14 April 2016

Geng Afro Anak Beranak

Tak pernah merasa. Sekali isteri saya bawa balik dari program Hari Keluarga kelasnya di UM. Woho .. dapatlah kami anak beranak bergaya .. hehehe .. jadi geng Afro anak beranak. Sekali pakai macam syok la pulak .. syok sebab dapat gelak sesama sendiri.

Sebab benda dah ada, jadi saya beranikan diri pakai rambut warna-warni ni hantar anak ke sekolah. Haha... semua mata dok pandang je walaupun dari dalam kereta. Paling syok, anak saya siap bercerita bila balik dari sekolah .... ada kawan bertanya pasal saya yang berambut afro berwarna-warni.

Geng Afro Anak Beranak

Dan masa on the way balik dari hantar anak saya ke Kafa, di satu simpang .. adalah seorang anak yang membonceng motor ibunya. Kiut je tetapi masam muka. Saya pun tolehlah ... tunjukkan wajah kacak saya yang berambut afro warna-warni. Tak berkebil mata anak tu .... dok tengok saya yang mungkin serupa macam badut .. hahaha.

Saya senyum. Dia pun senyum balik.
Kadang dengan satu perubahan yang kecil, kita boleh berikan kegembiraan dan senyuman pada orang lain. Mungkin akan ada yang fikir ... "gilaka mamat ni ..." tapi itulah, pada si dewasa mungkin nampak merapu... tapi anak-anak, mereka menikmatinya dengan cara mereka.

Pengajarannya ...
Perubahan kecil boleh beri makna pada orang lain walaupun nampak ntah apa-apa pada pandangan orang lain.


Penulis blog freelance sejak 2010. Berkeluarga dan bekerja di rumah sebagai house husband.  Lulusan Ijazah. Menetap di Penang. Mesra dipanggil HH. Untuk berhubungan atau pertanyaan - klik looket.me/hasrulhassan

4 Komen

setuju bro HH...menggembirakan orang lain pun dapat pahala juga tu..hihihihihihihihi...

Benda dan perkara paling mudah untuk dilakukan ... janji hati mahu baik

Nampak macho pada pandangan anak-anak HH. Sebab tu mereka suka.

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.
EmoticonEmoticon