Nasi Lemak Babi di Kelana Jaya? Hmm, saya ingatkan paparan nasi lemak Babi sudah terpadam dalam carian internet, rupanya masih wujud lagi. Malah, saya dapati Nasi Lemak Babi yang terletak di SEA Park, Kelana Jaya ini masih lagi berada di dalam aplikasi FourSquare. Uhh macam tak ada nama timangan lainkah nak diberikan untuk sarapan paling popular di Malaysia ini?

Sebenarnya, kisah Nasi Lemak Babi di Kelana Jaya ini telah lama dibangkitkan oleh warga internet. Seingat saya, kisah kedai mamak menjual nasi lemak ini pernah diceritakan pada tahun 2014. Ianya menjadi viral kerana adanya perkataan babi di belakang nama nasi lemak yang sinonim dengan menu masakan orang Melayu.

Nasi Lemak Babi Kelana Jaya?

Nasi Lemak Babi Kelana Jaya

Gerai Nasi Lemak Babi ini turut dikenali sebagai Gerai Nasi Lemak Maybank, Nasi Lemak Bumbung dan Nasi Lemak Bak Kut Teh. Lokasinya terletak di SS21/11B Kelana Jaya (Petaling Jaya SEA Park). Ia merupakan antara gerai nasi lemak yang beroperasi waktu malam yang sangat popular di Kelana Jaya, malah ramai warga asing turut menikmati hidangan nasi lemak di gerai celah lorong ini.

Nama jolokan ini bukan hanya popular di kalangan penduduk setempat, tetapi juga menjadi nama 'rasmi' dalam beberapa aplikasi mobile seperti dalam Foursquare dan juga Waze.
Lokasi Nasi Lemak Babi Kelana Jaya
Foursquare - Nasi Lemak Babi Kelana Jaya

Kenapa Dipanggil Nasi Lemak Babi?

Berdasarkan beberapa sumber, nama Nasi Lemak Babi wujud kerana lokasi gerai mamak yang menjual nasi lemak ini adalah berdekatan dengan sebuah kedai lain (dalam deretan kedai yang sama) yang menjual Bak Kut Teh. Bak Kut Teh adalah menu makanan orang bukan Islam (Cina) yang merupakan sup tulang rusuk babi.

Oh ya, berdekatan bukanlah maksudnya sebelah-menyebelah, tetapi berhampiran - lebih kurang 100 meter jaraknya.
Nasi Lemak Babi SEA Park Petaling Jaya

Nama Jolokan Yang Kurang Manis

Pada pandangan peribadi saya, agak tidak molek diguna-pakai nama panggilan atau jolokan seperti ini; apatah lagi nasi lemak merupakan menu tradisi dan dikenali popular sebagai menu masyarakat Melayu Islam. Meletakkan nama Nasi Lemak Babi seolah membayangkan bahawa hidangan ini terdapat di dalam versi menggunakan daging babi sebagai lauk sambalnya.

Walaupun ada yang berkata bahawa ini merupakan strategi pemasaran untuk melariskan kedai, dan menjadikan gerai mamak celah lorong ini diingati dan popular, saya fikir untuk jangkamasa panjang ia boleh memudaratkan; dan mungkin satu hari nanti, menu nasi lemak akan menjadi versi dimana sijil halal diperlukan untuknya.

Adalah lebih manis jika digunapakai nama Nasi Lemak Bumbung atau Nasi Lemak Mamak Maybank; setidak-tidaknya tidak timbul isu atau kekeliruan dari segi halal haram walaupun ia hanya sekadar nama jolokan.

Kredit Foto: VitDaily


12 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. iya betul kenapa tak pakai yang layak saja namanya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah, berikan satu persepsi negatif bahawa nasi lemak ini boleh ditambah dengan lauk babi ... adeh.

      Padam
  2. Kenapa mesti babi?? Allah banyak lagi nama lain yang boleh buat orang lain tertarik untuk makan.. hope sedap lah

    BalasPadam
  3. Banyak lagi rasanya nama yang sesuai nak letak....kalau dah nama macam tu...'halalkah' muslim memakannya? wallahualam..



    Singgah blogwalking...:)
    Nak tahu ade diabetes ke tak?Jom cek kat sini:
    http://blogmummyrifqiy.blogspot.com/2015/05/tanda-tanda-diabetes-yang-anda-mesti.html

    BalasPadam
  4. Kenapa la mesti nama tu diviralkan...adehh...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Entri ini harapnya nanti dapat sedarkan ramai betapa kita perlu memilih dan memberikan nama yang benar2 sesuai, dan tidak sentuh sensitiviti agama.

      Padam
  5. Nama nasi lemak tu sendiri boleh mendatangkan keraguan utk org beli, bila dah ragu2 secara x langsung haramlah hukumnya menjamah Nasi Lemak Babi tersebut


    Wajib Baca : 37 Perkara Umum yang Disesali Orang2 Yang Hendak Mati


    BalasPadam
  6. Dengar nama pun tak lalu nak makan...

    BalasPadam
  7. ohh masa mula mula baca tajuk, ingatkan tak halal.

    BalasPadam
  8. Entahhh. Dgr nama pun takde selera.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement