Ramai peminat badminton di Malaysia ni. Setiap kali pemain negara dalam sukan Badminton menunjukkan kecemerlangan, maka demam Badminton akan berlaku di seluruh negara. Semua orang pakat nak main Badminton. Anak-anak pun siap minta beli raket sebab nak main Badminton. Negara kita, antara negara yang digeruni dalam sukan Badminton ni.
Dalam sukan yang asalnya dari England ini, alat atau kelengkapan yang paling penting adalah bulu tangkis. Ramai yang tidak tahu mengenai cara penghasilan bulu tangkis ini. Ia bukan satu kerja mudah, tetapi amat rumit kerana melibatkan banyak aspek terutama sekali dari segi kualiti.
Video Bagaimana Bulu Tangkis Dihasilkan
Bulu yang terdapat pada bulu tangkis adalah daripada bulu itik. Bukan sebarang bulu itik yang digunakan... ada jenis-jenis dia. Selalunya bulu-bulu pelepah ini diambil daripada bulu-bulu yang gugur dari badan itik, dan bukannya dicabut ... sebab ia kurang matang. Tetapi, ada sumber yang mengatakan bahawa itik-itik ada diberikan ubat supaya bulu-bulu pelepah ini mudah untuk gugur atau tercabut dari badan ... sejauh mana kebenarannya, tidaklah dapat dipastikan.
Anda tentu nak tahu bagaimana bulu tangkis dihasilkan, yelah ... pandai main je, mesti nak tahu juga serba sedikit mengenai asal usul bulu tangkis tu. Tu belum lagi dari sudut asal permainan atau sukan ni ... kan kan ... hehehe.
Video Tunjukkan Cara Hasilkan Bulu Tangkis Badminton Original
Tapi sekarang, ramai yang dah mula gunakan bulu tangkis jenis plastik, terutama untuk bermain secara santai dengan anak-anak. Ye tak?
4
Comments
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.
Walaupun dh ada yg plastik, tp guna yg original jgk yg best
ReplyDeleteOriginal punya jugak boleh feel ala2 jaguh. Hahaha!
ReplyDeleteJadi lebih tau sekarang tentang badminton, terutama mengenai kok bulu tangkisnya hehe
ReplyDeleteYaaa pasti satu pengetahuan baru
DeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.