Beli Lampin Pakai Buang Harga Murah Menerusi Lazada. Alhamdulillah, sedikit-sedikit dah lakukan persediaan perlu untuk kehadiran orang baru. In Sha Allah, jika semuanya lancar tanpa sebarang masalah, isteri saya bakal melahirkan anak keempat dalam bulan April 2017. Saya dan anak-anak memang teruja untuk terima baby baru.

Untuk persediaan menerima kehadiran baby baru kali ini, saya dan isteri banyak shopping online sahaja. Mengapa shopping online? Sebab kami boleh dapat tawaran harga yang jauh lebih murah, lebih jimat berbanding apa yang dijual di kedai. Dan barangan bayi paling penting yang kami beli secara shopping online ialah lampin pakai buang.

Beli Lampin Pakai Buang Harga Murah Menerusi Lazada

Beli Lampin Pakai Buang Harga Murah Menerusi Lazada
Salah satu pilihan shopping online di Malaysia adalah Lazada. Saya adalah antara pelanggan shopping online di Lazada Malaysia. Dah banyak saya belanja di laman web shopping online terbesar di Malaysia ini.

Antara barangan dan produk yang pernah saya beli di Lazada adalah microwave, penyapu elektrik, mop lantai, jam tangan, permainan anak-anak, perkakasan dapur termasuklah perabot. Alhamdulillah, semua barangan yang saya beli tidak pernah mengecewakan sangat. Anak saya pun turut bershopping di Lazada, siap beli barang dari China lagi .. huhu.

Beli 4 Pek 62 PetPet Newborn 

Akhir tahun hari tu, saya telah ambil kesempatan untuk beli sekotak lampin pakai buang jenama PetPet saiz newborn. Harga memang sangat murah, apatah lagi ia jenama PetPet yang memang pernah kami gunakan sebelum ini. Kualiti kekal sama walaupun harga beli secara online jauh berbeza dengan apa yang ada di pasaran biasa.

Saya beli menerusi special promo yang disediakan oleh Lazada. Saya dapat beli 4 pek lampin pakai buang jenama PetPet dengan harga RM72 sahaja, disamping kos penghantaran percuma - ditaja oleh PosLaju.


Barang pun sampai dengan selamat tanpa cacat-cela. Yang bestnya ia sampai awal, dalam waktu cuti - hari ahad. Saya sekeluarga pula memang tiada di rumah. Maka terpaksalah ambil di pejabat serahan Pejabat Pos di pekan Nibong Tebal.

Sampai je pejabat serahan Pejabat Pos, barangan dari Lazada ni baru sahaja dipunggah dari van penghantaran PosLaju. Uhh ...  nampak tak saya excited terlebih .. hahahaa...

Saya buat pemeriksaan pada kotak Lazada. Nampak semuanya ok, sebelum saya turunkan tandatangan tanda serahan diterima.
Oh ya, Poslaju memang ada buat promosi penghantaran percuma untuk barangan tertentu yang kita beli di Lazada setiap hari khamis (kalau tak silap). Jadi, jangan lepaskan peluang menarik macam ni... jimat banyak tauuuu ...
Balik je rumah, terus buka .. dan periksa isi dalam. Yeap .. jenama PetPet seperti apa yang diiklankan dan ditawarkan di laman web Lazada. Produk tulin, original .. bukan produk main tampal pelekat PetPet murahan .. hehehe..


Jadi, jika anda ingin mencari barangan untuk persediaan menerima bayi baru, bolehlah anda cari menerusi Lazada Malaysia. Tak perlu susah-susah nak cari di kedai .. anda hanya perlu muat-turun aplikasi Lazada, lepas tu 'window-shopping-online' je menerusi aplikasi tu. Tak pun .. terus je ke www.lazada.com.my ..  gunakan butang search untuk cari produk dan barangan untuk bayi.

In Sha Allah, banyak produk yang best-best boleh anda jumpa di Lazada yang tawarkan harga lebih murah.

4 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. memang jadi salah satu laman web jualan atas talian yang diserang untuk membeli lampin pakai buang si anak bujang... harga yang munasabah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nampaknya lepas ni, saya akan selalu beli online pampers di lazada la .. hahaha

      Padam
  2. ika pon suka beli barang nb baby kat lazada nie. otw nak beli petpet nie plak. dah masuk dalam wishlist. heeeee

    BalasPadam
  3. memang untung beli lampin kat lazada, time2 dia sale

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement