Bercuti hujung minggu di Hotel Sentral Seaview, Penang. Sesekali bila rasa bosan duduk terperap di rumah, saya akan bawa famili bercuti hujung minggu di destinasi yang difikirkan menarik. Kali ini, saya memilih untuk bercuti di Hotel Sentral Seaview, Penang. Dulunya dikenali sebagai Hotel Naza Natalia, tetapi telah diambil alih oleh pengurusan yang baru.

Hotel Sentral Seaview, Penang sebenarnya adalah hotel pilihan isteri saya. Kalau fikir nak bercuti di Penang dan menginap di hotel dengan bajet kecil, maka hotel inilah yang akan menjadi pilihan utama. Ini adalah kerana hotel ini mempunyai kolam renang dan juga akses ke pantai. Ada dua kolam renang, satu untuk dewasa dan satu lagi untuk kanak-kanak, manakala akses ke pantai mudah hanya dari hotel.

Bercuti Hujung Minggu di Hotel Sentral Seaview, Penang

Hujung minggu di hotel ini untuk lepaskan lelah dan penat memang berbaloi. Kedai makan pun banyak terdapat berdekatan walaupun terpaksa berkenderaan. Kawasan pantai juga luas, yang membolehkan saya menguji skil memancing pantai yang dah lama berkarat .... hehehe. Sambil anak-anak main pasir dan main ombak, maka saya pula memasang joran dan umpan.

Wife saya tempah untuk menginap menggunakan Agoda, alhamdulillah .. dapatlah harga terbaik sebab selalu dan sering gunakan Agoda setiap kali kami mencari hotel penginapan. Kalau anda nak tempah Hotel Sentral Seaview Penang ni, memang disyorkan anda login ke Agoda dan buat tempahan menerusi akaun anda.
Hmm .. kalau tanya keadaan bilik, saya fikir untuk harga bajet ... rasanya dah cukup berbaloi dah. Menu breakfast pun boleh tahan, cuma mungkin untuk mereka yang mencari pelbagai selera .. mungkin akan rasa agak kecewalah. Tapi ok .. in Sha Allah kena dengan selera.

Sebab Pilih Hotel Sentral Seaview Untuk Bercuti Hujung Minggu

  • Hotel bersih, selesa dan bajet
  • Lokasinya agak strategik, tidak terlalu jauh dengan pekan dan banyak lokasi tempat makan
  • Ada kolam renang dewasa dan kanak-kanak
  • Ada akses ke pantai yang luas dan boleh mandi laut
  • Menu makanan yang baik
  • Boleh memancing depan hotel
  • Parking dalam hotel
  • Staff hotel yang ramah tamah 
Oh ya, lupa nak bagitahu. Jika nak mandi manda dan berenang di kolam yang ada, kena pastikan anda mengenakan pakaian yang sesuai. Agak strict juga peraturan yang ditetapkan di Hotel Sentral Seaview, Penang ni.
[Baca] Berseronok di Cool Zone Kids Club Golden Sand Resort
Lokasi Hotel Sentral Seaview ini agak terperuk ke belakang sikit .. tetapi in Sha Allah, seperti biasa .. saya memang minta anda cari dan Google di Google Map, atau aplikasi Waze. Susah-susah .. anda tanya je reception hotel .. huhuhu...

4 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. seronok main pantang anak2 bro HH

    ReplyDelete
  2. macam best her habiskan hujung minggu kat hotel... kat Penang pulak tu.

    ReplyDelete
  3. Nak tnya.. kalau nk mandi pool, wanita muslim boleh pakai tudung ke??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena pakai baju mandi muslimah tu .. sbb arab2 tu mandi camtu

      Delete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement