Photobook, cara baru untuk anda abadikan kenangan menerusi sebuah buku bergambar. Saya tak berapa nak minat sangat dengan Photobook ni, tetapi tidak pada isteri saya. Dalam diam, isteri saya tempah Photobook menerusi Lazada. Yang bestnya ialah harga yang isteri saya dapatkan, iaitu cuma RM3 untuk 40 muka surat. Fuh ... memang murah.

Mula saya macam tak percaya je, uhh takkanlah RM3 je untuk 40 muka surat bergambar? Tapi memang betullah, selepas dicampur dengan kos penghantaran dari Photobook Malaysia, isteri saya cuma bayar kurang RM10 untuk lebih 50 gambar yang dimuatkan di dalam Photobook bersaiz 6" x 6" soft cover.

Isteri Tempah Photobook RM3 (40 Muka Surat)

Promosi RM3 Photobook Malaysia 40 muka surat Soft Cover
Isteri saya hanya bayar RM3 menerusi tempahan di Lazada, iaitu diskaun sehingga 96%. Kemudian gunakan kod baucer dari pembelian dari Lazada itu untuk digunakan di Photobook Malaysia bagi mendapatkan sebuah Photobook 40 muka surat penuh berwarna soft cover.

Ambil masa juga isteri saya nak susun gambar-gambar yang ada dalam komputer untuk dimuatkan ke dalam album Photobook. Jenuh memilih mana gambar yang terbaik dan sesuai. Projek pertamanya ialah menyediakan sebuah album Photobook khas untuk anak bongsu saya iaitu Maira.

Berbaloi Tempah Photobook

Alhamdulillah, setelah siap menyediakan album Photobook, dalam masa beberapa hari, album tersebut sampai menerusi pos Malaysia. Hmm ... puas hati jugaklah kalau nak dibandingkan dengan gambar yang dicuci di kedai gambar biasa. Uhh mana nak dapat sebuah album yang didekorasi sendiri dengan harga RM3 beb ... 40 muka surat ... yang boleh muatkan lebih 50 gambar. Kalau dikirakan sekeping untuk cucian biasa adalah RM1, dan kena bayar RM40 (dengan setiap muka surat letak 1 gambar). Jauh bezaaaa tu. Memang jimatlah.
Promosi Photobook Murah menerusi Lazada Malaysia
Kalau anda nak buat album sentuhan sendiri dengan Photobook, boleh tempah di Lazada dengan harga RM3 untuk Photobook saiz 6" x 6" 40 muka surat soft cover sekarang, sementara tengah promosi ni. Boleh klik pautan di bawah untuk terus buat tempahan. Tempah je sekrang, dan boleh buat Photobook tu kemudian ... tak rugi punya.


Huhu.. dah la nak dekat nak raya ni .. manalah tahu kot-kot anda nak buat album Photobook sendiri khas sempena Raya, jadi bolehlah ambil tawaran ini.

8 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Terbaik ni bro HH.
    Saya br beli saiz ni rm1 satu :-)

    BalasPadam
  2. Balasan
    1. Ye .. tu la pasal. Saya pun mula tak percya, bila dah nampak hasilnya depan mata, baru rasa uhh murahnya photobook ni.

      Padam
  3. mmg murah sgt tu bro.

    saya dah lama nak buat tapi tak siap2 lagi. haha

    BalasPadam
  4. Saya teringin nak beli tapi tak pandai..huhu

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement