Hadoi, memang tak advanced la saya ni. Dah lama miliki Honor 7 tapi masih banyak fungsi yang saya tak explore betul-betul. Baru-baru ini, saya dapati Honor 7 ada fungsi sangat best untuk orang yang suka guna kamera, suka ambil gambar dalam apa juga keadaan macam saya .. huhu. Dalam post kali ini, saya nak tunjukkan kepada anda satu fungsi kamera telefon pintar Huawei Honor 7 yang best iaitu Light Painting.

Sebenarnya, saya dah lama nak mencuba fungsi Light Painting yang boleh ambil gambar menarik Light Trail, atau gambar ekor cahaya di waktu malam. Saya selalu sahaja tengok gambar-gambar jurugambar pro yang ambil gambar dengan teknik ini - perghh memang mengagumkan betul. Nak mencuba guna DSLR milik saya ... tapi ntah .. macam susah lak nak tetapkan settingnya. Tapi dengan Honor 7 ni, memang mudah sangatlah.

Ambil Gambar Light Trail Guna Honor 7

Raya Aidil Fitri di kampung baru-baru ini, anak-anak saya ada bermain bunga api .... jadi, saya gunakan peluang tersebut untuk guna fungsi kamera Honor 7 - Light Painting ni .. dan .. taraaaa ... inilah antara hasil-hasilnya.. huhuhuhu...
Saya kongsikan gambar-gambar ni di Instagram, tak sangka ramai juga yang LIKE .. hehehe... dan yang menariknya ialah, ada pengguna telefon pintar Honor 7 yang tidak tahu pun wujud kecanggihan ini di fungsi kamera mereka.

Contoh gambar-gambar yang saya ambil di atas bukanlah yang terbaik untuk tunjukkan kualiti terbaik gambar dengan fungsi Light Painting ini di dalam Honor 7, tetapi ia sudah cukup untuk mengujakan anak-anak saya. Saya pun rasa teruja ... hoho.

Ada 4 Teknik Ambil Gambar Light Painting (Auto)

Buat pemilik Honor 7 yang tidak tahu mengenai fungsi kamera ini, boleh tengok paparan di bawah sebagai rujukan. Ambil kamera, slide ke bahagian fungsi Light Painting, dan pilih 4 teknik yang telah tersedia, dan mula ambil gambar.
Dalam fungsi Light Painting kamera telefon pintar Huawei Honor 7 ini, anda boleh buat pilihan:
  1. Car Light Trails
  2. Light Gaffiti
  3. Silky Water
  4. Star Track

Kalau nak hasil yang hebat, saya syorkan anda gunakan tripod untuk ambil gambar Light Painting. Anda pasti akan teruja dengan hasilnya. Saya yang buat santai-santai pun leh dapat beberapa gambar menarik Light Trail anak-anak bermain bunga api ... huhuhu.

Saya kongsikan benda ni sebenarnya nak pastikan mereka yang dah beli Huawei Honor 7 supaya rasa puas hati ...terutama diri saya sendiri .. ekekekeke...  yelah, harga telefon ni lebih RM1000 tu ... jenuh saya kumpul duit affiliate nak beli telefon pintar sendiri ... huhu.

Harapnya entri ini ada manfaatnya di sebalik post syok sendiri ... andai anda pemilik Honor 7 dan rasa ada fungsi lain yang menarik untuk dikongsi .. silalah tinggalkan komen ye.


Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement