29 November 2015

Baju Kebal Kesultanan Melayu

Adakah anda pernah melihat baju kebal zaman Kesultanan Melayu dahulukala? Jika masyarakat luar dengan tentera yang mempunyai baju besi, di Nusantara ... tentera dan pahlawan mempunyai baju kebal mereka sendiri. Baju kebal ini dikenali sebagai Baju Berayat.

Semasa saya dan anak-anak ke Muzium Negara, kami berpeluang untuk melihat akan baju kebal yang dikenali sebagai Baju Berayat ini. Ia merupakan anak baju yang dipakai para pahlawan, pendekar dan hulubalang masa lalu sebagai pendinding diri.

Baju Kebal Kesultanan Melayu

Baju ini diperbuat daripada sutera berwarna merah, ditulis dengan wafa' dari ayat suci Al Quran pada bahagian hadapan.

Baju yang kami lihat itu dikatakan berusia sekitar 100 tahun, dan masih nampak elok. Ayat apa yang ditulis pada anak baju tersebut tidaklah dapat saya ketahui.

Sebenarnya ada banyak versi baju kebal kesultanan Melayu, dan ada di antaranya dipamerkan di Muzium Adat, Kota Bharu, Kelantan .. dan juga Muzium Pasir Salak. Jika anda mahu tahu, bolehlah pergi mendapatkan lebih info berkaitan baju ini yang pernah digunakan untuk memenangi peperangan satu ketika dahulu.
Baju Kebal Kesultanan Melayu
Baju Kebal Kesultanan Melayu

Penulis blog freelance sejak 2010. Berkeluarga dan bekerja di rumah sebagai house husband.  Lulusan Ijazah. Menetap di Penang. Mesra dipanggil HH. Untuk berhubungan atau pertanyaan - klik looket.me/hasrulhassan

2 Komen

bila saya baca title hh, dh fikir dh. mest yg pling tebal, dgn beratnye lg.

rupenye dr sutera

woww, orang dulu banyak ilmu2 macam ni..

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.
EmoticonEmoticon