Saya fikir anak murid tentu kagum bila dapat tahu bahawa cikgunya mempunyai sebuah blog yang dibaca ramai orang. Anak saya pernah balik dari sekolah bercerita pada saya ... "Abah .. cikgu Hasif Amri pun ada blog tau abah .. cubalah abah buka tengok blog cikgu tu.." Dari ayat anak saya tu, dah nampak betapa dia bangga dan kagum bahawa cikgu dia ada blog .. huhu .. dah tu tak pula dia cakap kat cikgu yang abah dia ni ada blog jugak ... huhuhu.

Saya fikir cikgu di Malaysia patut ada blog. Blog boleh dijadikan alat yang sangat hebat dalam menyampaikan ilmu yang kadang tidak boleh nak disampaikan di kelas atau bilik darjah. Boleh dimuatkan penceritaan yang menyeronokkan untuk anak-anak murid membacanya, kerana anak murid sangat suka dengan cerita ... apatah lagi jika disampaikan oleh cikgu kesayangan mereka.

Apabila Cikgu Menulis Blog, Terima Kasih Cikgu ...

Apabila Cikgu Menulis Blog, Terima Kasih Cikgu ...
Cikgu boleh memanipulas minat anak-anak murid yang ramai dah sekarang menggunakan komputer dan internet di rumah. Setidaknya, ia boleh menghala tuju anak-anak murid ini untuk mencari dan membaca sesuatu yang dapat dimanfaatkan untuk kehidupan mereka kelak.

Apabila cikgu menulis blog, banyak sebenarnya bahan yang boleh diceritakan. Walaupun kadangkala sukar untuk ditukarkan dalam bentuk teks agar seronok dibaca (disebabkan formaliti) tetapi, in Sha Allah, dengan sedikit skill yang digilap setiap hari, tidak mustahil blog seorang cikgu boleh menjadi antara blog terbaik di Malaysia. Ia bukan mustahil, ramai je blogger yang merupakan seorang cikgu telah tampil menjadi antara blog terbaik di Malaysia - siap diberikan pengiktirafan dan award lagi ... hebat bukan?

Saya kagum dengan cikgu-cikgu yang boleh mewujudkan blog di kala waktu lapang ini. Di sebalik kesibukan mereka di sekolah, mereka mempunyai waktu bercerita dan berkongsi sesuatu yang diluar pandangan kebiasaan. Ramai orang tidak tahu cerita di sebalik tugas seorang cikgu ini. Apa yang mereka nampak - tugas guru atau cikgu adalah untuk mendidik dan mengajar anak-anak di sekolah. Walhal, tugas guru itu adalah lebih daripada batasan - merangkumi pemikiran, emosi, perbuatan, tingkah laku dan sebagainya terhadap seorang pelajar.

Jika cikgu itu bagus, ia akan dikenang sehingga ke mati. Jika tugas cikgu itu mengesankan, jasa mereka akan diingati sehingga ke muridnya, pelajarnya beranak pinak bercucu cicit. Malah, sejarah membuktikan ... cikgu yang bagus akan disebut berzaman-zaman lamanya.

Senarai Blog Ditulis oleh Cikgu

Berikut adalah beberapa blogger yang juga merupakan cikgu di Malaysia.... tabik spring kepada mereka ini. Walaupun mereka tidak mengajar anak-anak saya, tetapi ... tugas dan kerja mereka adalah antara yang paling mulia di muka bumi ini. Semoga Allah memberkati dan melimpahi rahmat, dipermudahkan jalan ke syurga Allah S.W.T, diberikan kehidupan terbaik dunia dan akhirat, in Sha Allah.

  • http://ohcikgu.com - pemiliknya adalah seorang cikgu dari Banting, Selangor, lebih dikenali sebagai Encik Titan. Merupakan penulis ebook - Kitab SEO Merah Jambu, dan merupakan Sifu Buat Duit Dengan Blog di Malaysia.
  • http://cgkaunseling.blogspot.my - pemiliknya ialah Cikgu Asma' Ahmad, blogger yang menang kategori Best News Blog MSMW2015 - Minggu Media Sosial Malaysia.
  • http://www.cikguhailmi.com - seorang blogger dan juga cikgu yang berjaya meraih dua anugerah blog secara berturut-turut dalam MSMW - Minggu Media Sosial Malaysia.

Itu antara cikgu yang juga blogger yang telah mencipta nama dan brand tersendiri dalam dunia blog Malaysia. Mereka antara blogger yang dihormati dan dikagumi, bukan kerana mereka seorang cikgu, tetapi berjaya meletakkan diri mereka dalam dunia blog Malaysia dengan pencapaian tersendiri. Hebat bukan?

Dan ramai lagi blogger Malaysia yang merupakan seorang cikgu .... dan antaranya ialah ...


Senarai di atas adalah antara rakan blogger saya yang juga merupakan cikgu di Malaysia, yang sebenarnya ramai lagi yang tidak dapat nak disenaraikan. Sekali lagi, tabik spring pada mereka. Tahniah kerana anda dipilih dan ditugaskan untuk mendidik anak bangsa. Bukan semua orang mampu menggalas tanggungjawab ini.

Selamat Hari Guru. Terima Kasih Cikgu.

Khas buat semua guru-guru di SRKPT, SK TIWA, dan terutamanya SEMESTI, saya terhutang budi. Semoga Allah S.W.T membalas jasa cikgu-cikgu semua dengan sejuta kali kebaikan daripada yang telah diberikan. Amin.

Atas permintaan anak saya, saya muatkan video Upin Ipin ni .... 


14 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. wah. bagus ada entri ni. boleh rujuk. Selamat Hari Guru buat guru semua..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen yang pertama.

      Padam
  2. Balasan
    1. Sama-sama Cikgu. Semoga kehidupan cikgu akan dipermudahkan dan dilimpahi rahmat oleh Allah S.W.T.

      Padam
  3. ada lagi rasanya, lupa plak nama cikgu tu..:D

    BalasPadam
  4. wah...banyaknya blog cikgu..nanti bolehlah saya singgah...tabik spring kat cikgu semua ;) ehem ehem saya pun cikgu ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe... :P oh .. selamat hari cikgu kat siti hazreen

      Padam
  5. Ramai juga cikgu cikgu yang menulis blog... ☺️

    BalasPadam
  6. tahniah buat guru...yang menulis blog demi menyampaikan sesuatu yang baik

    BalasPadam
  7. Rmaai lagi rasanya... Terima kasih HH atas penyenaraian ini...

    BalasPadam
  8. tq bro sudi listkan blog muja.. lupa nak include blog nik.. padan muka beliau.. hahaa

    BalasPadam
  9. terima kasih HH, terharu rasa, dah la tahun ni tak dpt sambut hari guru sebab cuti bersalin..waa

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement