Income pertama menerusi YouTube. Wah wah wah .. alhamdulillah, inilah pertama kali saya terima income menerusi YouTube. Walaupun baru sahaja lagi saya menggunakan platform YouTube untuk menjana income, namun saya berjaya buktikan bahawa YouTube memang boleh buat duit secara online.

Sebelum ini saya tertanya-tanya juga cara nak buat duit online menerusi YouTube. Godek sana sini mencari ilmu dan belajar cara nak dapatkan income pertama saya menerusi YouTube. Nasib baiklah ada rakan-rakan yang kongsi ilmu dengan saya. Dapat sahaja ilmu, terus gunakan pertama kali di YouTube.

Income Pertama Menerusi YouTube


Saya baru sahaja aplikasikan ilmu buat duit dengan YouTube ini, jadi memang saya tidak jangka income yang banyak. Cukuplah untuk buktikan bahawa usaha saya itu berjaya. Cukuplah untuk buktikan bahawa jika kita belajar, kita boleh dapat hasil yang kita nak. Tanpa ilmu, mana mungkin saya berjaya dapat income pertama ini menerusi YouTube.

Dengan ilmu yang baru saya gunapakai ini, dapatlah saya merasa income pertama YouTube sebanyak USD0.12... hoho .... heh .. jangan gelak ok.... saya ada, anda ada tak? :P

Bagaimana Nak Buat Duit Dengan YouTube?

Bagaimana nak buat duit dengan YouTube ini? Ok. Pertama sekali kena ada akaun Google Adsense. Jika tak ada atau sebelum ini anda pernah mohon tetapi gagal, maka anda boleh cuba memohon akaun Google Adsense menerusi permohonan di YouTube. Nak tahu cara? Anda boleh baca - Buat Duit Dengan Youtube - Adsense

Saya tahu ramai online marketer yang berjaya kaut pendapatan ribu-ribu USD setiap bulan hanya dengan YouTube. Saya juga dapat tahu ramai selebriti tempatan dan luar negara juga berjaya dapat income yang hebat dan lebat menerusi perkongsian video di YouTube. Saya dah lihat bukti kejayaan mereka, dan saya pun teringin nak ikut cara dan langkah mereka ini.

Mungkin income pertama menerusi YouTube ini adalah langkah permulaan untuk pendapatan yang lebih baik menerusi video di YouTube.

Anda dah cuba? Kalau belum cuba, dapatkan ilmu mengenainya di sini - Buat Duit Dengan Youtube - Adsense

Doakan selepas ini lebih banyak income boleh dapat menerusi video Youtube .. hoho..


4 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. oh... boleh buat duit jugak eh...
    Maaf la dah lama tak singgah sini, semenjak tukar template baru

    BalasPadam
  2. wah beznye..tahniah tuan hh..alhamdulillah rezeki
    aritu apply GA tp x lepas..ingat nak jugak menjana guna youtube ni..nampak mcm menarik

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement