Saya guna dua sumber untuk online - Streamyx dan juga Digi 4G LTE. Dua-dua saya bayar setiap bulan, satu RM150 sebulan untuk streamyx (tiada kuota), manakala untuk Digi 4G LTE dalam RM10-RM15 sebulan (kuota 3GB).

Saya nak tunjuk beza antara Streamyx dengan Digi 4G LTE. Saya telah menguji kelajuan kedua-dua servis internet ini. Dan sedia maklum, memang ada beza dari segi kelajuan sebab Streamyx yang saya ambil adalah pakej 4Mbps, jadi memang ujian kelajuan takkan lebih ... manakala Digi 4G LTE ... saya tak berapa tahu berapakah speed yang sepatutnya saya dapat.

Beza Streamyx Dengan Digi 4G LTE

Inilah hasilnya ..

Speedtest Streamyx

Speedtest Digi 4G LTE

Ok. Streamyx tidak selaju yang sepatutnya saya terima, tetapi pakej yang saya gunakan boleh gunakan tanpa had, malah saya boleh gunakan TM Wifi Hotspot menerusi pakej yang sama. Dan saya hanya boleh gunakan akaun Streamyx saya hanya di rumah.

Untuk Digi 4G LTE, wow .. memang laju. Tetapi ada kuota, untuk blogger seperti saya, 1GB data boleh dihabiskan dalam masa sehari sahaja. Jadi, Digi 4G LTE hanya digunakan untuk keperluan apabila saya berada di luar rumah.

Saya tak pasti samada beza ini boleh menjadi penanda ukur untuk menyatakan servis mana satu yang lebih baik untuk internet. Apa kata anda apabila melihat keputusan di atas? Ada yang boleh jelaskan tak?


3 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Saya tak berapa nak tahu sangat pasal benda benda nih tapi Kalau streamyx laju macam Digi 4G LTE tuh kan mantop sikit..hehe..tapi yang bagusnya Streamyx nih tanpa kuota..as a blogger memang cun..kalau kita blogger nih guna yang ade kuota memang tak sampai sebulan la jawabnya..

    BalasPadam
  2. Tinggi betul Ping Streamyx tu. Mgkn boleh tukar modem yg boleh tarik bandwidth dgn kuat.

    BalasPadam
  3. saya lagi prefer streamyx lg sbb unlimited....hrp2 ada la penurunan harga streamyx sbb boleh langgan yang lg tinggi.....tunggu ada syarikat lain masuk utk bersaing dgn TM la....

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement