Blogger Malaysia ucap Selamat Hari Raya Aidilfitri 1436H/2015. Alhamdulillah, 1 Syawal tiba dengan penuh keberkatan dan hikmah. Ramai blogger Malaysia menyambutnya dengan kesyukuran, dan ramai yang berkesempatan untuk berhari raya bersama keluarga di kampung halaman masing-masing.

Saya mewakili Kelab Blogger Belia, juga dengan ini mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua, samada anda pembaca dan pengunjung setia blog ini, mahupun bukan. Tak kiralah dari mana anda datang dan singgah ke blog ini, ucapan Selamat Hari Raya dari Blogger Malaysia ini adalah untuk anda semua.

Blogger Malaysia Ucap Selamat Hari Raya

Terima kasih kerana terus memberikan sokongan kepada blog-blog Malaysia, dan blogger-blogger kecil seperti kami ini untuk terus berkongsi cerita, ilmu, peristiwa, dan segala manfaat yang boleh diambil untuk dijadikan panduan dan sebaran kebaikan.

Kami Blogger Biasa - Bukan Keyboard Warrior

Kami bukan keyboard warrior seperti ramai yang sangka. Kami juga bukan penyebar fitnah dan pembuat cerita. Apa yang kami cerita adalah keikhlasan kami, blog kami adalah kisah kami, pandangan umum kami dan pengetahuan kami yang diinspirasikan dan dikurniakan oleh Allah S.W.T untuk dimanfaatkan sekalian makhluk. Mana yang baik, jadikan amalan, mana yang tidak elok itu mungkin akibat kedaifan dan kekurangan kami.

Terima kasih warga internet kerana berikan ruang untuk kami, terima kasih kerana share, like dan tweet cerita kami.

Seikhlas hati, Selamat Hari Raya Aidilfitri, dan mohon maaf zahir dan batin. Halalkan pendapatan dari blog yang kami perolehi, dan doakan kami agar terselamat dari azab api neraka. Amin.

Terimalah ucapan dari rakan-rakan blogger ini.... anda kenal mereka? Merekalah rakan Kelab Blogger Belia Malaysia.

Blogger Zaza Iman - www.zazazehra.com

Ucapan: "Terima kasih buat rakan blogger yang sudi beraya di rumah Zaza... untuk semua rakan selamat hari raya..maaf jika ada salah silap....moga bertemu di raya tahun depan..insyaallah.."

Blogger Mahadi Arifin - www.mahamahu.com

Ucapan: "Selamat hari raya buat semua kawan2 dan pembaca blog makan Mahamahu yang budiman semoga bergembira hari raya ini, jangan lupa duit raya untuk anak buah ni hehehehe..."

Blogger Karlisa Latisya (Joe) - satunsiam.blogspot.com

Ucapan: "Salam Aidil Fitri. Salam kemaafan zahir dan batin. Daripada Aktivis Bahasa Melayu Satun Thailand Lokasi: Tmn Permainan Kg Guar Ban Khuan Satun Thailand."

Blogger Najeeb Abdullah -katanajeeb.blogspot.com

Ucapan: "Disebabkan perlu kembali bertugas seawal Raya ke-4, masa cuti yang singkat hanya diluangkan bersama keluarga tersayang. Dengan rendah hati, saya memohon maaf zahir batin tulus ikhlas dari saya sekeluarga jika ada sebarang kekhilafan kepada semua rakan blogger, media sosial dan sahabat² alam realiti! Semoga kehadiran Syawal membuka kembali lembaran baru dalam persahabatan kita...InshaAlllah, Amin."

Blogger Shazillah Sani - secretofshaila.blogspot.com

Ucapan: "Selamat Hari Raya semua. Jika ada tersilap tutur bicara harap di maafkan. Semoga raya tahun menjadi lebih berkah dengan jiwa yang bersih dari perasaan dendam dan hati yang tulus ikhlas memaafkan. Salam aidilfitri dari saya dan keluarga"

Blogger Nora Dee - norazis2908.blogspot.com

Ucapan: "Salam sayang dan Selamat Hari Raya Aidul Fitri Bunda ucapkan, maaf zahir dan batin ...."

Blogger Julia Johari - www.juliajohari.com

Ucapan: "Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin"

Blogger Nor Hidayah - sayaiday.blogspot.com

Ucapan: "Iday dan Islam ucapkan Selamat Hari Raya kepada semua blogger dan juga sesiapa yang mengenali kami. Kamii minta maaf kalau ada terbuat salah dengan sengaja or tak sengaja, kosong-kosong ye! Hehehe"

Blogger Papa Izz - ekjozbuluh.blogspot.com

Ucapan: "Salam Aidilfitri, Dikesempatan ini saya sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua. Kami memohon ampun dan maaf andai ada salah silap, terkasar bahasa, terlanjur bicara samada sengaja atau tidak disengajakan harap diampunkan.

Juga ucapan jutaan terima kasih pada semua yang.tak putus-putus mendoakan kesembuhan adik Izz dan kesejahteraan kami sekeluarga.

Terimalah serangkap pantun dari kami : Beraya di kota memang berbeza, Namun masih boleh bergembira, Ampunkan dosa kami sekeluarga, Selamat menyambut Hari Raya. Dari kami : papa Izz, mama Izz, along Izz, angah Izz dan adik Izz"
..
..

In Sha Allah, saya akan update lagi post berikutnya untuk senaraikan lebih ramai blogger Malaysia dengan ucapan Selamat Hari Raya masing-masing.

Jika anda seorang blogger, saya jemput untuk memeriahkan group blogger - Kelab Blogger Belia Malaysia (klik). Kini, keahlian sudah mencecah 8400 blogger seantero benua.


9 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Akhirnya.... Terima kasih bro HH.

    Salam Aidilfitri!

    BalasPadam
  2. Salam Aidilfitri 2015, maaf, zahir dan batin. Moga ceria di hari lembaran.... jgn lupa ucapkan syukur Alhamdulillah kerana berjaya melakukan segala ibadat di bulan Ramadhan yang mulia ini. Semoga memperolehi pahala berlipat kali ganda. Insya Allah.....

    BalasPadam
  3. selamat hari raya pada bro HH dan semua para blogger juga :)

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah... Selamat hari raya kepada semua

    BalasPadam
  5. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin buat semua

    BalasPadam
  6. Terima Kasih , Selamat Datang Ke Dunia Melayu Ku.....

    BalasPadam
  7. selamat hari raya bro HH dan semua blogger

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement