Bila isteri saya kembali memasak, juadah memang tidak terkalah. Saya memang angkat tangan lah tanda surrender .. haha. Saya tak mampu memasak menu macam isteri buat, sebab saya bukan seorang tukang masak atau seorang house husband yang pandai memasak. Saya tahu .. tapi bukan pandai. :)

Memang syok bila isteri kembali memasak. Dah lama tak rasa masakan dari air tangan isteri. Setiap kali isteri saya ada kesempatan untuk memasak ... memang terbaiklah. Anak-anak saya terus lupa betapa sedapnya masakan abah mereka bila isteri saya hidangkan lauk-pauk.

Memasak - Housewife VS Househusband

Bila Isteri Kembali Memasak ....
Isteri saya memasak untuk sedap. Saya lak memasak untuk isi perut. Lain tu .... Bila isteri memasak, ada rencah kasih sayang yang menjadi perasa ajaib kepada setiap masakan ..

Saya? Masak ... asal boleh .. dahhhhh .. asal kenyang .. blurrr alhamdulillah. Haha.

Jadi, bila isteri saya masak, selalunya akan penuh meja dengan anak-anak. Jarang anak-anak menolak ajakan Mama mereka bila tahu bahawa Mama mereka yang masak. Beza jauh apabila keadaan di mana saya yang menyediakan hidangan. Siap kena komen lagi .. haha.

Alhamdulillah. Saya ada isteri yang boleh dan pandai memasak. Saya sebut pandai, sebab .... isteri saya boleh ikut resepi orang lain dan buat sendiri ... dah tu guna peralatan-peralatan yang canggih lak tu.
Rasa ... feel isteri memasak dengan si suami memasak .. memang lain. Tak caya? Cubalah sekali sekala si suami memasak untuk isteri ... huhu .. dan sesekali pula isteri bercuti memasak di rumah .. minima 3 bulan .. haha.. ada brani?


5 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement