Maka, di dalam blog post ini, suka saya nak ingatkan dan kongsikan sedikit tips untuk rakan blogger yang mahu menulis entri berbentuk review ini (samada berbayar atau tidak) agar blog tidak mendapat kesan negatif daripada Google, terutama untuk SEO dan juga Adsense.
Tips Dari Google Untuk Blogger Tulis Post Review Produk & Servis

Gunakan Tag Unfollow Pada Setiap Pautan
Sebagai seorang penulis blog, anda tidak digalakkan memberikan link dofollow pada pautan pengiklan sebagai balasan untuk produk atau servis percuma yang mereka berikan kepada anda. Ia menyalahi apa yang terkandung di dalam Google Guidelines on Link Schemes.Pengiklan terutamanya daripada syarikat tertentu selalunya akan minta blogger meletakkan link atau pautan ke:
- Laman web syarikat - samada produk atau servis
- Laman-laman sosial syarikat
- Laman jualan yang menjual produk atau servis
- Sebuah laman review yang memaparkan tentang review produk atau servis
- Aplikasi mobile milik syarikat yang promosikan produk atau servis
Blogger perlu menggunakan tag nofollow pada semua link atau pautan tersebut. Jika anda hanya menulis sebuah entri yang bukan dalam bentuk advertorial, atau post review berbayar; maka saya nasihatkan agar anda tidak meletakkan sebarang link kepada produk, syarikat yang berkenaan.
Begitu juga andai anda ada meletakkan banner iklan di dalam blog anda, seharusnya pautan yang ada pada banner juga perlu diberikan tag nofollow ini. Kebiasaannya, syarikat besar yang mempunyai marketing department (online) akan tahu mengenai perkara ini, dan akan ingatkan blogger untuk meletakkan tag nofollow dalam blog post review.
Pendedahan Perhubungan (Disclose the Relationship)
Pengunjung dan pembaca perlu mengetahui bahawa blog post atau artikel yang anda tulis merupakan sebuah entri berbayar (paid post). Bagi sesetengah negara, terdapat undang-undang yang mewajibkan kenyataan 'perhubungan' atau pengiklanan seperti ini di dalam sesebuah artikel yang diterbitkan. Pendedahan perhubungan ini boleh berada di mana-mana di dalam artikel atau blog anda. Bagaimanapun, lokasi paling baik ialah di awal blog post di mana pembaca diingatkan bahawa entri yang ditulis merupakan entri berbayar atau telah ditaja untuk tujuan pengiklanan.Hasilkan Blog Post Yang Unik dan Menyerlah
Blog-blog yang berjaya selalu memberikan pengunjung dan pembaca sesuatu yang membuatkan mereka untuk datang kembali berulang-kali. Sebagai blogger, anda mungkin boleh mencuba untuk menjadi sumber informasi terkini di dalam topik yang anda mahir, terutama di dalam topik-topik yang kecil tetapi menjurus kepada sesuatu untuk golongan tertentu contohnya makanan, resepi, restoran, tempat menarik, tempat melancong dan sebagainya.Anda digalakkan untuk menulis sesuatu yang eksklusif di mana anda sahaja yang tahu, bersandarkan kepada pengalaman, pengetahuan dan sumber anda.... seperti contoh Panduan Blogger yang saya wujudkan di dalam blog ini (satu ketika dahulu).
Kenapa Perlu Ikut Tips Google Ini?
Penting untuk anda ikuti tips dan panduan ini supaya blog anda bebas daripada dikenakan penalti dan tindakan oleh pihak Google terutama sekali untuk blogger yang mahu praktikkan teknik SEO dan juga yang mempunyai akaun Google Adsense. Jika tidak, blog post anda mungkin bermasalah untuk muncul di laman enjin carian mahupun mendapat income yang baik daripada Adsense.Sumber: Webmaster Google Blog
p.s: Saya pernah menulis perlunya seorang blogger labelkan entri sebegini sebagai advertorial/sponsored post/review di dalam blog post mereka, sebagai salah satu cara untuk pernyataan 'disclosure' perhubungan.
Tips yang berguna. Nanti boleh nak cuba juga. Terima kasih bro HH.
ReplyDeleteSaya suka baca panduan ni. Dapat belajar.
ReplyDeleteSama-sama belajar .. dah belajar .. praktik
DeleteTerima kasih atas panduan yang bagus ni.
ReplyDeleteTips yang menarik dan perlu alert nih. Thank abg HH.
ReplyDeletetips menarik. psl disclosure hubungan tu kdg2 je letak. huuhu
ReplyDeletesaya banyak job review tu tidak la tapi setiap bulan tu ada la. So tips ni berguna jugak untuk saya cuba pratikan
ReplyDeleteBelum ada pengalaman dengan advertorial lagi. Simpan dulu maklumat untuk masa depan.
ReplyDeleteterima kasih HH, bru saya faham.
ReplyDeleteT kasih atas info ni sifu HH... kena ambik perhatian juga ni.
ReplyDeleteterima kasih HH, bru saya faham.
ReplyDeleteterima kasih HH, bru saya faham.
ReplyDeleteMy Sifu HH,
ReplyDeleteKalau kita tulis review pasal produk secara percuma takde apa-apa info pun dari company.
Adakah perlu juga kita nyatakan post itu sebagai advertorial atau review dan sebagainya ? ..
Mohon penjelasan ..
Terima kasih HH.
Post a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.
**Jika anda menggunakan Google Crome, tetapi tidak boleh meninggalkan komen, anda kena ENABLE THIRD PARTY COOKIES pada setting Privacy and Security Crome anda.**