Terima kasih dengan maklumat di atas... Akan daftar sekarang jugak... Free sape tak nak kannn...

    BalasPadam
  2. hahaha..mulanya ingat benda ni untuk test mengandung ke apa. rupanya untuk pantau pergerakan bayi. hehehe. pernah tengok wife buat secara manual. tulis dalam buku. kiranya benda ni membantu wife secara auto la. hehehe.

    BalasPadam
  3. alaaa awat kita tak tau masa kita peknen ritu..

    BalasPadam
  4. oo utk kira gerakan. memang mudahla kalau ada alat ni

    BalasPadam
  5. tak tau cara guna. sbb dlm manual kata once dah pasang bateri auto dia kuar icon ibu memgandung tu. tp xde kuar pun. yg ada icon kaki ngan i je. so tak dpt nak setting.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Klik button kecik bawah button kaki yg besar tu.sampi icon ibu mwngandung tu keluar. Dah ok,.tekan lg buttot kecik tu utk enter pregnancy week. klik tapak kaki besar utk naikkan number minggu.dah set weeks n day, tekan button kecik balik lama2 smpi number days to go. Appear.dah siap yg ni.tekan balik button kecik pergi ke icon kaki.n mulalah merekod.

      Padam
    2. Emmm, xde button off kan... Takkan biar on jer, habis ler bateri...

      Padam
  6. ...hmmm at my time tak dapat merasa this cool gadget. Tak tahu plak. Nampaknya nak kena conceive la untuk merasa this device. OMGoodness. :)

    BalasPadam
  7. Sy register hari isnin last week then hri sabtu dah dpt alat ni by post kt rumah.still ade dlm kotak,blum gune lg sbb sy x psti cara nk gunanya.nanti klau rajin baru belek.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement