Format Contoh Surat Rayuan MRSM. Ramai ibu bapa yang mahukan anak-anak mereka belajar di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM). Ada yang memohon tetapi permohonan ditolak. Untuk info, permohonan ke MRSM hanya boleh dibuat secara online. Tiada cara lain untuk memohon masuk ke MRSM selain daripada cara tersebut.

Untuk info, permohonan untuk masuk ke MRSM hanya boleh dibuat seandainya pelajar tersebut tidak ditawarkan ke mana-mana sekolah berasrama penuh (SBP). Jika pelajar tersebut sudah memohon ke SBP, dia tidak seharusnya dan tidak boleh memohon kemasukan untuk ke MRSM. Ia adalah polisi Kementerian Pendidikan Malaysia.

Format dan Contoh Surat Rayuan Masuk ke MRSM

Format Contoh Surat Rayuan MRSM

Saya sukacita nak kongsikan format dan contoh surat rayuan masuk ke MRSM, khusus untuk ibu bapa yang mungkin tidak dapat penawaran tempat ke MRSM buat anak-anak mereka. Surat rayuan ini bolehlah dihantar ke MRSM setelah keputusan rasmi permohonan masuk ke MRSM dikeluarkan.

Pun begitu, saya nasihatkan anda untuk tidak berharap, kerana bukan anda dan anak anda sahaja yang akan membuat rayuan ini. Ada ramai lagi calon lain yang berbuat perkara yang sama setelah permohonan lain ditolak atau tidak menepati syarat. Kita usaha sahaja sebagai ibu bapa ye .. lepas tu, doa banyak-banyak kepada Allah S.W.T.

Template Surat Rasmi

Format Surat Rasmi Rayuan ke MRSM

Secara amnya, format surat rayuan kemasukan ke MRSM adalah seperti berikut:
  1. Nama dan alamat pengirim (nama ibu/bapa murid)
  2. Nama dan alamat penerima (alamat ibu pejabat MRSM) 
  3. Tajuk permohonan - rayuan kemasukan ke MRSM untuk tahun XX.
  4. Butiran murid - Nama, nombor kad pengenalan dan juga angka giliran peperiksaan
  5. Sebab mahu masukkan ke MRSM, lampirkan salinan keputusan peperiksaan
  6. Lampiran surat rasmi pelepasan SBP (jika berkenaan)
  7. Nama dan nombor telefon untuk dihubungi (ibu/bapa murid)

Contoh Surat Rasmi Rayuan ke MRSM

Anda kurang pasti bagaimana rupa surat rasmi rayuan kemasukan MRSM tersebut, saya sediakan contoh seperti di bawah ini. Pandai-pandailah anda ubah ayat tu ye. Cuma nasihat saya, janganlah tulis meleret sebab yang nak baca surat ni, akan perlu melihat ribuan surat rayuan kemasukan daripada calon lain. Berpadalah ye.

Contoh Surat Rasmi Rayuan Kemasukan ke MRSM

Mengapa Ramai Yang Membuat Rayuan ke MRSM?

Pada tahun (2017), pilihan sekolah dalam permohonan untuk masuk ke tingkatan satu SBP tidak seperti tahun-tahun sebelumnya (setahu saya). Kali ini pelajar atau murid tahun 6 UPSR 2016 hanya dibenarkan untuk memilih hanya satu sekolah sahaja.

Jika tidak berjaya, pilihan masuk ke SBP akan diberikan secara rawak oleh pihak Kementerian Pendidikan.

Oleh sebab yang demikian, ramai ibu bapa yang mengambil keputusan untuk turut memohon ke tingkatan 1 MRSM, termasuklah saya. Saya dan isteri sepakat memilih Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPi) Rawang TMUA (Tahfiz Model Ulul Albab) untuk Amri memandangkan Amri cemerlang di dalam peperiksaan PSRA dan UPKK.

[Baca] Cabaran Anak Saya Amri Belajar di Sekolah Ulul Albab atau TMUA

Namun, Amri gagal lulus dalam temuduga SBPi Rawang; dan ditawarkan pula untuk hadir ke temuduga TMUA di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Abdullah Fahim Nibong Tebal. Sekolah ini merupakan sekolah di bawah Kementerian Pendidikan yang menawarkan kemudahan asrama, dan ia satu-satunya sekolah KPM di Pulau Pinang yang menawarkan Tahfiz Model Ulul Albab.

Dalam masa yang sama juga, saya dan isteri telah ambil keputusan untuk turut memohon kemasukan ke tingkatan satu MRSM, memandangkan Amri gagal dalam temuduga SBPi Rawang. Menerusi permohonan ke MRSM, saya dan isteri telah memilih lima buah MRSM, salah satunya ialah MRSM Transkerian.

Dan alhamdulillah, Amri telah dipanggil untuk hadir ke temuduga MRSM Transkerian.

Tolak SBP Kerana Bukan Pilihan

Dipendekkan cerita, Amri telah ditawarkan ke SBP STAR Ipoh tetapi menolak atas sebab-sebab tertentu. Dan apabila keputusan kemasukan MRSM keluar, seperti telah diduga .. Amri juga gagal ditempatkan di mana-mana MRSM.

Ketika keputusan SBP dan MRSM keluar, Amri sudah pun diterima masuk ke SMKA Sheikh Abdullah Fahim.

[Baca] Kos Masuk ke SMKA Ulul Albab (Berasrama)

Ramai rakan-rakan Amri memilih untuk menerima kemasukan ke MRSM. Dorm yang dahulunya ada 8 orang pelajar tingkatan 1 kini tinggal 3 orang sahaja.

Alhamdulillah, Amri berasa senang belajar di SMKA Sheikh Abdullah Fahim walaupun pada awalnya agak sukar buat dirinya.

Buat saya dan isteri, kami menerima takdir yang ditentukan buat Amri. Redha kami supaya Amri kekal belajar di SMKA Nibong Tebal walaupun isteri saya masih lagi mengharapkan agar Amri dapat terpilih untuk belajar di MRSM .. :)

Saya harap format dan contoh surat rasmi rayuan kemasukan ke MRSM yang saya kongsikan dapat dijadikan rujukan sebaiknya untuk ibu bapa yang masih lagi mencuba. Surat tersebut mestilah dihantar secara pos ke alamat berikut:

Pengarah
Bahagian Pendidikan Menengah
Majlis Amanah Rakyat
Ibu Pejabat MARA
Jalan Raja Laut
50609 KUALA LUMPUR

Atau anda boleh cuba untuk email surat tersebut ke bahagian MARA dinyatakan. Jangan lupa untuk sertakan surat sokongan (jika ada). Surat sokongan ini boleh anda dapatkan menerusi Guru Besar atau Wakil Rakyat di tempat anda bagi meningkatkan lagi peluang rayuan kemasukan ke MRSM.

Semoga bermanfaat, dan saya doakan yang terbaik untuk anda.

Sudilah kiranya anda kongsikan ini pada yang lain ye.


18 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. InshaAllah, SMKA adalah pilihan yang tebaik juga. Boleh belajar banyak ilmu agama kat sana.
    ~dari ex-SMKA

    BalasPadam
  2. nice sharing HH.. LAMA NYA x jengguk sini... hope sihat je HH.. DENGAN pengisian yng sentiasa bermanfaat dr HH

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, setakat ini saya diberikan kesihatan yang agak baik cuma biasa letih je.

      Padam
  3. tq. ble wat rujukan untuk anak nt.

    BalasPadam
    Balasan
    1. In Sha Allah.. terima kasih kerana sudi singgah baca blog saya. Moga ada manfaat yang boleh dikongsi .. in Sha Allah.

      Padam
  4. Alhamdulillah..sy telah gunakan surat ini sebagai panduan..jazakallahu khairan

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum Bro HH, just nak tanya kot2 tahu, bg yg membuat rayuan secara online, masihkah perlu menghantar surat rayuan secara formal kepada MARA?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya hari tu buat dua-dua, gunakan rujukan pada rayuan tu untuk semakan.

      Padam
  6. Assalamualaikum, So far bagaimana perkembangan selanjutnya. Dapat tak MRSM atau bagaimana pembelajaran di SMKA

    BalasPadam
    Balasan
    1. Belajar di SMKA ... antara pelajar cemerlang di sekolah skrang. Alhamdulillah.

      Padam
  7. Assalamualaikum, untuk yg buat rayuan scara online..bhagian 'nota rayuan'tu kena isi dgn surat rasmi rayuan or what???

    BalasPadam
  8. Boleh isi kenapa anda pilih MRSM, kelebihan untuk anak anda belajar di saya. MAcam ada masuk SUKAN ke, PIDATO ke .. lebih kurang macam tu.

    BalasPadam
  9. klau nak ke mrsm sabah pun guna alamat ni ke? atau Alamat yg lain?

    BalasPadam
  10. salam bro... saya xjumpe cara nk apply online rayuan ke mrsm..blh bantu ke

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setahu saya semasa saya buat ni, tak ada cara nak apply rayuan secara online. Saya memang tulis surat dan hantar menerusi poslaju ..

      Padam
    2. Proses rayuan perlu dibuat menggunakan surat rasmi. SURAT .. bukan secara dalam talian atau email. Email boleh dibuat sekadar untuk menyatakan bahawa permohonan rayuan rasmi dah dilakukan secara alamat surat menyurat.

      Padam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement