Wah seronoknya isteri saya dapat hadiah set Tefal. Saya sendiri teruja.... malah kalau ikutkan saya dah lama mengidam nak pakai set periuk memasak Tefal ni. Mahal kot ... setakat ngidam je selama ini, alhamdulillah... rezeki isteri saya dan mungkin baby dalam perut, saya dapat dua periuk memasak Tefal.

Hadiah periuk Tefal isteri saya dapat sempena pertukaran tempat kerja. Apa nak buat, bila isteri saya dah tamat Master, maka kenalah pindah tempat kerja disebabkan oleh pengetahuan yang ada. Pindah tak jauh pun, sebelah lot tanah je... haha. Masih lagi di bawah agensi yang sama, cuma lain bidang sedikit.

Tefal Percuma .. Seronoknya Isteri Saya ..

Tefal
Tefal antara jenama periuk yang sangat-sangat best, premium dan eksklusif. Harganya memang boleh tahan. Setakat ini, saya ada nampak ia dijual di AEON, Harvey Norman, Sen Heng dan juga Parkson. Kat tempat lain kurang pasti sedikit. Kalau kat online, boleh beli di Lazada Malaysia dan juga 11th Street.

Saya mulanya memang nak beli periuk memasak yang baru, untuk ganti periuk kaca Luminarc yang pecah tempoh hari. Alhamdulillah, rezeki .. tak perlu keluar bajet dah untuk ganti dan beli periuk baru. Pecah satu, dapat dua ... huhu.. seronok tak terkata.
Set Tefal eksklusif Sen Heng 27 Tahun
Periuk Memasak Tefal
Dapat dua biji periuk Tefal, bukan setakat isteri saya je yang rasa seronok, saya pun seronok dan teruja nak guna periuk Tefal. Rupa bentuk pun dah cukup cantik ... huhu.. pasti masakan akan jadi lebih sedap lepas ni .. keh keh keh... sebab memasak dengan penuh kasih sayang menggunakan periuk Tefal .. yehaaa ... :)

12 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. syukur..rezeki..lepas ni makin rajin masak nampaknya tu =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena tunggu saya pulih daripada campak sepenuhnya .. dok gatal2 badan lagi ni... kang berjangkit lak.

      Padam
  2. hahaha dah jadi macam model periuk sangat XD lucu la abg hasrul ni

    BalasPadam
  3. Wah...untungnya..pecah satu dapat ganti 2 sekaligus..lepas ni kena la rajin masak kan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yeah ... memang seronok memasak dgn Tefal ni .. lain macam ... :)

      Padam
  4. Bro.. kena jaga periuk ni.. senduk dah xleh guna yg besi.. sudu dgn garpu besi pun xleh kena.. kang hilang non-stick dia.. terus xleh guna..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aha .. dah siap beli dah kat Langkawi, pesan kat orang yang pergi sana .. in Sha Allah, kena selalu beringat ...

      Padam
  5. syukur, para isteri kalau dpt gajet macam ni memang seronok sangat ;)

    BalasPadam
  6. bhgianya!!1 arr lepas ni hati2 lesung jatuh lagi..HAHAHAHA, btl la kn.. kdang2 Allah Tarik sesuatu yang kita saying sbb nk gntikan dgn yang lebih baik..Alhmdulilah rezeki HH

    BalasPadam
  7. Wow.
    Aida ngidam kuali tefal tu.
    Mahal rege nyer HH.
    Langkawi murah kot kan ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cuba tengok kat lazada .. ada jual murah kat sana.

      Padam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement