Percaya atau tidak, ada ibu bapa yang seperti acuh tak acuh dalam mendidik anak. Maksud saya ialah, ada golongan ibu bapa terutama zaman sekarang yang tidak ada minat yang kuat dalam mendidik anak-anak. Banyak fungsi didikan ini hanya dilepaskan kepada guru, ustaz dan ustazah di sekolah.

Benarlah masa itu emas. Kalau masa itu tidak diperuntukkan dengan betul buat anak-anak, mereka akan rasa seperti dibiarkan. Dan 'emas' yang sepatutnya kita berikan pada anak-anak, terlepas dan melepas kepada sesuatu benda yang tidak memberi makna dunia akhirat.

Anak itu merupakan anugerah, harta buat ibu bapa. Tak perlu kot saya nak letak hadis atau ayat Al Quran berkaitan betapa perlunya mendidik anak-anak dengan betul - dengan agama, daya upaya, pengetahuan dan kasih sayang yang kita ada. Mereka inilah yang akan memberikan nilai dalam separuh kehidupan kita terutama sekali selepas mati.
Didik Anak Perlu Ada Minat
Saya sedih betul apabila melihat anak-anak zaman sekarang banyak terdedah dengan perkara yang tidak berapa nak elok. Baru-baru ini, saya melihat sepotong video di media sosial menayangkan adegan menari dikatakan Raver ke Raven ke ... yang dilakukan oleh anak-anak remaja. Itu bukan budaya kita yang boleh digahkan, macam ada yang tidak kena sahaja.

Belum lagi cerita pasal perkongsian gambar di instagram, berdua-duaan dan bercumbuan oleh pasangan remaja yang konon sedang hangat bercinta. Belum lagi singkap mesej yang terkandung dalam aplikasi WhatsApp milik remaja-remaja ini. Saya dapat tahu .. ada yang ibu bapa prihatin mengucap panjang bila dibuka mesej-mesej yang ada dalam telefon pintar milik anak mereka.

[Fikirkan] Ada anak-anak jadi top scorer SPM, STPM, IPT tetapi ... pengakhirannya .. 

Mungkin, akan ada ibu bapa yang kata ..anak-anak itu sudah diberikan didikan yang terbaik, dan sudah ditempatkan di sekolah dengan guru-guru, ustaz dan ustazah yang bagus. Namun, suka saya nak beritahu ... walau anak dihantar ke sekolah berasrama penuh yang dikawal warden guru 24 jam, belum tentu anak itu akan jadi seorang manusia yang menjadi contoh masyarakat.

Andai ada, maka memang wajar gelaran Tokoh Guru dibuat ... ironinya tiada pula tokoh ibu bapa diwujudkan ... 
Didik Anak Perlu Ada Minat
Tanggungjawab ibu bapa adalah tersangat penting ... kerana nilai didikan dari ibu bapa itu sangat unik, ada kesan emosi, ada kesan ingatan, ada kesan kepada tingkah laku jangkamasa panjang kepada anak-anak.

Kasih sayang guru kepada anak murid tak sama dengan kasih sayang seorang bapa dan seorang ibu.

Pernah tak berlaku, kelakuan anak-anak di sekolah tidak sama dengan kelakuan anak-anak di rumah? Anak di sekolah diam membisu, ditanya serentetan ayat, dijawab sepatah perkataan. Apabila di rumah .. uhh bukan main hero ... malah jadi batu api antara abang, kakak, adik yang lain. Pelik?
Didik Anak Perlu Ada Minat
Kenapa ada anak-anak yang telah diberikan didikan terbaik di sekolah, kasih sayang melimpah ruah .. tetapi spoil? Mendidik anak perlu ada minat ... kena ada passion untuk melakukannya. Itu sebab ada anak-anak kita yang lebih suka dengar cakap guru di sekolah daripada mak bapaknya di rumah... walhal benda sama kot yang disebut ...

[Baca] Tatacara dan Panduan Mendidik Anak Harus Anda Tahu

Ibu bapa perlu mendidik bukan sahaja dengan kasih sayang, dan rasa mahu anak-anak itu melakukan yang terbaik dalam apa jua bidang, tetapi kena ambil tahu juga apa yang anak-anak ini suka. Dari kesukaan itulah, kita mendidik sesuatu yang kadangkala tidak berupaya diberikan oleh guru-guru di sekolah.
Didik Anak Perlu Ada Minat
Ambil peluang pada ruang waktu dan masa intim bersama anak-anak supaya kasih sayang itu dijalin dengan hemah, hikmah, berilmu dan membolehkan mereka berfikir mengenai perkara-perkara yang perlu dan wajib untuk menjadi seorang manusia, hamba kepada Allah S.W.T.

[Tips] Bagaimana Mahu Menjadi Anak Anda Pintar dan Cerdas?

Apa yang saya tulis ini adalah kegusaran diri sendiri apabila memikirkan tentang anak-anak yang menjadi tanggungjawab dunia akhirat ini. Saya kongsikan kegusaran ini kerana risau ... mereka ini bakal mewarisi apa yang ada sekarang - samada menjadi lebih baik, atau menjadi tunggang-langgang.

Kita selalu mengharapkan anak-anak minat dengan apa yang kita sampaikan, bagaimana pula kita?



6 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Ada minat diikuti dengan ikhlas, kan? baru berbaloi >D

    ReplyDelete
  2. Adalah suatu yang tidak tepat seandainya urusan didikan anak-anak hanya diserahkan kepada guru-guru atau sekolah. Masa di sekolah sangat singkat apatah lagi untuk tumpuan sepenuhnya kepada seorang murid. Ibu bapa perlu 'sambung' urusan mendidik anak-anak apabila berada di rumah supaya ilmu itu tidak hanya berada di sekolah apatah lagi jika 'tercicir' di pagar sekolah, agar anak-anak membesar dengan suasana ilmu dan didikan setiap masa.

    ReplyDelete
  3. Saya setuju sangat bang. Tengok kita sendiri... kalau tak minat, paksa macam mana pon tak akan jadi perfect.

    ReplyDelete
  4. Apabila tanggungjawab di "3rd party" kan. muhasabah utk diriku jua.

    ReplyDelete
  5. itulah..anak2 zaman sekarang senang terdedah dgn budaya asing.mak ayah pulak hanya senyu ketawa lihat telatah anak mereka..tak sama langsung dgn zaman Fida dulu.

    ReplyDelete
  6. jaman sekarang anak-anak memang terlihat lebih susah untuk dididik, bahkan Televisi saja bisa merusak moral si Anak, minat memang pencegahan yang membantu :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement