Petua Nak Dapat Trafik Blog Tinggi Sehingga 120K Seminggu Dari Satu Post. Teruja tak kalau saya nak beritahu anda satu rahsia cara mendapatkan trafik blog tinggi sehingga 120K seminggu hanya dari satu post? Kalau saya seorang blogger baru, memang saya akan teruja ... dan nak sangat tahu rahsia tersebut. Apatah lagi ia merupakan ilmu percuma tanpa perlu nak daftar apa-apa kursus atau beli apa-apa ebook. Semuanya teknik dan cara percuma.

Saya bukanlah nak mendabik dada atau bermegah dengan trafik blog yang tinggi, cuma saya nak beritahu bahawa mana-mana blogger pun boleh dapatkan trafik setinggi ini jika gunakan cara serta teknik yang betul. Perkara paling penting untuk dapatkan trafik setinggi ini untuk satu post ialah kejujuran dan hubungan baik anda dengan orang lain terutama sekali yang aktif di internet.

Petua dan Rahsia Trafik Blog 120K Seminggu Dari Satu Post

Petua dan Rahsia Trafik Blog 120K Seminggu Dari Satu Post
Bagaimana nak dapatkan trafik tinggi dari sesebuah post? Saya dah sebutkan tadi mengenai perhubungan, kali ini saya nak tekankan mengenai aspek blog post itu sendiri. Apakah ciri-ciri sebuah blog post yang baik sehingga membolehkan ia mendapat trafik yang tinggi?

Ciri-Ciri Blog Post Itu Penting Nak Dapatkan Trafik Tinggi

Isi kandungan entri atau post mesti merujuk atau targeted pada golongan tertentu. Katakan blog anda selalunya ramai yang baca adalah golongan mereka yang bekerja tetapi tak cukup duit nak bayar itu ini .... jadi, bolehlah tulis mengenai tips, petua, cara dan panduan nak dapatkan income lebih.

Bagaimana nak tahu siapa pembaca blog kita atau disebuat demografi pembaca? Anda boleh cuba gunakan Google Analytic, dan lihat pada bahagian  Audience, Acquisition, dan Behavior. Daripada situ, anda boleh tahu post kategori bagaimana, mengenai apa yang patut banyak anda tulis di dalam blog. Cara lain, ialah lihat post yang paling popular di dalam blog anda - yang ini umum.

Ciri kedua ialah blog post tersebut mesti yang menyentuh dengan keperluan dan kehendak pembaca. Anda mungkin dah target pada golongan tertentu, tetapi kalau penulisan blog post itu tidak menyentuh hati dan perasan pembaca, post tersebut akan hanya sekadar post yang dibaca sekali, dan tidak diviral atau dikongsikan oleh pembaca tersebut untuk dibaca berkali-kali oleh orang lain.

Contohnya anda kongsi mengenai pengalaman anda makan di sebuah restoran terkenal, kemudian anda dapat layanan kurang baik. Walhal, anda adalah seorang pelanggan yang kerap ke situ, dan dah promosikan restoran tersebut kepada orang lain ... anda tulis kekecewaan anda, anda tulis apa yang anda harapkan, dan anda nyatakan perkara yang patut pihak restoran perbaiki.

Tapi awas, apabila menulis sesebuah post yang ada kaitan dengan perasan dan emosi ini, ia boleh menjemput haters untuk sama membaca blog post anda. Jadi, kena tulis berhati-hati. Tak mahulah pula anda dianggap buat onar pula ..
Petua Trafik Blog 120K Seminggu Dari Satu Post
Ciri ketiga untuk sesebuah post atau entri mendapat trafik tinggi, sehingga ratus ribu seminggu ialah tulis post yang boleh berikan kebaikan dan manfaat pada orang lain. Post-post yang bersifat positif selalunya akan dapat engagement yang baik daripada pembaca. Mulakan dengan perkataan-perkataan seperti ini - Manfaat, Petua, Tips, Teknik, Rahsia, Cara, Hikmah, Pedoman, Panduan, Ilmu, dan seumpamanya.

Kemudian letakkan nombor, kerana sebelum ini saya pernah tulis mengenai tips kekuatan nombor untuk tajuk entri, dan seriuslah .. ia satu teknik yang sangat berkesan untuk bolehkan sesebuah post mendapat trafik yang tinggi. Contoh seperti 10 Manfaat, 5 + 1 Petua, 7 Teknik Rahsia, 9 Pedoman .... ayat-ayat yang ada nombor ni kadangkala magis membawa trafik yang tidak disangka.
Petua Trafik Blog 120K Seminggu Dari Satu Post
Ciri keempat ialah gambar. Gambar memang terbukti memberikan impak yang membolehkan sesebuah post itu diviralkan, dan dikongsi banyak kali di laman sosial. Dengan gambar, sesebuah blog post boleh dapat sehingga 5 kali ganda trafik biasa, satu gambar boleh dapat trafik dari beberapa sumber seperti Instagram, Facebook, Pinterest, Tumblr, laman agregator,  dan banyak lagi. Ini termasuklah trafik dari enjin carian itu sendiri.

Sebagai contoh, satu gambar dalam post boleh dipinkan ke dalam Pinterest untuk beberapa kategori, juga boleh daripada beberapa gambar dalam post boleh dapatkan trafik dari laman Instagram. Anda juga boleh tempatkan gambar blog post tersebut di dalam ruangan Collection dalam Google Profile anda.

Dan nasihat saya, jika mahu post bergambar itu dapat banyak trafik, sehingga ratus ribu seminggu ialah ... gunakan gambar sendiri dan pastikan ia gambar kualiti terbaik. Sekarang ni, kamera handphone pun dah boleh ambil gambar kualiti terbaik, jadi .. gunakan aset tersebut untuk tulis sebuah blog post yang bakal meledakkan trafik.

Tambahan - leverage gambar yang ada anak-anak yang cute... hehehe. Orang pompuan suka blog post yang ada gambar anak-anak ni, mudah je nanti derang klik Like dan Share .. huhuhu ... kadang tak baca pun blog post, cukup dengan tajuk dan gambar sahaja .. hehehe.

Rasanya cukup dah petua yang saya berikan ini. In Sha Allah, andai kena dengan masa dan suasana, blog post dengan ciri-ciri di atas boleh menjamin trafik yang tinggi untuk seminggu. Jika ada dua-tiga post seumpamanya ini, anda akan tersenyum gembira melihat jumlah trafik naik mencanak.

Jika mahu dapat lebih trafik, anda boleh buat post-post dengan tema dan pengisian yang serupa dalam minggu yang sama. Buat backlink dalam setiap blog post tersebut - rujuk sesama post. Contohnya ..
  • Isnin - 3 Aspek Jadikan Perodua Bezza Pilihan Pengguna
  • Selasa - 20 Gambar Perodua Bezza
  • Rabu - 5 Harga Berlainan Perodua Bezza Mengikut Spesifikasi
  • Khamis - 7 Perbezaan Nyata Perodua Bezza dengan Proton Persona
  • Jumaat - 14 Sebab Untuk Pilih Persona daripada Bezza
Pastikan dalam artikel terkait ada entri-entri tersebut diletakkan - caranya menerusi tag, menerusi label. Cara paling berkesan ialah dengan terus letakkan backlink dalam post-post tersebut, secara tidak lansung akan berikan kekuatan dari segi SEO.

Jangan lupa kongsikan blog post tersebut di group-group Facebook, fanpage, di twitter, di Google Profile, Google Fanpage .. kalau boleh, pastikan siapa ahli dalam group tersebut untuk meningkatkan lagi jumlah klik dan jumlah trafik blog post dengan berkesan.

Semoga bermanfaat.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement