Tips Pengacaraan Sebuah Majlis Rasmi - 7 Panduan Untuk Si Bidan Terjun. Apabila anda terpilih buat pertama kali untuk menjadi seorang pengacara majlis, tentulah anda akan berasa sesat jalan, kerana anda tiada pengalaman dalam bidang berkaitan. Dek kerana itulah, ada yang pertama kali menjadi pengacara majlis jadi kaku di pentas.

Bagaimana boleh menjadi seorang pengacara yang baik, walaupun baru pertama kali menerima tugasan tersebut? Cara paling mudah dan berkesan, ialah belajar daripada seseorang yang telah punyai pengalaman luas dalam bidang tersebut. Tips yang akan saya kongsikan ini adalah dari pengalaman seseorang yang sudah berada lama di dalam bidang pengacaraan majlis. In Sha Allah, buat mereka yang baru menceburkan diri, atau mungkin secara tetiba menjadi bidan terjun, eloklah ikuti ...

Tips Pengacaraan Sebuah Majlis - 7 Panduan Untuk Si Bidan Terjun

Panduan dan tips menjadi seorang Emcee atau Pengacara Majlis
Tetapi, adakala dan ketikanya, anda tidak dapat berguru, kerana kemungkinan anda hanyalah seorang pengacara bidan terjun. Jikakalau begitu, cubalah tips-tips berikut, agar tak nampak sangat anda tu seorang pengacara bidan terjun atau tangkap muat.

Ketahui Tatacara Panggilan Hormat Yang Betul

Anda perlu tahu siapa tetamu-tetamu kehormat yang akan datang, dapatkan nama penuh dan apa juga pangkat dan gelaran yang ada. Siap sedia dengan satu senarai lengkap, penuh dengan gelaran, pangkat serta jawatan tetamu tersebut. Periksa kembali senarai tetamu apabila majlis hampir bermula. Tak perlu ucap selamat kepada mereka yang tidak hadir. 

Ketahui Motif, Tujuan, Sebab Majlis Diadakan

Sebaik anda membuka mulut untuk memulakan majlis, anda perlu faham tentang tujuan majlis diadakan, bukan sekadar tajuk majlis sahaja. Anda mesti faham mengapa ianya diadakan, dan kenapa tetamu kehormat yang dijemput itu perlu hadir - relevannya dia dengan majlis tersebut.

Jangan Berpakaian Terlalu Menyerlah Daripada Tetamu

Apabila anda menjadi pengacara majlis, anda harus tahu bahawa anda sebenarnya bekerja di belakang tabir, maka tidak perlulah terlalu melawa atau berpakaian terlalu menyerlah. Cukup mengikut protokol majlis.

Mengetahui Perjalanan Majlis

Anda perlu pastikan anda faham perjalanan majlis yang diadakan mengikut turutan. Catitkan siapa yang bertanggungjawab bagi setiap turutan acara itu.

Jangan Syok Sendiri

Kadangkala pengacara majlis cuba untuk menceriakan suasana, tetapi mungkin kerana audiens yang ada tidak selari dengan pemikiran anda, apa yang anda lakukan hanyalah menjadikan diri anda sebagai objek bahan lawak. Pastikan anda tidak terlalu berlebihan dalam soal menceriakan keadaan.

Cepat Akui Kesilapan

Andai berlaku kesilapan, anda sebagai 'antara-muka' majlis perlu cepat memohon maaf kepada tetamu. Jangan sampai mereka mengetahui kesilapan terlebih dahulu daripada anda, dan paling buruk mengetahui punca kesilapan tersebut. Jangan ego, permohonan maaf perlu untuk menunjukkan bahawa anda seorang yang merendah diri dan sanggup menerima teguran.

Akhiri Sesuatu Dengan Senyuman Dan Ucapan Terima Kasih

Berterima kasihlah kepada mereka yang sanggup mendengar kata-kata anda di pentas. Berterima kasihlah kepada tetamu yang sudi hadir. Berterima kasihlah pada mereka yang telah menjalankan tugasan dengan baik agar majlis berjalan sempurna.

Semoga artikel ini dapat dimanfaatkan sebaiknya.

1 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. selalu jadi macam nie... rasa nak pitam pun ado jugak... huhuhu

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement