Siapa di sini mempunyai akaun simpanan ASB? Siapa pula yang membuat pinjaman bank untuk menyimpan di dalam ASB? Adakah anda mahu tahu satu rahsia yang mendedahkan dua teknik buat duit dengan ASB ini?

Ok. Salah seorang rakan IM (internet marketer) telah berkongsi dengan percuma mengenai dua teknik buat duit dengan ASB ini. Tak perlulah saya dedahkan namanya, sebab susah pula nanti beliau nak cari makan... hehehe... apapun, cubalah pelajari sesuatu dari dua teknik yang akan saya kongsikan kepada anda ini.

Dua teknik buat duit dengan ASB ini melibatkan jangka masa panjang, dan melibatkan jangka masa pendek. Anda boleh gunakan teknik yang sama untuk mana-mana skim pelaburan yang dirasakan sesuai. Ini adalah kerana teknik ini melibatkan pinjaman bank. Sayugia diingatkan bahawa anda perlu menjadi seorang yang konsisten dan memahami segala terma dan syarat dalam melakukan pinjaman untuk buat duit dengan ASB.

Ok. Sedikit pengenalan mengenai pulangan yang boleh anda dapat jika anda melabur dengan ASB (Amanah Saham Bumiputera).

Buat duit dengan Amanah Saham Bumiputera (ASB) semakin popular disebabkan pulangannya yang agak konsisten. Anda boleh tengok sendiri statistik yang saya peroleh menerusi Astro Awani mengenai pulangan dividen yang diberikan dalam ASB dari tahun 1990-2014.

2 Teknik Buat Duit Menerusi ASB

Untunglah mereka yang telah memiliki saham dalam ASB. Untunglah juga mereka yang tahu berjimat cermat dan menabung menerusi ASB ini. Namun, ramai antara kita yang sering menghadapi masalah untuk menyimpan, terutama apabila lebih utamakan keperluan masakini dibandingkan dengan keperluan masa depan.

Sepatutnya jika gaji dalam RM 2,000; kena peruntukan awal-awal lagi simpanan sebanyak 20% daripada pendapatan sebelum melakukan perbelanjaan lain. Tetapi, apa yang banyak berlaku di kalangan kita ialah ... duit baki yang ada setelah berbelanja itulah yang menjadi duit simpanan; yang akhirnya nanti tak sampai pun 5% daripada jumlah pendapatan atau income yang kita dapat.

Ok. Untuk itu, saya dedahkan dua teknik buat duit dengan ASB untuk mereka yang mungkin ada masalah mahu menyimpan secara tanpa-paksa ini atau menerusi teknik di atas. Maka, pendekatan menyimpan paksa-rela perlu dibuat untuk membolehkan mendapat keuntungan dari dividen ASB yang agak tinggi.

Teknik #1: Buat Duit Dengan ASB - Jangka Masa Panjang


Disini anda akan membuat pinjaman ASB di bank-bank terkemuka. Jika gaji anda RM 2,000; buat pinjaman RM 100,000 dimana bayaran bulannnya ialah sekitar RM 582 sebulan (anda gunakan duit 30% daripada gaji RM 2,000). Dalam setahun dividen yang anda perolehi ialah RM 8,000. Dalam masa 25 tahun anda sudah menjana dividen sebanyak RM 200,000. Ditambah dengan pinjaman pokok RM100,000 anda menjana RM300,000!

Cuba bandingkan jika anda tidak membuat pinjaman dan menyimpannya setiap bulan. Dalam setahun anda menyimpan RM 582x12= RM 6,984. Dividen setahun cuma RM 559, dan untuk tempoah 25 tahun jumlah dividen lebih kurang RM 15,000. Ditambahkan dengan simpanan pokok selama 25 tahun sebanyak RM 174,600, jumlahnya ialah RM 189,600. Disini anda telah rugi hampir RM 110,000!

Teknik #2: Buat Duit Dengan ASB - Jangka Masa Pendek


Disini anda buat pinjaman yang sama sebanyak RM 100,000. Anda hanya perlu sediakan bayaran tahun pertama sahaja sebanyak RM 582x12=RM 6,984. Untuk tahun kedua, anda keluarkan dividen sebanyak RM 8,000 dan buatkan autodebit untuk bayar automatik ke bank selama 5 tahun sahaja. Selepas masuk dividen tahun ke 5, anda batalkan pinjaman ASB dan lihat perolehannya:

RM 6,984 x 5 = RM 34,920 - Ini merupakan bayaran pinjaman yang telah dibuat.

Setelah 5 tahun, anda batalkan pinjaman. Bank akan ambil dalam 20% setelah tolak faedah dan juga penalti.

80% adalah milik anda! Bermakna 80% x 34,920 = 27,936 tidak termasuk penggembalian insurans anda dan dividen tahun kelima. Dengan teknik kedua ini, dengan modal permulaan lebih kurang RM 7,000 tadi, anda mendapat RM 27,936 pada tahun ke 5.


Ok, macamana? Dah hadam apa yang saya kongsikan ini tak?

Ini merupakan salah satu cara untuk buat duit menerusi platform pelaburan. Ada banyak lagi cara buat duit menggunakan teknik kewangan yang betul. Apa yang perlu anda ada ialah ilmu mengenainya. Sama juga dengan teknik buat duit online, anda perlu ilmu ... kalau tak ada ilmu, kemungkinan apa yang anda hajat takkan dapat.

Ini hanyalah merupakan perkongsian untuk menunjukkan bahawa dalam setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. Dari tidak cukup duit menyimpan, anda boleh cari alternatif untuk membolehkan simpanan itu dilakukan tanpa ada beban.

Semoga bermanfaat.

Oh ya, saya ingin menegaskan bahawa sebarang tindakan anda kerana perkongsian di atas adalah tanggungjawab anda. Ia mungkin berikan pulangan yang baik untuk anda, mungkin juga tidak. Mungkin juga pelaburan ASB ini bagus untuk diri anda, tetapi tidak pada orang lain kerana masing-masing ada pendapat mengenai pelaburan seperti ini. Harap anda faham tu ... hoho.

Saya tidak sesekali akan bertanggungjawab jika 2 teknik dikongsikan di atas tidak begitu menjadi untuk diri anda...hehehe. Dan saya tidak juga mempromosikan anda untuk melabur di dalam ASB mahupun untuk anda membuat pinjaman dengan bank, segalanya terpulang kepada anda, yang penting carilah ilmu mengenainya terlebih dahulu.


4 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. dah 2 tahun x buat simpanan ke asb
    semak bonus thn lepas nyer dpt rm200 lebih..huhu..beznye. dlm tu xde la byk mana pun..tapi duit beranak jugak
    info yg bgs utk buat asb jangka pendek n panjang

    nak tanye mcm mana nak set iklan letak tepi kanan atas tu n letak iklan bawah (mini leaderboard tu) dlm blog. kat mana nak dptkan kod utk letak iklan tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh baca ni - http://www.hasrulhassan.com/2013/01/cara-letak-iklan-bawah-tajuk-entri.html

      Padam
    2. oh tq so much tuan hh
      nak buat jap lg
      lbh startegik letak kat situ

      Padam
  2. sy berminat dgn pendapat tuan..sy berusia 23 tahun dan berminat untuk menyimpan di asb kerana ingin berumah tangga..apa pandangan tuan?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement