Akhirnya, saya terima juga undangan khas dari Asus Malaysia untuk Incredible Zen Day yang diadakan pada 9 Mei 2015. Undangan ini terbuka untuk 1500 tetamu sahaja. Alhamdulillah, pendaftaran saya tempoh hari berjaya. Teruja saya nak hadir untuk lihat sesuatu yang istimewa dan menjadi antara yang pertama melihat kehebatan Asus Zenfone 2.

Saya merupakan pemilik telefon Asus Zenfone 6. Dah dekat setahun saya menggunakan telefon yang berskrin besar ini. Memang puas hati. Asus Zenfone 6 yang dibeli hasil duit menulis blog ini merupakan antara gajet yang sering menemani saya ke mana-mana. Saya sukakan fungsi kamera yang ada pada Zenfone 6. Imej terhasil memang terbaik.

Undangan Incredible Zen Day by Asus

Undangan daripada pihak Asus Malaysia sampai petang tadi dalam satu bungkusan. Besar juga bungkusan yang saya terima. Kad undangan serba hitam tertulis #IncredibleZenDay.
Undangan Incredible Zen Day by Asus

Perghh .. bukan setakat dapat kad undangan, saya dapat juga sehelai baju eksklusif tertulis See What Other Can't See.... hoho .... percuma. Walaupun saiznya adalah untuk mereka yang berbadan sado, tapi saya berjaya juga kecilkan tubuh untuk muat memakai t-shirt Zenfone 2 ini....hoho.. maaf ye .. saya tidak dapat tunjukkan kekacakkan saya memakai baju t-shirt hitam See What Other Can't See ini ... lalalaa...
Undangan Incredible Zen Day by Asus

Undangan Incredible Zen Day by Asus

Undangan ini saya kira sangat eksklusif memandangkan hanya mereka yang memakai baju percuma tersebut akan dapat layanan istimewa. Malah, ada dapat keratan untuk cabutan bertuah ... hoho .. mana tahu boleh dapat Zenfone 2 baru dalam #IncredibleZenDay itu nanti.

Lokasi Incredible Zen Daya adalah di KL Live. Serius saya tidak tahu kat mana letaknya tempat ni, tapi alhamdulillah, kad undangan tersebut ada sediakan cara dan tips untuk ke lokasi kejadian .. jadi, in Sha Allah, saya boleh hindarkan diri dari sesat dan larat... haha.
Undangan Incredible Zen Day by Asus

Siapa ada dapat undangan serupa? Jika ada yang hadir, bolehlah tag-tag nanti ye... jangan lupa follow instagram dan facebook saya.

Instagram - http://www.instagram.com/hasrulhassan
Facebook - http://www.facebook.com/blogger.hasrulhassan


p.s: Dengarnya Zenfone 2 sangat best, spec lebih daripada Zenfone 6 dengan cirian yang lebih power ....


10 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Waaa untung arh abg HH

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nasib baik dipilih daripada 1000 lebih yang daftar.

      Padam
  2. siap dapat baju tuh..hoho..jeles..haha

    BalasPadam
  3. Wahhh...untunglah abg HH.. Bestnye..teringin gak LeYa nak dpt invitation mcm ni..

    BalasPadam
  4. wah bestnye dpt invitation mcm ni, semoga sifu HH bertuah mnjdi salah seorg yg bertuah utk memiliki Zenfone 2

    BalasPadam
  5. dpt jmputa pastu dpt baju lg.. syok 2 xyah susah2 nk belik baju.. jimat hehehe

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement