Baru-baru ini saya telah tulis status di Facebook mengenai unit amanah AHB. Ramai lagi yang masih kurang pengetahuan mengenai apa itu AHB. AHB adalah singkatan kepada Amanah Hartanah Bumiputera. Jadi, jelas sekali bahawa ia merupakan unit amanah khas dan khusus untuk golongan Bumiputera.

Saya ada pengalaman melabur dalam unit amanah AHB, malah ketika ia mula diperkenalkan ... saya antara yang awal mendaftar di Maybank Parit Buntar (mengikut kata pegawai bank). Siap minta saya untuk promosikan kepada sanak-sedara dan kawan-kawan lagi...haha. Dah lama AHB wujud, sejak dari tahun 2012 lagi.

Info Pelaburan Unit Amanah Hartanah AHB

Info Pelaburan Unit Amanah AHB
Ok. Untuk blog post kali ini, saya cuba nak perkenalkan mengenai AHB ini kepada anda. Mengapa? Sebab setelah beberapa tahun ia diperkenalkan, saya fikir jumlah pelaburan daripada kalangan bumiputera dalam AHB masih lagi rendah. Jadi, amatlah rugi peluang untuk melabur terutama dalam bidang hartanah ini dipersiakan terutama oleh Bumiputera di Malaysia.

Masih banyak unit dana belum menjadi milik. Pun begitu, sebelum ambil keputusan untuk melabur, elok tahu apa itu AHB .. ye tak?

Pengenalan AHB

AHB adalah dana unit amanah patuh Syariah yang melabur terutamanya dalam hartanah komersial di lokasi perdana di Malaysia. Ia ditubuhkan untuk memberi peluang kepada pelabur Bumiputera untuk mengambil bahagian dalam memiliki hartanah komersial perdana melalui pemegangan unit dalam AHB sebagai pemegang unit.

AHB mempunyai saiz dana permulaan sebanyak 1 bilion unit yang ada untuk dilanggan oleh pelabur Bumiputera pada harga RM1.00 seunit di semua cawangan Maybank. Dana ini pada masa ini disokong oleh 17 hartanah komersil yang sedia disewa dan menikmati aliran pendapatan sewa. Pada tahun 2012 dan 2013, saiz dana telah meningkat sebanyak 500 juta unit masing-masing, memberi jumlah saiz dana sebanyak 2 bilion unit. Selepas itu, pada April 2016 saiz dana telah terus meningkat kepada 3.5 bilion unit.

Berapa Jumlah Pelaburan Minimum?

Jadi, peluang sudah menjadi sangat besar untuk Bumiputera melabur dalam unit Amanah ini. Jika sebelum ini, untuk memulakan pelaburan, anda memerlukan RM1000, tetapi kini tidak lagi. Ya, ketika saya mahu membuka akaun pelaburan AHB, saya perlu ada RM1000.


Kini, kemasukan pelaburan minimum telah dikurangkan daripada RM1000 ke RM500 dan bagi menambahkan lagi Bumiputera untuk membuka akaun pelaburan hartanah AHB, pelaburan minimum dikurangkan lagi kepada RM100 setiap seorang. Manakala, jumlah pelaburan maksimum dinaikkan daripada RM400,000 kepada RM500,000 seorang.

Siapa Urus Dana Pelaburan AHB?

AHB ditaja oleh PHB dan diuruskan oleh Maybank Asset Management Sdn Bhd. Pemegang Amanah bagi dana itu ialah AmanahRaya Trustees Berhad. Jadi, sangat jelas sekali, untuk melabur dalam AHB, anda perlu pergi ke mana-mana cawangan Maybank untuk buka akaun pelaburan ini.
[Baca] Panduan Pelaburan daripada Jutawan Emas Malaysia
Nanti saya ceritakan pula cara nak membuka akaun pelaburan hartanah AHB ini, dan apa kelebihannya buat anda melabur dalam AHB.

Tapi sebelum tu, enjoy video ikan AHB ini yang menampilkan pelakon cantik Neelofa .. huhu..


8 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Dulu nak melabur tapi tak jadi sebab kena ada RM1000. Sekarang bolehlah dipertimbangkan untuk melabur di AHB.

    BalasPadam
  2. salam, nak tahu lebih lanjut berkenaan AHB ni tuan. Adakah setiap bulan perlu masukkan duit ke dalam akaun AHB ini atau boleh biarkan sahaja modal permulaan contohnya RM100 itu sahaja?Maaf masih newbie dalam pelaburan ini.tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh biarkan saja. Tak ada masalah. Lagipun, penambahan unit amanah bukan boleh dibuat sesuka hati, hanya bila ada dikeluarkan unit amanah je baru boleh tambah pelaburan ni. :)

      Padam
  3. Nk tny jgkla..klu modal kita 100,bile kite leh wt tmbhn..nt dividen kita bdasarkan 100 yg kite msk ke cmne ye..mf jgk sbb newbies huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tambahan boleh dibuat bila unit pelaburan tambahan dibuka kepada pelabur. Nak tahu bila? Bila ada iklan di TV dan juga online. Baca juga akhbar. Dividen berdasarkan kepada nilai yang ada dalam pelaburan. Jika pelaburan tu RM100, maka dari situlah ianya dikira.

      Dividen TIDAK DITAMBAH dalam pelaburan, ia diasingkan ke dalam akaun lain, iaitu akaun maybank lain.

      Padam
  4. Saya dah buat pelaburan untuk 2 orang anak saya Oktober 2017. Ada promosi waktu tu, untuk Akaun Remaja masuk minimum RM100 dalam masa 14 hari akan kredit RM50. So ROI untuk investment anak saya 2 orang tu adalah 50% dalam masa 2 minggu!

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement