RinggitPlus Banner

Kos Yuran Masuk ke Tingkatan 1 Sekolah Berasrama Penuh

AI Trade
Yuran Sekolah Berasrama Penuh. Zaman pendidikan sekarang bukanlah percuma 100 peratus, malah seingat sayalah ... waktu saya mendapat tawaran ke tingkatan satu Sekolah Berasrama Penuh (SBP) sekitar tahun 1989, terpaksa juga mencari biaya sebanyak RM1,000 untuk membeli barang keperluan untuk asrama dan sekolah. Alhamdulillah, rezeki saya ketika itu ada pihak yang telah sudi membantu untuk meringankan beban menampung biaya wang yuran masuk ke SBP.

Yuran Sekolah Berasrama Penuh dah tak sama macam dulu. Dek faktor ekonomi, ia meningkat setiap tahun. Walaupun ada ibu bapa yang mengeluh dan merungut melihat kadar yuran masuk SBP yang agak mahal, namun bantuan-bantuan tertentu ada disediakan untuk mereka yang layak.

Yuran Kemasukan Tingkatan 1 ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP)

Kos Yuran Masuk ke Tingkatan 1 Sekolah Berasrama Penuh
Memandangkan anak saya mendapat keputusan yang baik dalam UPSR, maka menjadi harapan jugalah jika anak saya dapat bersekolah di SBP, Maka, saya pun mencari info berkaitan jumlah atau kos serta yuran kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh di Semenanjung Malaysia.

Dalam struktur yuran SBP ini, ada dua kategori yuran iaitu yuran pelajar yang keluarganya berpendapatan RM5,000 sebulan ke atas dan yuran pelajar yang keluarganya berpendapatan RM4,999 sebulan ke bawah.

Seperti saya sebut awal-awal tadi, kadar yuran antara sekolah SBP di Malaysia ini tak sama. Mari lihat beberapa contoh kadar yuran sekolah berasrama penuh.

Di bawah ini adalah kadar yuran asrama yang dikenakan oleh SBP STAR, Ipoh pada tahun 2015.
Yuran Sekolah Berasrama Penuh
Dan di bawah ini pula ialah yuran utuk sumbangan PIBG oleh STAR, Ipoh serta kos untuk keperluan sekolah dan keperluan asrama di SBP STAR Ipoh.
Yuran Sekolah Berasrama Penuh
Daripada sumber dan mengambil contoh kadar yuran ke SBP STAR, Ipoh di atas ini, bolehlah saya simpulkan bahawa kos kasar seorang anak untuk masuk ke Tingkatan 1 SBP adalah sebanyak RM1,500 seorang (mengambil kira ibu bapa berpendapatan lebih RM5K sebulan).

Sekarang mari lihat contoh lain pula, iaitu yuran kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Tun Abdul Razak, Pekan atau popular dikenali inStar.
Yuran Sekolah Berasrama Penuh
Seandainya anak saya terpilih masuk SBPI Tun Abdul Razak pada tahun 2016, daripada info dan maklumat di atas, maka saya perlu menyediakan RM1,347 ketika pendaftaran anak saya ke tingkatan satu SBPI inStar.

Tak banyak beza, still dalam julat di bawah RM1,500 untuk seorang anak yang baru masuk ke SBP.

Okay. Saya berikan lagi contoh agar anda lebih jelas mengenai kos yuran masuk ke tingkatan 1 Sekolah Berasrama Penuh.

Berikut adalah kos yuran masuk ke tingkatan 1 Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Sabak Bernam:


[post_ads]
Secara kasar, tak nampak terbeban. Tapi kos pendidikan di atas belum lagi dicampur dengan kos lain yang mungkin tak dapat disenaraikan. Jadi, paling tidak, untuk lebih selamat RM2K diperlukan untuk seorang anak masuk ke mana-mana SBP. Fuhh ... agak banyak juga tu ye ....
[post_ads_2]
Saya harap info ini dapat membantu ibu bapa yang ada membuat permohonan untuk anaknya masuk ke SBP KPM. Info ini adalah jalan kasar penyediaan kos seandaianya anak bertuah anda terpilih ke mana-mana SBP KPM.



Advertisement

Rahsia Shopee

Post a Comment

16 Comments

  1. banyak gak belanja tu ya. semoga dipermudahkan urusan

    ReplyDelete
  2. Boleh tak saya tahu, jumlah yuran makan tu utk setahun atau sebulan ye?

    ReplyDelete
  3. Boleh tak saya tahu, jumlah yuran makan tu utk setahun atau sebulan ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kos yuran makan di asrama adalah RM750 setahun, sama di mana-mana sekolah berasrama penuh. Bayaran ini boleh dibuat secara ansuran atau mengikut penggal.

      Delete
    2. Tuan , RM 750 setahun adalah utk ibubapa berpendapatan RM5000 keatas dan bagi yg berpendapatan 4999 kebawah hanya RM 250 setahun dan pelajar Projek khas adalah percuma ??? Saya merujuk kpd jadual untk STAR Ipoh, benarkah begitu ??????

      Delete
    3. Betul. Setakat apa yg saya tgk di sekolah anak saya skrang walaupun bukan SBP tp sbb sekolah berasrama.

      Tp nak masuk kategori, kena ada surat sokongan

      Delete
    4. Majoritynya adalah kategori RM4999 kebawah , saya fikir.Dan kalu jumlah hari persekolahan adalah 214 hari setahun, maka duit makan hanyalah RM 1.17 sen utk 3X makan !!!!Kalau duduk sekolah dari rumah RM 1.17 sen tuh , bfast pon tak lepaih....Baguih juga hantar anak masuk asrama ,kan????

      Delete
    5. Ya, dan mungkin tuan kena juga tahu, ada sekolah yang perlu bantuan daripada PIBG untuk tampung kegiatan lain. Walaupun duit makan dah murah pun, masih ada ibu bapa kategori mana-mana tu yang liat juga nak bayar.

      Pun begitu, macam sekolah anak saya ... ada bantuan lain daripada kerajaan negeri. Jadi duit makan tu bukan setakat daripada SUBSIDI kerajaan persekutuan, ia juga datang dr kerajaan negeri.

      Delete
    6. Tuan , saya kira yg jenis liat nih dimana2 dan dari jenis kategori mana2 pon ada...hahahah Namun jika ibubapa benar2 mengalami kesempitan, munkin boleh bincang dgn pihak sekolah utk bayar secara ansuran, munkin???saya tak pasti

      Delete
  4. thanks for sharing...bnyak membantu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, terima kasih sbb sudi baca .. moga jadi panduan untuk uruskan kewangan pendidikan anak-anak.

      Delete
  5. Boleh tak saya tahu yang yuran kat atas tu untuk STAR ja ka atau pun semua SBP

    ReplyDelete
  6. Boleh tak saya tahu yang yuran kat atas tu untuk STAR ja ka atau pun semua SBP

    ReplyDelete
    Replies
    1. Di atas sy berikan dua contoh, yg masing masing berbeza aliran. Drpd situ, kadar yuran tk byk beza, dlm julat rm1500. Tahun ni jika berbeza, saya andaikan tidak lebih drp rm2000.

      Delete
  7. assalam tuan, kos 1.5k tu tak ambik kira lagi pakaian dan keperluan asas yang kita dah beli sebelum anak daftar .. lebih kurang 1.5k + 700 =2.2k.. fuh ! berpeluh juga ye.. dah macam masuk U.. semoga anak-anak kita dapat belajar dengan bersungguh-sungguh ye tuan di SBP.. tq 4 this useful info

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, nampaknya begitulah. Tapi tgk sekolah juga. Macam sekolah anak saya Ulul Albab, bukan hari2 pakai baju sekolah. Ada waktu dia pakai jubah, ada waktu pakai baju sukan, yang memang masuk dalam yuran tu.

      Delete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.