Anak-anak saya suka makan vitamin. Vitamin selalunya kami beli di farmasi milik bumiputera Islam. Jarang kami beli di farmasi besar yang kadangkala ada jual produk import tanpa tanda halal yang sah. Bukan apa, takut terbeli produk
vitamin yang mengandungi bahan daripada haiwan seperti babi yang haram di sisi Agama Islam. Baru-baru ini, ada rakan telah whatsApp kepada saya gambar vitamin kanak-kanak yang ada kandungan babi (pork). Terkejut tu ... produk dari jenama yang terkenal.
Vitamin Kanak-Kanak Ada Kandungan Babi
Jika anda merupakan ibu bapa seperti saya yang selalu memberikan vitamin untuk anak-anak, pastikan bahawa anda membeli produk vitamin yang ada tanda logo halal yang sah, dan paling penting kena baca label yang ada pada setiap produk vitamin ini.
Selalunya produk yang sebegini adalah berbentuk kapsul yang perlu menggunakan bahan gelatin dalam produknya. Dan gelatin secara umumnya adalah dari haiwan, dan gelatin daripada babi adalah paling banyak digunakan untuk produk-produk makanan gantian kesihatan seperti vitamin. Maka, awas ....
Jangan sampai ada yang terbeli produk vitamin kanak-kanak yang ada kandungan babi ...
Bukan sahaja vitamin untuk kanak kanak malahan vitamin untuk golongan dewasa juga perlu diperhatikan betul betul kandungan bahanya..
ReplyDelete**Bro HH..PC nak tanya..kenapa ya total pageviews tidak terpapar ye pada blog..terima kasih..
Sebab widget tu tak boleh digunakan dalam template blog ni .. harap maklum.
Deletesangat bahaya..hati2 semua yang ada baby..semua kena hati2. Terima kasih infor ni HH
ReplyDeletependapat Fida..korang yang nak bagi anak minum vitamin ni..better try bagi..CALIPH...memang terbaik.
ReplyDeleteSeeloknya kita cari produk muslim
DeleteYa Allah... dalam vitamin pun ada pork... klu tak elert mmg terkena... bak kata cikgu sy tak payah ambil ubatan walhal vitamin pun, guna jer bahan semula jadi madu, kurma dan makanan sunnah yg lain...
ReplyDeleteterima kasih infonya HH,,saya pernah makan jenis ni tapi yang dewasa punya...semoga Allah ampunkan..
ReplyDeleteHmm ... moga kita semua akan lebih alert benda-benda macam ni
DeletePerkongsian yang berguna. Ramai yang tak tahu benda ni lagi.
ReplyDeleteKenapa KKM terlepas pandang hal ni?
ReplyDeleteJenama ni vitamin C untuk dewasa pun kira popular juga. Sama-sama kita mencari yang halal
ReplyDeleteTakut juga nak beli vitamin jika banyak yang tidak halal. moga lepas ini kena baca lebal atau ada tanda logo halal daripada JAKIM.
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.