Walaupun kami agak lambat mendapatkan kad MAPS ini, tetapi tidak bermakna tempoh sah lakunya dikurangkan. Malah, kami mendapat tahu bahawa semua pelanggan yang telah tempah kad MAPS Perak Pass akan dapat lanjutan tempoh sah kad ini disebabkan pembinaan taman tema ini yang kini didakwa lewat ikut jadual.
Kad MAPS Perak Dah Siap !!
Sebelum ini, MAPS dijangka dibuka sekitar Mac, kemudian ditunda ke Julai ... dan apabila lihat tapak MAPS yang boleh dilihat dari lebuhraya PLUS exit Ipoh Utara/Jelapang ... nampak gayanya betullah kot MAPS akan dibuka untuk orang ramai sekitar Disember 2016.
Masa kami tempah tiket pass tahunan ni, harganya memang cukup jimat .. berbaloilah kami ambil untuk 5 orang sekeluarga dengan diberikan satu pass percuma. Dah la bayar harga promosi, lepas tu hanya bayar untuk 4 kad pass sahaja. Kalau ikut harga hari ... uhh senak juga perut dibuatnya.
Oh ya, nak buat kad MAPS ni sekejap je, tak sampai pun sejam. Ambil gambar di kaunter, terus print kad ini ...lagi satu, semua anak-anak saya dapat buat kad MAPS Perak pass ini walaupun ada di antaranya tidak dilahirkan di Perak .. huhu... asalkan mak pak orang Perak (lihat MyKad) dah kira cukup syarat dah.
Sekarang ni ... tunggu jelah sehingga MAPS Perak ini buka sepenuhnya nanti. Bila? Tak berapa pasti lagi ... huhu.
Boleh buat di mana ye?
ReplyDeleteHmm agak tidak pasti ni. Masa tempah kad ni .. ada karnival. Masa buat kad ini pula kat Bangunan PKNP.
Deleteboleh masuk secara percuma selama setahun..sangat beruntungnya tuan.
ReplyDeletePercuma tu sbb dah bayar awal2 ... hahaha... cuma harga dia yang membezakannya.
DeleteBest nanti dapat masuk percuma. Setahun tu. Berapa bayar masa mula daftar hari tu Bro HH? Mana tahu kot ada lagi offer boleh daftar juga jika ok.
ReplyDeleteHmmm .. hari tu saya ada tulis berapa .. lupa lak ...
DeleteDalam RM400 rasanya.
Post a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.