Sudah hampir 10 tahun saya menulis blog, dan berkongsi pelbagai ilmu dari pengalaman dan pembacaan saya ke dunia maya. Jika sebelum tahun 2008, saya banyak menulis dan menerbitkan kembali artikel mengenai keusahawan online, berkaitan tips pemasaran dan sebagainya milik orang lain. Maka, bermula tahun 2011 saya mula yakin untuk berkongsi beberapa tips yang saya olah berdasarkan apa yang telah saya praktik dan gunakan terutama untuk panduan blogger Malaysia.

Ketika awal berblog, memang tidak ramai yang tahu mengenai blog saya kecuali beberapa pengunjung dan pembaca setia yang sekarang sudah pun tidak aktif di dunia online. Masing-masing sudah menyepikan diri, malah ada di antara mereka yang merupakan blogger yang dikenali sebelum ini, membuktikan niat untuk tidak lagi menulis blog.

Tips Untuk Kekal Dalam Blog Malaysia

Ya, bukan mudah untuk kekal di dalam dunia blog Malaysia. Semakin anda berada lama di dalam dunia blog Malaysia, semakin banyak duri dan ranjau akan anda jumpa. Apatah lagi, apabila blog anda semakin dikenali ramai. Bukan semua orang akan suka dan terus suka dengan apa yang anda tulis. Setiap orang ada pandangan mereka. Kadangkala apabila sesuatu yang ditulis dirasakan tidak kena dengan apa yang mereka alami dan rasai, maka bersedialah dengan 'akibat'nya.

8 Tips dan Petua Untuk Kekal Dalam Dunia Blog Malaysia

Jadi, bagaimana nak terus kekal di dalam dunia blog Malaysia ini? Takkan blog yang telah lama anda bina harus dibiarkan hingga akhirnya tutup dan dipadamkan? Sayanglah segala ilmu dan pengalaman yang telah anda kongsikan itu berkubur begitu sahaja? Maka, saya sukacita nak kongsikan sedikit tips untuk terus kekal berada di dalam dunia blog Malaysia.
  1. Menulis Dengan Niat yang Baik. Dalam apa jua perbuatan, perlu dimulakan dengan niat. Niat inilah yang akan bantu untuk kita menulis dengan baik, dan sensitif dengan perasaan dan pandangan orang lain. Ingat niat ini setiap kali anda mahu menulis post yang baru. 
  2. Hargai Pengunjung dan Pembaca. Hargailah mereka yang sudi singgah dan baca setiap entri di blog anda. Ada banyak cara untuk anda hargai mereka. Cara paling mudah ialah dengan balas komen, dan membalas kunjungan ke blog mereka (jika mereka blogger). Atau buat satu giveaway mudah atau contest khas untuk mereka.
  3. Maintain Dengan Identiti Blog. Kekal dengan identiti blog anda. Apabila anda telah menjumpai identiti unik dan tersendiri blog anda, kekalkan ia selama lama boleh. Apabila ia kekal, maka in Sha Allah, orang akan mudah ingat blog anda dari tahun ke tahun. Identiti blog ini boleh diserlahkan dalam banyak aspek - header, jenama, avatar, tagline, logo, warna, nama blog. Paling penting, kekalkan URL blog anda ... kalau boleh biar dengan nama domain sendiri (.com atau .net).
  4. Tak Perlu Sorok Kekacakan dan Kejelitaan Anda. Hargai apa yang Allah S.W.T berikan. Wajah anda sebenarnya ada persona tersendiri. Yakin dengan pemberian Allah Taala. Wujudkan profile yang benar, serlahkan diri anda. Kebanyakkan mereka yang berjaya tidak pernah sorokkan wajah mereka, malah mereka bangga wajah mereka itulah yang jadi kebanggaan ibu bapa, keluarga dan mereka yang mengenali.
  5. Sentiasa Positif. Positif dalam pemikiran dan tindakan. Biar orang balik tahik, tapi kita berikan madu. Setiap perbuatan baik mahupun buruk, ada kesan dan akibat. Itu bukan janji saya, tetapi janji yang telah Allah S.W.T nyatakan dalam Al Quran dan Hadith. Yakin dan redha dengan Qada' dan Qadar Allah; tapi pada masa sama .. jangan berhenti untuk memberikan sesuatu yang bermanfaat, lebih-lebih lagi ilmu. Anda akan terkejut dengan ilmu yang telah anda kongsikan di blog anda itu memberikan sesuatu yang tidak terduga kelak.
  6. Syukur Selalu. Dalam setiap perbuatan ini, kita akan dinilai. Jadi sentiasalah rasa syukur, baik ketika jatuh, mahupun ketika naik. Dalam dunia blog Malaysia, ia ibarat satu sisi lain kehidupan di mana interaksi anda bersama masyarakat adalah menerusi penulisan. Ia agak sukar untuk menerapkan emosi yang sama, jadi ia akan berikan impak berbeza mengikut golongan dan masa. Syukur selalu untuk ingatkan kita bahawa kita tidak akan sentiasa dihargai, dan tidak akan sentiasa dicemuh.
  7. Komunikasi Komuniti. Antara sebab saya berjaya di dalam dunia blog Malaysia (konon) ialah adanya interaksi sesama rakan blogger lain. Interaksi ini boleh anda buat dengan pelbagai cara dan kaedah. Pindahkan kenalan maya anda menjadi kenalan dunia nyata. Tak rugi berkawan ramai ni, setidak-tidaknya anda akan tahu bahawa diri anda tidak bersendirian. Andai ada masa dan kelapangan, aktif dalam komuniti dan bergaul mesra. Kadangkala, mungkin terdapat beza pendapat, tetapi tidak seharusnya jadi penghalang untuk terus menulis. Perspektif kita berbeza. Dari lebih banyak kita mencari beza dan beda, adalah lebih baik mencari persamaan dan keserasian. Maka, komunikasi penting.
  8. Saling Bekerjasama. Antara sebab blog saya kekal dikenali ialah adanya proses saling kerjasama sesama blogger, tidak kiralah blogger baru ke, blogger otai ke, blogger kacak ke, blogger separuh ensem ke, blogger yang tulis gossip ke, blogger yang copy-paste ke ... anda boleh bekerjasama dengan rakan blogger lain dalam banyak bentuk. Anda boleh cari dalam blog saya ini, cara-cara nak dapatkan mutual-benefit sesama rakan blogger. Tapi, saya sangat syorkan anda untuk juga berhati-hati, kerana ada kerjasama yang dibuat boleh memakan diri. Maka, pilihlah mana blog yang sesuai sahaja.
Jadi, bagaimana? Ada banyak lagi tips dan panduan blogger yang ingin saya kongsikan. Dan dah banyak juga yang telah saya kongsikan. Tapi tak semua sesuai untuk semua orang, semua blogger di Malaysia ni ... yelah, karektor, pendirian, pendapat semua berbeza. Mana yang baik daripada saya, itu datangnya ilham dari Allah S.W.T, mana yang dirasakan tidak berapa nak betul, tak berapa nak relevan tu adalah disebabkan pengalaman secubit yang ada dalam usia 40 (sebenarnya belasan tahun lagi) tahun.

[Baca] Blogwaking Terpilih Kukuhkan Jenama Blog

Moga ada manfaatnya.

 

24 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Betul, menulis sebab minat and ikhlas. Hehehe Alhamdulillah, sekarang ida masih lagi menulis blog walaupon bukan full time blogger. cari juga masa untuk update. hehehe

    BalasPadam
  2. terima kasih sifu atas ilmu ni..insyaAllah..akan ikut semua yang diajar ini..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama .. moga dapat dimanfaatkan sebaik mungkin. Saya pun beljar sama.

      Padam
  3. Thanks dengan perkongsian tips abg HH. Byk lagi yg Fyna kena belajar.

    BalasPadam
  4. Banyak manfaatnya kalau sesuatu pekerjaan itu dimulakan dengan niat baik dan dikekalkan amalan2 yang boleh membina persaudaraan.

    BalasPadam
  5. point 7 & 8 macam dah kurang... terutama point 8 bila sudah tiada yang ingin berkerjasama dengan gua he...23x

    BalasPadam
  6. Ok.. Tips yang berguna.. Apa-apa pun atas niat kita belake.. Kan? Terima kasih hasrul hassan kongsikan.. Berikan saya semangat untuk terus ceria dalam dunia blogging..hehe

    BalasPadam
  7. akan ambil sebagai rujukan kelak.
    xleh malu selpi le jawabny pasni.
    heheh.

    BalasPadam
  8. tips yang sangat bermanfaat! terima kasih HH diats perkongsiannya :)

    BalasPadam
  9. Inilah motivasi untuk PC bro HH...alhamdulillah terima kasih...

    BalasPadam
  10. tq bro HH.
    sgt hargai semua tips ni :)
    pada aida, tips no 2 tu amat penting!

    BalasPadam
  11. Alhamdulilah ,setelah 4tahun masih lagi wujud blog saya cuma tak berapa nak femes le hihihi

    BalasPadam
  12. Perkongsian yang berguna bro HH. Terima kasih.

    BalasPadam
  13. Nak kena amalkan semua ni mana yang boleh. Terima kasih bro HH.

    BalasPadam
  14. Perkongsian yang menarik. Terima kasih Bro HH.

    BalasPadam
  15. Perkongsian bermanfaat utk dijadikan panduan berblog. Terima kasih dan sayang juga tuan HH... :)

    BalasPadam
  16. Hargai pengunjung dan pembaca... mai teh secawan.

    BalasPadam
  17. Bak Kata Chef Ammar, menulis dari hati... :-)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement