Peluang untuk anda belajar mengenai Google Adsense secara percuma. Saya sukacita nak war-warkan kepada anda satu peluang terbuka dan percuma untuk belajar mengenai segala pantang-larang di dalam Google Adsense yang patut anda tahu.

Satu sessi pembelajaran dalam bentuk video streaming ditawarkan kepada semua yang mahu belajar mengenai Google Adsense terutama mengenai polisi-polisi yang terkandung di dalam terma syarat pengiklanan Adsense ini. Ia bakal diadakan pada 14 September dan juga 27 September 2016. Anda boleh pilih mana-mana dua tarikh tersebut untuk ikuti video live streaming daripada team Google Adsense.

Belajar Mengenai Polisi Adsense Percuma

Belajar Mengenai Polisi Adsense Percuma
Jika anda nak 'hadiri' live streaming dan ikuti video yang dimaksudkan itu ....boleh lihat pada jadual yang disediakan di bawah ini:

September 14th

  • 12:30 (London/Lagos)
  • 13:30 (Berlin/Paris)
  • 14:30 (Istanbul/Moscow/Riyadh)
  • 17:00 (New Delhi)
  • 18:30 (Bangkok/Jakarta)
  • 19:30 (Singapore/Beijing)
  • 20:30 (Tokyo/Seoul)
  • 21:30 (Sydney)

September 27th

  • 10:00 (PST)
  • 13:00 (EDT)
  • 14:00 (Rio de Janeiro/Buenos Aires)
  • 18:00 (London/Lagos)
  • 19:00 (Berlin/Paris)
  • 20:00 (Istanbul/Moscow/Riyadh)

Sessi ini akan berlansung selama 1 jam menerusi saluran di bawah:
[+] https://events.withgoogle.com/adsense-policies-live/live-stream/

Untuk daftar percuma, bertanyakan soalan dan ketahui selok-belok mengenai polisi yang ada dalam Google Adsense, boleh terus isi butiran ringkas anda di sini:
[+] https://events.withgoogle.com/adsense-policies-live/registrations/new/
Sessi ini sangat bagus untuk mereka yang pernah nak memohon Google Adsense tetapi ditolak, dan sangat baik kepada mereka yang sedang mencuba untuk daftar Adsense dan letakkan iklan Adsense di dalam blog terutama berdomain sendiri.

Saya sarankan anda untuk ambil peluang ini dan ketahui cara betul untuk jana income Adsense ini dan elakkan dari terkena banned atau akaun dibekukan oleh pihak Google Adsense.

Anda akan ketahui dan belajar 3 perkara utama berikut:

  1. 9 Tips Untuk Sentiasa Patuh Adsense
  2. 8 Kesalahan Biasa Yang Selalu Dilakukan Dalam Polisi Adsense
  3. 4 Langkah Untuk Selesaikan Notifikasi Amaran Adsense

Jangan lupa daftar dan ambil tempat anda. Saya dah pun daftar semalam .... :)

2 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. rasanya belum bersedia lagi nak belajar... banyak sangat yang nak kena kejar. Apa pun selamat maju jaya kepada semua yang berkesempatan belajar...

    BalasPadam
  2. adsense kena tolak..nnti kalu nak apply blik bru belajar..hehe

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement