Semua sekolah di Putrajaya, Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka diarah tutup akibat jerebu pada Selasa, 15 September 2015. Untuk itu, ibu bapa dinasihatkan untuk tidak menghantar anak-anak ke sekolah atas arahan ini.

Pengumuman mengenai penutupan sekolah di Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, termasuklah Kuala Lumpur dan Putrajaya pada 15 September 2015 telah dimaklumkan menerusi laman sosial facebook Kementerian Pendidikan, dan juga FB Menteri Pendidikan Malaysia.

Sekolah Putrajaya, Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka Tutup Akibat Jerebu

Sekolah Tutup 15 September 2015 Jerebu

Sekolah Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, KL dan Putrajaya Tutup 15 September 2015 Jerebu
Ia juga telah disahkan menerusi sumber berita dari Bernama dan Berita Harian Online, semua sekolah di Selangor termasuklah Kuala Lumpur dan Putrajaya akan ditutup pada 15 September 2015 berikutan keadaan jerebu yang semakin teruk. Turut ditutup adalah sekolah-sekolah di Negeri Sembilan dan Melaka.

KUALA LUMPUR: Semua sekolah di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka akan ditutup hari ini, 15 September berikutan keadaan jerebu yang semakin teruk.

"IPU (Indeks Pencemaran Udara) menghampiri 200. Semua sekolah di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka ditutup esok 15.9.2015," menurut kenyataan Kementerian Pendidikan lewat malam ini.

Pada satu majlis di Sintok, Kedah petang tadi, Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, sekolah hanya akan ditutup apabila IPU mencecah 200 dan Kementerian Pendidikan tidak bercadang menurunkannya kepada tahap IPU 150 sebagaimana diminta oleh beberapa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Katanya, penetapan tahap IPU pada 200 sebelum sekolah-sekolah ditutup itu merupakan prosedur yang telah ditetapkan oleh Jabatan Kesihatan serta Jabatan Alam Sekitar. - BERNAMA



Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement