Saya cukup seronok dapat habiskan masa bersama tiga orang anak saya ketika cuti sekolah. Aktiviti memancing Puyu memang aktiviti yang menyeronokkan untuk mereka yang sukakan hobi ni. Mana tidaknya, ikan Puyu mudah nak dipancing andai kena dengan cara dan umpan yang digunakan.
Memancing Puyu Bersama Anak-Anak Semasa Cuti Sekolah
Di tempat saya, Parit Buntar memang banyak kawasan sawah padi, ban, serta parit dan tali air. Ikan Puyu memang banyak di tempat-tempat sebegini. Anda hanya perlu lihat kawasan tersebut seandainya ada percikan kecil air di permukaan. Jika ada, maknanya adalah sekumpulan ikan Puyu sedang bermaharajalela di situ. Salah satu cara lain nak tahu ialah dengan lemparkan secebis roti atau biskut, andai ada yang dirembat .. maka ikan Puyu mungkin ada di kawasan tersebut.
Memancing Perlu Kesabaran
Memancing ikan Puyu memerlukan kesabaran. Kadangkala di peringkat awal memancing ikan Puyu, umpan yang digunakan tidak disambar langsung oleh si ikan Puyu, tetapi apabila anda dah mula dapat menaikkan seekor, maka bersiap-sedialah untuk dapat lebih banyak ikan Puyu.Teknik Memancing Ikan Puyu
Salah satu teknik untuk memancing ikan Puyu ialah dengan menggerakkan joran, jika anda menggunakan batang pancing atau joran dengan kekili, anda boleh gunakan teknik lempar tarik perlahan-lahan. Umpan yang sesuai digunakan samada cacing tanah atau cengkerik.Saya dan anak-anak suka gunakan teknik pelampung untuk memancing ikan Puyu di kawasan parit dan tali air di tepian sawah. Hanya gunakan umpan cengkerik yang boleh dibeli di kedai pancing atau kedai haiwan. In Sha Allah, Puyu mudah dijerat dan dinaikkan dengan menggunakan mata kail bersaiz kecil.
seronok juga aktiviti ni...
ReplyDeleteAnak-anak teruja bila dapat naik ikan puyu ...
DeleteBest betul bawak anak-anak pergi memancing. Memang bonding time yang bagus jugak.
ReplyDeleteHH pakai umpan apa heh..saya dulu mancing puyu suka pkai umpan ulat roti yang besar2 sket tue...
ReplyDeleteMata kail HH guna yg halus ker besar punya...
p/s: Rasa macam dapat ikan JAWS jek walaupon yg naik ikan puyu kecik jek...kepuasan berjaya ikan sangkut pada mata kail hanya orang2 kaki pancing jek tau...KESABARAN? tak tahan panas jangan harap jd kaki pancing...pada saya laa... :D
Post a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.