Pengalaman pertama guna Windows 10 di komputer desktop. Saya mahu kongsikan serba ringkas pengalaman menggunakan sistem pengoperasian (OS) Windows 10 yang terbaru. First impression saya, wowww.. memang nampak komputer saya lebih awesome daripada sebelumnya. Untuk kisah sepenuhnya, jangan lepaskan peluang untuk baca pengalaman serba ringkas saya menggunakan Windows 10 ini di desktop saya.
Pengalaman Pertama Guna Windows 10 Desktop

Pengalaman Pertama Guna Windows 10 Desktop

Ok. Sebelum saya cerita lebih-lebih, elok saya beritahu mengenai perkakasan komputer saya dari segi spesifikasinya. Komputer desktop saya adalah dari jenis klon (tanpa jenama) tetapi menggunakan perkakasan dalaman original.
  • OS - Microsoft Windows 7 Ultimate Edition
  • System Manufacturer - Gigabyte Technology
  • System (Motherboard) Model - G41M-ES2L (X86-based PC)
  • Processor - Intel (R) Core 2 Duo CPU E7500 @ 2.93GHz 2 Cores, 2 Logical Processors
  • RAM - 4.00 GB DDR2
Komputer cabuk saya ni ada dua hard disk (HDD), satu hard disk utama, dan satu lagi adalah hard disk backup untuk saya simpan gambar-gambar fotografi saya. Jadi, kalau tengok dalam My Computer, akan nampaklah ikon dari C, D, E dan F .. hahaha...tidak termasuk A untuk floppy disk, dan G untuk CD Drive.

Komputer lama memanglah gitu, tak macam komputer sekarang yang ada kapasiti hard disk sampai 1 Terabytes ... huhu. Dan untuk hard disk kedua, saya buatkan virtual partition untuk mudahkan saya untuk kategorikan fail yang saya simpan.

Periksa Notifikasi Windows 10 Di Task Bar

Ok. Saya telah mendapat notifikasi bahawa komputer saya sudah boleh muat turun Windows 10 secara percuma menerusi Windows Update. Notifikasi ini muncul di bahagian bawah taskbar, namun setelah beberapa hari, komputer saya gagal untuk muat turun keseluruhan Windows 10 ini secara automatik menerusi Windows Update.
Pengalaman Pertama Guna Windows 10 Desktop
Jadi, dengan rasa keterujaan, saya pun melakukan muat turun secara manual menerusi pautan berikut -https://www.microsoft.com/en-us/software-download/windows10
Pengalaman Pertama Guna Windows 10 Desktop
Maka, kemudian menunggulah saya untuk Windows 10 dimuat-turun ke komputer. Ambil masa lama juga, dalam sejam lebih kalau tidak silap, dengan menggunakan Streamyx 4GB. Jadi, kena pastikan line internet anda cukup bagus untuk muat-turun sistem pengoperasian ini.

Bebas Buat Kerja di Komputer Semasa Muat Turun Windows 10

Oh ya, ketika proses muat-turun dilakukan, anda bebas melakukan kerja di komputer cuma jangan tutup sudahlah. Apabila selesai, maka bermulalah proses installation Windows 10 di komputer saya. Proses tidaklah lama mana. Dalam masa beberapa minit sahaja, paparan komputer sudah nampak lain.
Pengalaman Pertama Guna Windows 10 Desktop
Pengalaman Pertama Guna Windows 10 Desktop
Pengalaman Pertama Guna Windows 10 Desktop
Banyak perkara yang dikemaskini dalam Windows 10 ini. Secara teknikalnya, memang saya tak pandai nak cerita sangat. Anda boleh rujuk beberapa review yang telah dilakukan oleh mereka yang lebih pakar, terutama dari Cnet - Microsoft Windows 10 Review.

Tetapi secara amnya, saya boleh katakan evolusi pertama yang nampak ketara ialah pada Start Menu Windows. Nampak lebih kemas, dan dikategorikan berdasarkan fungsinya.
Pengalaman Pertama Guna Windows 10 Desktop
Antara lain yang menarik ialah Microsoft Edge yang menggantikan Microsoft Internet Explorer. Kemudian paparan lebih nampak luas, kerana setiap inci skrin ada fungsi dan kegunaannya. Windows Explorer pula kelihatan agak berlainan dengan sebelum ini, menjadikan saya agak keliru dengan cara pengendalian dan paparan fail di dalam sesebuah folder.

Ada fungsi multiple desktop yang boleh diibaratkan komputer anda mempunyai beberapa skrin komputer.

Ada Windows Store di mana anda boleh memuat-turun aplikasi yang bersesuaian dengan komputer anda. Sama seperti anda menggunakan telefon pintar atau peranti menggunakan Microsoft Windows Phone sebagai pengoperasi.

Kekecewaan Guna Windows 10

Ada beberapa fungsi lain yang lebih advanced yang tak pandai saya nak cerita. Cumanya saya agak terkilan dengan Microsoft Windows 10 ini.

Ia tidak dapat digunakan pada hard disk kedua komputer saya. Ia boleh dipaparkan menerusi Windows Explorer, tetapi apabila saya cuba akses, skrin komputer hanya berkedip dua kali (flickering) tanpa memaparkan pun isi kandungan folder tersebut.

Agak malang sekali, akses ke folder-folder ini amat penting kepada saya. Setelah mencuba beberapa kali untuk akses folder ini di hard disk lain (iaitu E dan F) dan gagal, maka saya ambil keputusan untuk tidak meneruskan penggunaan Windows 10 ini.

Jadi, saya kemudian ke bahagian Windows Update, dan reinstall semula Windows 7 saya. Proses ini mengambil masa kurang dari 10 minit. Dan alhamdulillah, komputer kembali ke sistem pengoperasian asal iaitu Windows 7.

Untuk memastikan anda berbaloi menunggu download Windows 10 untuk digunakan di komputer anda, cubalah baca beberapa review mengenainya sebelum melakukan upgrading Windows 10 ini ye. Kalau tidak, jadilah macam saya, yang terpaksa menunggu berjam-jam semata untuk dowload, dan install Windows 10 ini.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement